Rabu, 20 Oktober 2010

Video KOprat VS Video Keparat

Assalammualaikum.. Lama xmenghupdate blog nih eh...bersarang, bersawang dan ber macam-macam lagi... Sori la eh sbb tgh busy dgn video koprat opis aku nih. Al-Maklumlah tahun ni pertandingan kualiti peringkat kampus. Bos2 semua mengharapkan kelainan dari hasil kerja aku utk kali ini...Argh!! make me crazy! bkn kali ini je aku rasa.malah..mungkin berkali2??! hu3..

Sepanjang kerja membina video keparat.. opss! koprat (sori bos tersasul..ngee~~) macam2 perkara yang aku alami. Antaranya...

1. Best2 feeling wat menda tuh dalam 80% siap.. last2 error berlaku.. Argh! sumbak palo otok ah!
2. Feeling2 menda itu dh nak siap...tetiba kluar error lagi pada last2 scane! skali lagi aku merasa gila!

3. Esok dah projek keparat..opss!! koprat...ok ulang ayat betul skali lagi..esok projek video koprat tu perlu dihantar..tp.... lagu laks wat hal grrr... mcm dot...dot..dot... (maaf mencarut xbaik utk kesihatan)

Aku pun bagai minah yg gilerrr....sampaikan selesma. dah 2 minggu xbaik2 lg... Ini semua gara2 video keparat...ops! ah! lantak la orang nk oyak keparat pun. memang keparat pun video tuss...menyemak kepala hotak ngn error entah apa2 tah...hu3...

p/s : hope bos beli komputer baru yg canggih kat aku.. he3...baru best wat kerja..sekurang2ny harga dalam rm 10ribu ke.Siap ngn audio visual.yg penting brand apple...berbaloi la tu bos... :P confirm video koprat yg terbaru nnti canggih.lebih canggih dari orang putess punya.hehehe!

SESI IKLAN 5 minit :P




*laptop idamanku...huhuhu ..... :P

HP Pavilion tx1000z Laptop notebook Computer

The one I have is TL-64((2.2 GHz), 2GB DDR2 System Memory,160GB

HP Pavilion tx1000z
12.1" Widescreen Convertible Notebook
AMD Turion™ 64 X2
Dual-Core Mobile Technology TL-64((2.2 GHz, 512KB 512KB L2 Cache )

Descriptions:
HP Pavilion tx1000z customizable Notebook PC
• Genuine Windows Vista Home Premium (32-bit)
• AMD Turion(TM) 64 X2 Dual-Core Mobile Technology TL-64 (2.2 GHz, 512KB 512KB L2 Cache )
• 12.1"WXGA High-Def HP BrightView Widescreen Display(1280 x 800) w/Integrated Touch-screen!!
• 2GB DDR2 System Memory (2 Dimm)
• NVIDIA(R) GeForce(R) Go 6150
• HP Imprint Finish Webcam Microphone
• 802.11a/b/g WLAN and Bluetooth
• 160GB 5400RPM !!
• LightScribe SuperMulti 8X DVD /-RW with Double Layer Support

~ bestnya kalau ada orang yg hadiah kan laptop ni kat aku....mmmm ~

Sabtu, 16 Oktober 2010

Ketika Allah memilihmu untukku..=)

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu sempurna.. Dengan cinta yg begitu membuncah.. Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga.. Maka, padamu ku katakan.. Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. Karena kelak kita akan satu.. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. Maka ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. Namun tatap mataku, tersenyumlah.. Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. Maka dimataku kau adalah yang terindah, Kata2mu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. Maka kalau kau berkenan ku meminta.. Jadilah hunian yg indah, yang kokoh… Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. Yang darahnya mengalir darah syuhada.. Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya.. Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


luahan hati,
Sindora

Khamis, 14 Oktober 2010

Aku Lupa 2 dan Lalai

Assalammualaikum....



Fuh...aku rasa minggu ni hari yang malang aku.....sbb aku dah sakiti hati seseorang beberapa kali dengan tidak sengaja. Aku pun tidak tau kenapa aku jadi macam ni. Aku pun tak tau... otak ni blurrr semacam. Selepas dia beredar aku menangis sepuas2nya... sbb aku rasa tertekan dgn kedinginan hubungan ini. Aku tidak boleh buat tak tau.... Kalau boleh aku nak pujuk dia...tapi dia dh pesan jgn tegur dia selagi dia tidak OK... So nak wat mcm mana lagi... Aku terpaksa buat tak tau. dan apabila tidak bercakap. Aku rasa sunyi....sepi jerrr.... Aku tak tau nak wat mcm mana lagi.



What i have to do?????? !!!!!

Kawan2...bagi arr ayat2 quran yg blh menajamkan ingatan dan mengelakan kita menjadi lalai.... please... tgh sedey ni... :( sbb tak mo kehilangan orang yang aku syg...x mo gaduh2... xmo! x mo!





p/s : buat brokenheart...please forgive me...tak terniat melukai hatimu... kerana sikapku...kau jadi begitu...aku tak mo lagi menyusahkanmu...insyaALLAH...aku sedaya upaya menjadi BFF mu yg baik.. siyes...xpercaya?

Isnin, 11 Oktober 2010

Aku LUPA.......

Salam,



Subahanallah....subahanallah....subahannallah....

Aku tidak sangka akan jadi perkara ini kerana keterlupaan aku dan kekalutan aku kelmarin.

Kelmarin, aku pagi-pagi lepas setup server. Aku teringat pesan kawan aku untuk mengambil duitnya di atm. Aku pun mencari kad itu. Selepas itu, aku pun ingin mesej dia. tapi telefon nokia aku ni problem sikit. Kalau time mesej penuh. kita dah buang separuh.nak mesej balik jadi pending. Kebetulan mesej aku hantar kat dia panding. Aku perasan ketika aku menunggu balasan mesejnya. Aku pun restart balik handphone nokia aku. Lps restart.aku terus LUPA nak hantar balik mesej itu. Aku kalut buat kerja hinggakan sekali lagi aku LUPA bertanyakan kad itu...



Sampailah waktu tengahari... Aku mencari dgn kalut sbb aku berjanji dengan kak bie untuk pergi beli barang (kebetulan niat nk ambik barang juga tapi xsempat).. Xjumpa! aku terus berlalu naik kereta LUPA nak mesej dia.. Aduh! sampai la ada satu masa dia mesej aku..



"Ma, mung kat mana?" (lebih kurang mesej dia)

Aku tepuk dahi...aku baru TERINGAT pasal dia

"Aku kat luar beli@ambik (lupa dh mana satu guna ayat tu)brg. Aku carik dah kad mung aku tak jumpa. Mung kat mana?"



Tak pasti mesej tu berbalas ke tak.. Aku LUPA..



Hari ini... 11.10.10



Aku tercari-cari dia...mana yea kawanku ini... Dia pun muncul dalam waktu tghari. Aku ingin berbual seperti biasa tapi dia semacam dingin dgn aku. Dalam hati aku bertanya "Kenapa ye? Aku ada wat salah ke?"
Aku mesej dgn dia bertanyakan adakah aku ada wat silap.rupanya ada....sbb kes LUPA aku tu kelmarin..adoi....

pukul 5 ptg tadi : Seperti biasa aku mengambil baby adik aku seperti biasa di rumah pengasuh. Sampai sahaja kat umah. Adik Syikin bertanya " Kak long! Adik Lan kat mana? xgi ambik dia ke kat sekolah?" Skali lagi aku menepuk dahi! Argh!!! Aku LUPA! mcm mana aku blh lupa ambik adik aku kat sekolah. Sepatutnya aku kena ambik adik lan dalam pukul 1.30 tghari tadi....sekarang dh pukul 5 lebih ! Skali lagi aku dimarah. kali ni dgn ayahku...Aku terima jer lah sbb memang salah aku pun...hu3

APA DAH JADI NGAN AKU NIH? petanda dh nak tua ke apa? hu3.....
mintak2 jauh la dpt penyakit nyayuk awal2 nih.......~~~




gambar diatas hanya perhiasan dunia...harap maklum....

Ahad, 10 Oktober 2010

Miskin Yang Hina ...



Assalammualaikum....

Indahnya dunia milik ALLAH SWT... Aku rasa bersyukur kerana sekarang ALLAH SWT bagi sedikit kesenangan kepadaku..

Kelmarin, pada 09.10.10 hari sabtu, lebih kurang pukul 2 ptg. Sedang aku melepak-lepak dengan family aku. Diluar pagar rumahku....

"Assalammualaikum.." tetamu ALLAH memberi salam. Bersamanya seorang budak kecil

Dalam hatiku "Argh! pemintak sedekah dari negara mana pulak ni???"

"Adik Lan! Panggil Deli biar dio jah kecek ngn orang tu" arahku

Adik bongsuku berlari kearah bilik hujung sekali memanggil adik lelaki ku yang sulung, Deli..
Adik bongsu ku pun keluar dari bilik hujung sambil tersengeh.

"Deli tido!"

"Gi arr kak long. Tanya dio nak gapo. Aku xpakai tudung ni" Kata Kak ngah kat aku. Time tu dia pegang baby dia.

"Serabut aku pemintak sedekah ni!" jerit hatiku

"Jual apa pakcik?"ujarku.

Kelihatan tubuhnya dibasahi peluh. Menitik dihujung dagunya keringat itu.. Aku melihat anaknya.. Mengesat peluh dihujung lengan baju. Sedikit rasa kesihan.

"Pakcik jual buku dik. Tengoklah" ujar dia sambil membuka pagar umahku dan mencari tempat berteduh untuk menunjukkan buku-buku yang dijualnya.

"Ish! pakcik ni... tak dijemput masuk macam tu je!" marah hati kecil ku. tapi aku tidak tunjuk depan dia. Aku senyap sahaja.Dia pun duduk di tangga depan pintu utama rumahku dan menunjukkan beberapa buku yang dijual.

"Pakcik ni asal mana?" tanyaku
"Pakcik asal myanmar. Tapi lama dah menetap disini sejah 36 tahun" ujarnya..

Aku tidak percaya kata2nya... "Pakcik ada dokumen?" kataku

"Ada.." sambil menunjukkan file.Ada beberapa yang fotostat. Last skali aku tengok beberapa file origanal.

"Pakcik kawin dengan orang Malaysia?" tanyaku
"Iye.ni tgok gambar ni isteri pakcik!" Dia menunjuk gambar fotostat ic isterinya di file lusuh itu.
Aku melihat dengan penuh tekun. Terasa ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal pakcik itu. Pelat percakapan dia pun xde lah pelat myanmar sgt.

"Anak pakcik berapa orang?"tanyaku lagi. lagak seorang polis menyoal seorang pesalah.

"Anak pakcik 3 orang dik. Pakcik ni seorang pelarian. Dah lama pakcik kat sini. Isteri pakcik kerja kilang kertas. Pakcik susah nk dapat kerja dik..pakcik xde ic walaupun dah lama menetap kat sini. Tak kan pakcik nak balik myanmar? Pakcik pun tak tau mcm mana keadaan kat sana.Tak kenal pun orang kat sana. nak wat mcm mana pakcik sejak kecil lagi menetap kat sini. Dah banyak kali turun naik putrajaya mintak ic tetapi tidak dilayan malah dihalau. kita tau lah kita susah" Jelasnya dengan panjang.Kata-katanya semacam jauh hati dengan layanan mereka-mereka berkenaan.aku lihat matanya berkaca dan merah..mungkin menahan tangis. Tapi di dalam hatinya hanya tuhan yang tahu....Hati aku tetiba merasa sayu...Ya ALLAH...apa yang telah aku buat...Aku menghina makhluk ALLAH ini kerana

1) Dia berbangsa lain
2)Dia nampak daif dan busuk (sebenarnya xdelah busuk sgt tetapi dh terbiasa dgn mindset yang mengatakan org indonesia,myanmar,bangladesh dan sewaktu dgnnya adalah bangsa yang busuk dan pengotor)
3)Dia menjual dari rumah kerumah dgn berpakaian lusuh dan dgn berpeluh...

Kerana sbb-sbb diatas aku menjadi seorang yang busuk hati. Padahal dia makluk ALLAH SWT yang mencari rezeki sesuap nasi dan utk pembelajaran anak-anak dia di sekolah. Anak dia ke dua berada di SK. Tawang. Maklumlah seperti dia bagitahu aku, dia tidak dapat kerja di mana2 kerana tiada dokumen pengenalan diri. Dia hanya mampu bekerja kampung mengambil upah dan menjual buku dari rumah ke rumah.

Mata anaknya asyik memandangku. Aku pun bertanya" Adik blaja darjah berapa?"
Dia malu2 menjawab " Darjah 4"

"pereksa dapat berapa?" tanyaku lagi
"Dapat no 4.." jawabnya lagi
.


Aku pun membeli satu buku panduan dalam amalan dalam islam(tak luak pun beli buku kan?utk dapatkan ilmu ok apa?) dan juga memberikan sedikit wang kepada anaknya. Aku anggap duit raya utk anaknya. Kebetulan juga kami baru selesai makan McD. Aku memberikan sedikit McD kat anak dia dan air pepsi. Cukuplah bekalan utk alas perut ketika mereka bekerja mencari sesuap nasi.

"Adik, balas jasa mak ayah. jangan main menda-menda tidak berfaedah ye. Ingat susah payah ayah ngn mak adik carik rezeki. Kakak pun orang susah. Adik kakak lagi ramai ...9 orang. Adik ada adik beradik 3 orang je. Jangan la buat hidup adik lagi susah yea?" pesanku sebelum mereka beredar. Anaknya tunduk merenung ke lantai. Aku berharap dia simpan kemas-kemas pesananku tadi. Aku memandang kearah pakcik tadi. Aku melihat air mata lelakinya akhirnya gugur. Walaupun dia berpaling kearah lain...tetapi aku nampak air matanya jatuh ke lantai. Air mataku juga gugur...begitu juga kak ngah aku..

Setelah mereka berlalu...

Aku berasa banyak perkara aku belajar dari kejadian itu... Biarlah ko orang nak kata apa. Aku ada pendirian aku sendiri dengan tindakan yang aku buat. Sesiapa pun tidak layak menilainya kecuali ALLAH . Kalau dia orang tipu, biarlah ALLAH membalasnya. Kalau ianya benar, aku harap ALLAH SWT permudahkan segala urusan mereka. InsyaALLAH...

"Berkongsi sedikit nikmat yang ALLAH SWT bagi kepada kita dengan orang yang tidak berkemampuan. Tidak salah kan???... tidak mengapa walaupun sedikit asalkan niat kita baik dan tidak terpesong"

Selamat beramal.... :)

Selasa, 5 Oktober 2010

Umrumda Degil


Bismillahirahmanirahim....

Dengan lafaz kalimah yang suci ini...aku harap aku dapat lebih menyayangi ALLAH SWT... Hurm, malam ni aku merenung wajah ma....wajah abah.... diubun2 mereka sudah kelihatan rambut putih...diwajah mereka sudah kelihatan kedut2.. usia mereka makin meningkat. Aku terfikir..sempatkah niat hatiku untuk membawa mereka ke makkah? Aku berharap sangat diaorang dapat menjalani ibadat disana. tetapi tidak lagi kesampaian kerana tiada lagi sumber kewangan yang kukuh. Lebih2 lagi aku sudah ada komitmen lain.

Dulu aku berbelanja banyak atas rumah ma dan abah. Aku harap diaorang bahagia dan suka dengan pemberian aku... Tapi lama2 aku terfikir. Ini hanya untuk membahagiakan di dunia. Di akhirat macam mana?? Aku ingin jgk melihat mereka senang di dunia dan akhirat. Sekurang-kurangnya apabila menndapat haji. banyak manfaat yang mereka dapat daripada ibadah haji tersebut. Hati aku pun rasa senang....

Semasa aku kecil, aku masih ingat.begitu banyak pengorbanan ma dan abah aku terhadap aku dan 8 orang adikku. Sekarang? sanggup jaga cucu pulak kerana adikku yang kedua terpaksa bertugas di hospital pahang. Begitu besar pengorbanan mereka tetapi kerana perangai aku yang kadang-kadang cepat terasa membuatkan hati mereka terluka..
Maafkan kak long ma... Maafkan kak long abah...

Sesungguhnya..
Aku Umrumda degil..
Aku akan pastikan ibu bapaku akan merasa bahagia di dunia dan juga AKHIRAT...
walaupun macam-macam dugaan aku terpaksa tempuhi..
InsyaALLAH...
Redhailah dgn apa sahaja aku lakukan Ya ALLAH....
permudahkan urusanku..amin.

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers