Jumaat, 30 Disember 2011

Isnin, 17 Oktober 2011

Kelas Antenatal & fesyen ibu2 mengandung -free,tempat terhad










tempat : Hotel Grand River View, Kelantan
tarikh : 7/10/2011
pendaftaran : 8.30-9.00 am

Anjuran DUMEX MAMIL GOLD

hu3...lama dah nak tulis entry nih...tapi selalu xsempat. ni nak share sikit pasal pengalaman semasa menghadiri kelas Antenatal free,makan pun free (hehehe...suker free2 nih..). Ceramah pulak di handle oleh Pakar Pemakanan Ibu mengandung dan juga Doktor pakar sakit puan dari Hospital Terengganu (lupa dah nama hospital tu apa).

Semasa aku menghadiri majlis tersebut. Aku terjumpalah kawan 1 sekolah aku dan juga kawan2 satu tempat kerja aku. Kira ada la jugak kawan daripada xde langsung.he3..tapi yang sedeynya kan kebanyakan aktiviti dilakukan bersama suami..suami ku?? berada jauh nun......di SEREMBAN. :(

Walaubagaimanapun aku mesti happy sebab nanti effect pulak kat baby.kan? kan?

Apa aktiviti yang di jalankan??

Ok first aku dapat info daripada Miss Elane. Ini aktiviti yang mereka sediakan :

Aktiviti2 yang disediakan:

- Ceramah Anatenatal dari doktor pakar

- Pertandingan fesyen ibu-ibu mengandung

- Cabutan bertuah dan lain-lain hadiah disediakan.




Tapi rupa2nya ada lagi aktiviti-aktiviti tambahan iaitu bersama En Hubby pertandingan berlakon....mcm kakak dan Mr Hubbynya...tersangatlah sporting



dapat hadiah tau....



pastu pertandingan fesyen la seperti yang sedia maklum... :) cantik2 semuanya MOM TO BE bergaya...











Aku tak join fesyen ibu mengandung tu sbb aku tak berminat.... hu3...tahniah kepada pemenang2 fesyen ibu mengandung dan juga pemenang2 yg merebut hadiah breast pump :) ...Semua orang sporting sgt melakukan aktiviti2 yg disediakan. Penceramah2 pun byk memberikan input berguna kepada semua peserta-peserta. Kalau ada yang free nak pergi lagi la

DUMEX MAMIL GOLD ... ngeeee~~~~

Rabu, 12 Oktober 2011

Bahaya air putih kepada baby

Para ibu kebanyakan tidak sedar bahawa pemberian air putih kepada bayi sebenarnya memberikan banyak pendedahan kepada pelbagai risiko. Dengan kata lain,air merupakan salah satu anasir yang boleh :-

1) MERENCAT PERTUMBESARAN


  • Perut bayi sangat kecil dan apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat yang diperlukan oleh bayi. Disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan bayi yang banyak lalu merencatkan pertumbesaran bayi.

2) MERENCAT AKAL



  • Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada. Anne Kirkham, ini akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan Kernicterus iaitu merencatkan akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
3) MENGANCAM NYAWA



  • Air boleh membawa kuman. Kerana pada masa itu antibodi bayi tidak sekuat kita. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit juka kebersihan tidak dititik beratkan . Pencemaran berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.

  • Susu ibu mengandungi aantibodi yang bertindak dengan menyalut usus bayi. Pemberian air akan menyebabkan salutan ini terhakis. Maka bayi tidak mendapat perlindungan yang diperlukan.
4) MENGAKIBATKAN SAWAN TARIK



  • Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak meminum air putih akan mencairkan garam dalam darah bayi. Ia akan mengakibatkan suhu badan rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini di panggil oral water intoxication


sumber dari : KLINIK O&G HUSM



Sabtu, 24 September 2011

AVENT PRODUCT ~ BREAST PUMP AND BOTTLE













JOM KAWAN2 GRAB THIS ITEM...INSYAALLAH TERMURAH

klik sini :


Pengalaman Mengandung selama 9 bln :)




Assalammualaikum...







Apa khabar semua...dah lama xmencoretkan sesuatu kat blog kesayangan ini..Maklumlah penat dan sibuk melalukan aktiviti harian.xsempat nak berblog.Lagipun pergerakan sekarang ni terbatas dek perut yang semakin membesar dan berat...(aisey..berat ke? :P)



Pengalaman aku ketika mengandungkan anak pertama ini..hurm..pada trimester pertama aku alami alahan yg teruk dimana aku makan apa sahaja . Keluar balik dari perut aku. Susah nak lekat makanan dalam perut aku. Membuatkan aku rasa amat lemah. Pada minggu ke 9 aku teleah ditahan wad selama 3 hari 2 malam...hu3..




hu3...sakit kena cucuk






kena masukkan air 6 botol..serius aku xleh tido lena dalam wad..seksa.. :(





Selepas keluar wad dan MC selama 2 hari. Aku kembali kerja seperti biasa. Dalam 2 minggu aku kerja kaki aku sebelah kiri bengkak membuatkan aku tidak boleh berjalan dgn sempurna sbb sakit. Aku ke klinik staf.tapi doctor klinik tu ckp menda tu biasa walaupun sbnarnya menda tu aku dah alami byk kali dah sebelum aku mengandung dan kawin lagi. Selalu menda tu terjadi tetapi sekejap je kesakitan itu. Cuma bila aku mengandung ia membengkak dekat 1 minggu lebih. Membuatkan aku makin letih....... dan sakit.....Aku sabarkan diri pergi kerja walaupun kesakitan sehinggalah temujanji antenatal kat Klinik O&G. Doc dari jauh tgk aku berjalan mcm org tempang dan bertanya kenapa aku berjalan mcm tu. Aku bagitau tentang kesakitan kaki yang aku alami dan ianya di rujuk ke klinik pakar tulang. Akhirnya....kaki aku pun bersimen.hu3 dan mendapat cuti selama 1minggu..hu3...





xblh jalan.makan aiskrim nak tenangkan hati.sedih tak dapat bergerak bebas..wuuu...





mengenangkan nasib.bosan 1 minggu..mkn,minum dan pakai ma dan abah uruskan..rs susahkan mereka..hu3





Setelah 1 minggu kaki aku bersimen akhirnya kakiku sembuh.. alhamdullillah...Aku bekerja seperti biasa..makan aku dah blh mkn la sikit2 walaupun xberapa lalu nak makan. Tapi sekurang2nya makanan tu xdelah kluar sokmo dari perut aku.hu3...nak masuk trimester kedua
pulak aku demam..hu3..MC lagi..blh la dalam3 hari MC sbb demam..lepas ok dari demam.. Aku gi kerja seperti biasa...tapi malang tidak berbau aku kemalangan pula..hu3




luka di kepala

Gambar diatas adalah luka yang aku dapat selepas kemalangan dgn bucu ekon. Masa terhantuk mmg la sakit..Aku ingatkan biasa je la..Aku blh gelak2 ngn kawan aku. Masa tu aku lepas balik lunch ngn kawan aku. Masa masuk opis aku pun pegang kepala aku yang terasa lagi sakit. Rupa2nya berdarah.Aku dah panic. naik opis mintak orang opis tgk.Orang opis pun tak tau nak wat apa terus bawak aku kat kecemasan. Mujur xdop apa2.luka pun xde la dalam sgt. tapi doc bg MC lagi suh aku berehat sbb tekanan darah aku rendah.Mungkin terkejut selepas eksiden tadi.hu3..




Masuk trimester ketiga alhamdullillah...dah tak MC mana dh..Aku sihat walafiat dan hanya menunggu ketibaan kelahiran cahaya mataku.Doc scan katenya GIRL.. Aku tak kisah la girl or boy...yg penting baby ku sihat,sempurna dan selamat. Semua barangan dan aku siapkan dah malam2 aku selalu mimpikan baby ku..Mummy dgn Daddy xsabar nak jumpa baby... ;)



p/s : kalau sesiapa berminat nak beli breast pump dan botol susu berjenama avent sila klik sini... InsyaALLAH...Setakat ini termurah dipasaran..cewah..

Isnin, 8 Ogos 2011

Puasa Day With Ma and Abah

cute tak ma ngn abah aku?? ;)





Hari ni dah masuk 8 hari kita berpuasa...alhamdullillah..nak cerita sikit pasal menda yang terjadi semalam semasa nak berbuka dan kejadian pagi tadi semasa nak bersahur tentang.... My Ma and Abah.....lalalala...

Ahad, 7/8/11,7.30pm

"Allahuakbar....Allahuakhbar..." azan berbunyi
"Bismillahirahmanirahim..." semua tadah tangan bc doa berbuka...
Adik lelaki bongsu, Lan aku dah kutip sayur2an campur didalam pinggannya letak ketepi (mmg xmkn sayur..hu3)
"Knp buang sayur2 tu? membazir..."tanya abah
"xpe adik makan la sayur jagung ni"
"abah beli mahal sayur tu.membazir la buang...pot pet pot pet....bla...bla..bla..." pjg ceramah abahku
"kalau mcm tu abah la mkn"adik aku tolak pingganny ketepi buat muka merajuk
Ayah aku dah berubah muka...dia pun angkat pinggan dia,air dia,kuih dia...gi makan kat ruang tamu.. Aku ngan adik perempuan bongsu aku, Sikin ternganga ngn tindakan abah aku..
"Kak long...abah merajuk arrr...Lan knp ko wat muka mcm tu td kat abah..kan dia dh merajuk" Marah Sikin kat Lan...
Aku yang terdiam dari tadi menyampuk "Dah..dah makan..." dalam hati aku... ADOI...

Isnin,8/8/11,4.35am

Aku terpisat2 bukak mata..
"Ya Allah! abah..terkejut kak long.."kataku
Abah dok makan berdiri mcm nak kejutan aku gamaknya.kiri mung air..tangan kanan kuih pisang xsilap aku...
"bangun2 la sahur...."katanya
Aku pun bangunlah...basuh2 muka..aku jenguk Ma aku dalam bilik...
"tido lagi...kesian lak nak kejutkan"kataku dalam hati
Ketung ketang ketung ketang (aku sorang2 arini sediakan juadah bersahur...sbb Ma aku peeoot.so aku kesian nak kejutkan dia)
Pukul 4.50am dah siap juadah bersahur...Alamak air blom buat lagi..xpelah kejutkan adik2 dulu soh diaorang bersahur dulu... Lepas tu baru aku wat air...ambik air panas kat water dispenser
Aku wat air teh panas..Aku rasa air teh yang aku wat xsedap mcm Ma aku wat. Tgk jam dah pukul 5.10am. Xleh jadi nih.. Aku last2 gi kejutkan Ma aku

"Ma...knp air teh kak long xmacam Ma wat.Tak sedap!"kataku

Ma aku terpisat2 bangun "Alah minum je lah!" dgn nada yg marah..

Adeh...timbul kekesalan dihati kacau ma aku tido..pagi2 dah kena marah...lalalala...



So aku pun paksa adik2 aku minum air teh aku wat walaupun xsedap!




itu lah kejadian yg aku alami semalam dan pagi tadi...haru biru kan?? apa pun semoga ko orang happy sokmo dibualan ramadhan ni. OK? bubby... :)

Khamis, 4 Ogos 2011

Sedekah



Alhamdullillah ni dah masuk 4 ramadhan 1462 dan syukur ke hadrat Ilahi.aku dapat berpuasa tanpa sebarang halangan. Teringat hari sabtu lepas sebelum puasa..dulu kalau ko orang pernah baca entry sini. Pakcik ngn anak dia dtg lagi. Kali ni diaorang jual mcm2 CD dan kain sarung.


Kebetulan la kan nak dekat2 raya ni.tambah2 pulak baru start wat pemotongan rumah. Aku betul2 berjimat perbelanjaan harian sekarang...hu3...RM1 pun aku kena berkira.. Aku kasihankan mereka.Tak tau nak bagi apa. Last2 aku bagi baju2 aku yang tak padan kat dia.kebetulan dia ada anak perempuan darjah 6. Aku bg baju kebaya aku yang paling aku syg. Iyelah adik perempuan aku dah tak pakai kebaya2 nih. Lebih2 lagi adik aku yang sekolah agama.



Tapi mcm dia amat perlukan duit...tambahan pulak dia pun berpenyakit lonie.Dia ckp ambik la kain sarung.byr la berapa aku nak bayar..tapi time tu mmg aku xde duit cash kat dompet. Iyelah mana taknya...setiap kali ari minggu jerk. mesti adik2 aku nak beli something utk makan. Yang jadi mangsa duit aku la...hu3..Dalam dompet ada berapa hingget jerk.xsampai RM10..xkan la kot beli kain sarung RM 5??


Apa pun aku harap pakcik tu murah rezeki dan ada orang yang sudi hulurkan bantuan kepadanya.... Dia asal Myanmar. Dah lama tinggal Malaysia tapi xleh status warganegara. Isterinya orang Malaysia. Anak dia semua lahir Malaysia. Kalau ko orang yang berasal dari Kelantan atau luar kelantan pun boleh. Rasa nak bg sumbangan apa-apa kat keluarga ni .


Hubungi la pakcik ni : HUSSIN - 0179885587
dan juga kalau rasa nak menderma kepada rakyat palestin pun boleh :)

derma la kat sape2 pun dan yang penting


MESTI BG DENGAN HATI YANG IKHLAS OK???



p/s : kalau ada rasa tidak percaya ke apa ke...selidik la dulu sampai puas hati sebelum buat sumbangan kepada keluarga ini.. beautifulgirl xbertanggungjawab atas apa yg terjadi. semua atas kebijaksanaan anda ...okey?

Selasa, 2 Ogos 2011

Isteri curiga SMS dedah rahsia pasangan

PETALING JAYA: Perbuatan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya sebelum menghubungi teman wanita lelaki terbabit membawa padah apabila dia cedera ditumbuk suaminya itu di rumah mereka di Lembah Subang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa memeriksa telefon bimbit suaminya yang berusia awal 30-an sebelum berasa curiga satu kiriman SMS yang dihantar atas nama seorang lelaki.


Bagi memastikannya, mangsa yang juga kerani sebuah syarikat swasta dan berusia 30 tahun cuba bertanyakan suaminya mengenai SMS itu, namun suaminya mendakwa ia rakan sepejabatnya.


Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, mangsa menghubungi nombor berkenaan sebelum ia dijawab seorang wanita.


Menurut sumber, mangsa memarahi suaminya kerana berbohong menyebabkan berlaku pertengkaran. “Suami mangsa yang gagal mengawal kemarahan memukul mangsa sebelum keluar dari rumah,” katanya.


Mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya di sini.

beautifulgirl: Lelaki berhidung belang akan selalu gunakan akal fikirannya yg cerdik itu untuk MENIPU pasangannya....tak baik kan?

sumber : hmetro

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan datang lagi..ku rindu adik2ku..

image from : http://sweetstrawberry.files.wordpress.com/2008/09/desain-ramadhan-02.jpg




Assalammualaikum...

Dah lama xmencoretkan sesuatu.byk entry yang copy paste jerk. Malas nak menaip.ngee~~
Anyway sempena bulan ramadhan aku nak ucapakan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua sahabat bloggers..agar pada bulan ini kita dapat manfaatkannya dengan ibadah2 yang diredhai ALLAH SWT.

Hurm~~ nak cerita sikit pasal perasaan aku ketika ini...selalunya aku rasa puasa pada tahun-tahun dulu meriah sgt. Mana taknya..semua ada kat rumah.. Sekarang dah berkurangan meriahnya. Maklumlah adik2 ku yang seramai 9 orang sekarang ni kat rumah hanya tinggal 2 orang sahaja. Adik bongsuku Syikin dan Adlan. Mereka berdua je jadi teman aku dan sebagai anak sulung,aku selalu membuli mereka sebab xde sape2 dh aku nak buli selain mereka. Akekeke~

cik cikin dan delan

Tapi kekadang Mimi adik aku yang ke-4 balik jugak umah. Tapi jarang-jarang sgt la balik umah sebab dia dah ada umah sendiri kan (maklumlah dah berlaki). Kenalah ikot laki.kan?

cik mimi





Ngah aku pulak sekarang ni kerja Nurse kat Pahang. Memang susah la nak balik sbb kerja jauhkan. Anak dia pun tinggal kat kampong sbb sana susah nak carik ngasuh. Mungkin raya ni dia xbalik. Laki dia je yang balik beraya nanti.. :( sedih…

ngah


Adik lelaki aku Deli yg ke-3 pulak kerja dekat Shah Alam sekarang. Syarikat Karangkraf. Hujung bulan dekat2 nak raya baru blh balik.xtaulah nnti kalau berbini mcm mana. Senang ke tak balik kampong nanti..hu3..

mat deli

Biah (adik ke-5), Asyraf(adik ke-6) dan Asri(adik ke-7) masing2 dok hostel…blajar jauh2 semuanya…Biah kat UniKL Perak, Asyraf kat Matrikulasi Kedah dan Asri pulak kat SM Teknik Tanah Merah(walaupun kat Kelantan tp jauh jgk wooo..).

biah





ceraf




ceri


Apa pun aku rindu semua adik2 aku..walaupun dimana sahaja kamu berada…Ingatlah kak long setiasa doakan yang terbaik buat kamu semua.ok? Posa biar penuh..Jangan lupa sembahyang terawih ye :) …Jangan nakal2 di perantauan ok?

MISH U ALL SO MUCH! muaks!

Isnin, 25 Julai 2011

Berselindung Di Sebalik Kaabah



7 Ogos 2011, 10mlm,

Astro Prima 105.

Arahan Amor Rizan & Michael Ang


Rina seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nik...ah teman lelakinya, Iskandar. Rina mempunyai adik bernama Maya. Ayah mereka, Datuk Jamal menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy, teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri. Tiba-tiba muncul pula Mak Yam yang mendakwa seorang anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu. Ikuti kesudahan telefilem ini yang bakal bersiaran pada 7 Ogos, jam 10mlm di Astro Prima 105.

Selasa, 19 Julai 2011

Batasan pergaulan lelaki, wanita bukan mahram





ulasan saya : Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang melahirkan anak luar nikah dan membuang bayi yang tidak berdosa itu dgn cara yang paling kejam. Kenapalah kerana nafsu serakah..bayi-bayi itu diseksa? Kalau dah tak tahan sgt kawin je lah. walaupun kawin ala koboi.asalkan akad nikah itu SAH. ~beautifulgirl sedih~

ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”


Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’

Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.



Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.


Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

1) Pandangan
2) Pertemuan
3) Percakapan
4) Berjabat tangan
5) Bersentuhan badan

Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.

Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka...”

Bagi kaum perempuan
juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka...” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.

Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.

Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.

Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.

Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.

Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “...demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.



petikan dari : hmetro

Rabu, 13 Julai 2011

Syarat-syarat Derma Darah



1. Sihat tubuh badan / tidak mengidap sebarang penyakit.



2. Berumur 18 tahun hingga 55 tahun.
(Individu yang berusia 17 tahun perlu keizinan ibubapa)



3. Berat badan 50 kg ke atas.



4. Tidur berterusan melebihi 5 jam.



5. Telah mengambil makanan/sarapan sebelum menderma.



6. Tidak mengambil jenis ubat tertentu dalam tempoh
seminggu.



7. Bagi wanita : -
i. Tidak mengandung
ii. Haid selepas hari ke–5/seminggu
iii. Tidak menyusu anak
8. Tidak menjalani pembedahan, bersalin atau menerima
pemindahan darah dalam 6 bulan lepas.

Selasa, 12 Julai 2011

Sebuah Kotak Cinta



“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.

Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:



“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Artikel dari blog: Saiful Islam

Rabu, 8 Jun 2011

Bersalin, Doktor & Hukum ( by Noraslina Jusin - Isteri UZAR )


“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.

PRIHATIN AURAT

“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH

Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT

“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!


ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

ORIGINAL ARTICLE : http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html
.

Isnin, 25 April 2011

Lelaki aka Suami Semakin tidak waras !




AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.


“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.


“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.


Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.




“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.


Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.



“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.


“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.


Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

sumber dari :harian metro 25/04/2011

Isnin, 18 April 2011

Dendam Terlerai ............



Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku

Haruskah aku lalui
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali

Biar diri menunggu
Mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu
Bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini
Menjadi dendam terlerai

Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku

Renungan Bersama : Seorang Polis Trafik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

------------ --------- --------- --------
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang
lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

maksud tersirat disebalik kata2 seorang perempuan

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ahad, 17 April 2011

10 cadangan praktikal untuk bapa

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

image : http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/03/kehadiran-orang-baru.html


Bapa juga perlu terbabit secara langsung dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin dan memberi susu. - Gambar hiasan




SEBAHAGIAN besar daripada kita mungkin biasa dengan senario di mana anak-anak lebih rapat dan mesra dengan ibu mereka berbanding bapa. Keadaan ini berlaku kerana terdapat segelintir daripada kita yang memandang ringan terhadap tugas dan tanggung jawab seorang lelaki terhadap bayinya. Sedangkan, peranan seorang bapa dalam kehidupan anak sebenarnya sama besar dengan peranan seorang ibu.


Untuk mengelak perkara itu berlaku, ibu bapa mungkin boleh mengambil panduan 10 cadangan di bawah untuk memudahkan dialog antara bapa dengan anaknya.


1. Ibu perlu memberi bapa ruang interaksi dengan bayi sejak peringkat awal kelahiran lagi. Bapa boleh turut sama dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin, memandikannbayi, membawanya bersiar-siar, memberinya minum susu dan sebagainya. Segala perbuatan itu harus diiringi kata-kata lembut dan senyuman kepada bayi.


2. Permainan penting dalam interaksi bapa dengan anak yang sedang membesar. Tidak seperti ibu, bapa lebih terdorong mengadakan permainan bertenaga dan sukar dijangka yang menyeronokkan anak-anak. Ibu pula tidak seharusnya menghalang permainan seumpama itu hanya kerana kaedahnya sedikit berbeza dengan lazimnya.


3. Berkomunikasi dengan anak di tempat-tempat awam seperti zoo atau taman riadah.


4. Bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak kecil akan menjadi figura penting dalam dunia anaknya. Pada mulanya, kelakuan bapa akan menjadi model kepada anak untuk membentuk tingkah lakunya sendiri kelak. Lebihkan dialog dan interaksi untuk pembangunan mental anak yang sihat.


5. Golongan dewasa yang menjaga anak kecil perlu menjaga tingkah laku sendiri. Kadangkala ibu bapa berpendapat bahawa sebarang kawalan terhadap perbuatan anak-anak akan membantutkan kreativiti dan kebergantungan terhadap diri sendiri. Sebahagian lagi yakin bahawa anak kecil perlu menjaga kelakuannya dalam setiap perkara seperti orang dewasa sehingga mengawal dan mengehadkan tingkah laku mereka. Arahan ibu bapa tidak seharusnya melangkaui logik akal sebaliknya perlu menumpukan pada keselamatan, kebergantungan diri dan aktiviti kreatif.


6. Adalah penting untuk menunjukkan anak-anak mengenai tuntutan munasabah agar mereka faham apa yang diharapkan daripada mereka dan cuba tekankan berulang kali.


7. Elak menggunakan kekerasan atau ugutan tanpa justifikasi terhadap perilaku anak-anak. Ia dikhuatiri akan membentuk sikap ganas dalam diri anak dari segi perwatakan, berniat jahat, kejam dan degil.


8. Kutukan, kecaman dan larangan perlu digunakan dengan berhati-hati. Celaan terhadap aspek personaliti anak langsung tidak boleh diterima sebaliknya tujukan kepada perbuatan yang dilakukannya. Contohnya, jangan berkata 'kamu jahat' sebaliknya katakan 'perbuatan itu jahat'. Selepas menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dilarang, adalah penting untuk menunjukkan anak contoh yang positif.


9. Puji kejayaan anak. Jika sesuatu itu mustahil untuk anak, bantu dia menangani kesukaran, beri sokongan dan biarkan dia merasai kejayaan sendiri. Tidak perlu memuji anak untuk kegagalan mereka kerana ia boleh mewujudkan perasaan rendah diri. Harapan terhadap pencapaian anak perlu sesuai dengan keputusan yang dicapainya.


10. Paling penting sekali, sayangi anak sebaik-baiknya dan jangan biarkan dia lupa mengenai kasih sayang itu.

Isnin, 11 April 2011

Suamiku Pemalas !

“Suami sejak awal berkahwin sememangnya sangat berat tulang dalam membantu saya menguruskan rumah tangga. Saya tertekan dengan sikapnya itu. Apakah benar kata orang, sikap pemalas yang dimiliki suami berasal daripada didikan ibunya sewaktu zaman kanak-kanak yang tidak mendidiknya agar berdikari?

Pandangan Kaunselor :
Pepatah Melayu ada menyatakan; bagaimana acuan begitulah juga bentuk kuihnya. Tetapi ramai yang terlupa, ada tikanya kuih yang dibentuk oleh acuan tidak kekal bentuknya disebabkan adunan bahan yang ada tidak tepat menyebabkan bentuk berubah terus berbeza daripada acuan. Sama jugalah dengan sikap dan tingkah seseorang. Bererti tidak semestinya sikap malas suami yang enggan membantu kerja-kerja isteri di rumah bermula daripada sikap si ibu yang tidak membentuk anaknya agar rajin membantu.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan, cara hidup masyarakat Melayu sebenarnya membentuk situasi sebegini. Bukan semata-mata asuhan ibu. Masyarakat Melayu mendidik agar anak perempuan bertumpu di dapur sementara anak lelaki dengan kerja-kerja luar rumah. Amalan tradisi ini diperjuangkan tanpa sedar sejak turun temurun dan kini tika anak perempuan mula menjejak luar rumah, kebanyakan anak lelaki masih tidak dibenarkan ke dapur.

Biar pun itu tradisinya, ia bukan sebab untuk suami enggan atau malas membantu isteri melaksanakan kerja-kerja di rumah. Setiap individu yang menjejakkan kaki ke dunia perkahwinan perlu faham dan maklum mengenai tanggung jawab yang perlu dilaksanakan di dalam perkahwinan. Mengemas rumah, memasak dan mencuci pakaian yang menjadi tugas rutin wanita sebenarnya bukanlah tanggung jawab isteri. Ulama menjelaskan; seandainya lelaki mengambil gadis dari rumah yang mempunyai pembantu rumah maka suami bertanggungjawab menyediakan pembantu rumah bagi membantu isterinya yang biasa dibantu dalam melaksanakan kerja-kerja rumah.

Bezanya, segala kerja yang sinonim dengan wanita yang sebelum ini dikhususkan untuk tinggal dan menetap di rumah sahaja – jika dilakukan akan menjadi bonus kepada suami malah isteri sendiri kerana mampu menambah kasih sayang suami kepada isteri. Satu perkara yang menukarkan bonus ini kepada wajib dilakukan ialah apabila pekerjaan ini disuruh oleh suami setelah segala kelengkapan bagi menyelesaikan tugasan tersebut disediakannya. Sebagai contoh, jika suami belikan beras, ikan, sayur dan kelengkapan memasak yang lain kemudian suami perintahkan isteri memasak maka, isteri wajib memasak dan jika engkar, isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz.

Kembali kepada permasalahan ini; ada benarnya pendapat tersebut tetapi tidak tepat 100 peratus. Seperti huraian saya di awal jawapan, sikap sebenar bergantung kepada individu itu sendiri. Biarpun terdidik dengan cara ibu yang tidak biasakan anak lelakinya ke dapur tetapi jika dia sedar tentang peranan dan tanggung jawab yang perlu dipikul selepas memasuki gerbang perkahwinan, tiada alasan wajar yang boleh dipegang lagi.

Setiap individu perlu sedar, di dalam sesebuah perkahwinan terdapat 3 siri tanggung jawab iaitu tanggung jawab tersendiri seorang suami (melayani isteri dengan baik, memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan, menyediakan rumah dan keperluan berkaitan, melayani keperluan seks, bersikap romantik, meluangkan masa bersama isteri, mewujudkan suasana ibadah di dalam rumah tangga, sentiasa tunjukkan wajah ceria, menjaga penampilan diri dan bersabar melayani kerenah isteri).

Tanggung jawab tersendiri seorang isteri (taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat, melayani kehendak seks, menjaga harga diri, suami dan keluarga, hormatkan suami dan menyenangkan hatinya) dan tanggung jawab bersama suami dan isteri (menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak serta bersama-sama menguruskan rumah tangga).

Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. Insya-ALLAH jika sejak mula suami biasa membantu, tidak akan ada masalah di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang mahu tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua mahu dibuat. Lama-lama, suami yang terbiasa, sukar ubah perangai.

Cara paling baik meminta suami menolong ialah dengan meminta dia menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut seperti ketika memasak. Mungkin suami mengelak kerana ingin berehat. Jangan marah, pujuk dengan lembut. Katakan, ada cerita menarik yang mahu dikongsi. Jika itu alasannya, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.

Jika mahu lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada. Sambil melakukan kerja tersebut, luahkan rasa penat dan keseronokan jika suami dapat membantu. Jika dia pura-pura tidak dengar, anda perlu berterus terang, minta dia membantu secara berhikmah. Jangan mendesak atau mengarah! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu.

Jika anda terbiasa melakukan segala-galanya seorang diri, jangan bimbang! Mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat membantu menguruskan rumah tangga.

Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda.

Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta ALLAH SWT lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu. Dapat jugalah sesekali anda beristirahat.

Kepada para suami, tugas menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insya-ALLAH akan bertambah semarak cinta.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran MAC 2011 di pasaran.
Untuk Langganan : Karangkraf Mall

Khamis, 31 Mac 2011

DiBelasah Kerana Mengidam

siapa yang bersalah dalam hal ni?? Apa pun si lelaki xboleh berkasar dgn wanita...mesti selesaikan masalah dgn cara yang waras.bknnya melepaskan kemarahan dgn cara yg tidak waras..

WANITA BUKAN LAWANMU
sumber dari : hmetro

Ahad, 27 Mac 2011

Ibu hamil lemah daya imun tubuh

(hai....si isteri mengandung si suami pun turut sama :P)


BERPANTANG ketika hamil? Mungkin ada beranggapan ia hanya menyusahkan atau tidak masuk akal tetapi tahukah anda, sesetengah orang terpaksa berpantang sepanjang hayatnya terutama ketika hamil; dan golongan dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah alahan.

Berpantang makan adalah perkara biasa bagi mereka tetapi keperluan ini meningkat ketika hamil bagi mengelakkan masalah alahan diwarisi anak.


Meskipun tiada kajian yang membuktikan wujudnya kaitan langsung antara pemakanan ibu dengan risiko alahan pada janin, pakar perubatan menasihatkan supaya mereka lebih berhati- hati; setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan masalah pada diri sendiri.

Alahan boleh berlaku kepada sesiapa pada bila-bila masa tanpa mengira usia. Kajian mendapati ramai orang dewasa alah terhadap makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan.


Sesetengah pakar berpendapat hampir semua orang alah terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya, mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar.



Alahan ialah tindak balas sistem imun. Ia berlaku apabila badan tersilap tafsir bahan di dalam makanan (biasanya protein) sebagai benda asing berbahaya dan perlu dihapuskan. Badan menghasilkan antibodi dipanggil imunoglobulin E atau IgE untuk ‘membunuh’ protein itu dan tindak balas ini menyebabkan pelbagai gejala.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, gejala alahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu alahan sedikit, sederhana dan teruk (anafilaksis). Bagi alahan yang sedikit, seseorang itu mengalami gejala setempat (tidak merebak) seperti:

- Ruam


- Gatal


- Mata berair


- Hidung tersumbat

Alahan sederhana bermakna gejala merebak ke lain bahagian badan dan seseorang itu boleh mengalami:


- Gatal


- Kesukaran bernafas

Alahan teruk atau melampau (anafilaksis) adalah tindak balas mendadak terhadap alergen yang membabitkan seluruh badan. Gejala alahan boleh bermula dengan gatal pada mata atau muka, dan dalam masa beberapa minit ia menjadi serius.

Tindak balas badan individu yang mengalami alahan teruk, berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan melepaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskannya. Bagi individu yang mengalami anafilaksis, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan pelbagai gejala yang boleh mengancam nyawa pesakit. Antara gejala anafilaksis ialah:


- Gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma) - yang menyebabkan kesukaran bernafas atau menelan


- Kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema


- Sakit perut


- Muntah


- Cirit-birit


- Pening atau berasa keliru

Katanya, ada banyak faktor yang boleh merangsang gejala alahan dan antara pencetus masalah yang biasa ialah:


- Alergen udara seperti debunga, kutu rumah, kulapuk dan bulu serta sel mati daripada haiwan


- Sesetengah makanan terutama yang kaya protein seperti kacang, gandum, soya, ikan, makanan laut dan susu


- Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan


- Sesetengah ubat seperti penisilin atau antibiotik berasaskan penisilin


- Susu getah atau alat yang dibuat daripada getah


Adakah kehamilan meningkatkan risiko alahan?

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan.

“Hormon yang dihasilkan ketika mengandung membawa kesan yang lebih kurang sama seperti steroid dan ia akan memperlahankan alahan. Ketika hamil, daya ketahanan wanita akan dikurangkan untuk mengelakkan penolakan janin yang dianggap oleh sistem imun sebagai benda asing. Peningkatan ketolerenan sistem imun menerbitkan keadaan ‘kurang waspada’ terhadap bahan asing.

“Perubahan ini membuatkan potensi untuk berlaku alahan ketika hamil juga meningkat. Contohnya, serangan asma boleh berlaku lebih kerap; atau serangan kali pertama terjadi ketika hamil. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya juga boleh berlaku; penyakit asma bertambah baik dan lebih senang dikawal,” katanya.


Bagi wanita yang ada masalah alahan, apa kemungkinan akan terjadi?

“Kawalan asma yang baik ketika hamil sangat penting bagi mengekalkan bekalan oksigen mencukupi kepada janin yang sedang membesar. Kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan tidak cukup berat mungkin disebabkan kawalan asma yang tidak baik.

“Kebanyakan ubat untuk asma boleh diambil ketika mengandung dan tiada bukti ia boleh meningkatkan risiko atau membahayakan janin. Bagaimanapun doktor menyarankan pesakit asma yang hamil mengambil ubat pada dos paling rendah - cukup untuk mengawal gejala saja,” katanya lagi.

Alahan hidung biasanya berlaku pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah hidung tersumbat, gatal dan hidung berair. Usah bimbang kerana keadaan ini biasanya disebabkan perubahan hormon.

Urtikaria (gegatal) dan ruam alahan juga antara masalah biasa yang dialami ketika hamil. Salah satu ruam yang paling kerap dikesan ialah sindrom urtikaria pruritik papul dan plak kehamilan (Sindrom PUPPP) - juga dikenali sebagai letusan polimorfik kehamilan. Wanita akan mengalami letusan rasa gatal terutama pada bahagian bawah abdomen dan atas paha.

Selepas bersalin, ruam ini akan hilang sendiri tetapi ia boleh menyebabkan rasa sangat rimas khususnya pada beberapa bulan terakhir kehamilan. Sebaliknya masalah ekzema biasanya mengurang dan ini mungkin disebabkan peningkatan penghasilan hormon mirip streoid.


Pencegahan alahan pada bayi dalam kandungan

“Jika ibu ada masalah alahan, bayi dalam kandungan mempunyai 30 peratus peluang untuk mewarisi alahan berkenaan. Jika kedua-dua ibu bapa ada alahan, risiko untuk bayi mendapat masalah yang sama melonjak kepada 60 peratus. Bagi kes asma contohnya, jika ibu dan bapa ada alahan yang sama contohnya asma, kemungkinan besar (80 peratus) bayi juga akan alami alahan.

“Merokok ketika mengandung dan makan makanan yang boleh merangsang alahan terutama pada beberapa bulan terakhir kehamilan dipercayai boleh menjadi faktor penggalak kepada janin untuk mendapat masalah ini. Merokok pada awal kehamilan adalah pencetus utama untuk bayi mendapat alahan dan risiko ini meningkat jika ibu dan bapanya perokok,” katanya.

Ramai yang bertanya, adakah makanan turut meningkatkan risiko janin mewarisi alahan. Sehingga kini, tidak cukup bukti untuk mengatakan demikian. Pemakanan yang kurang mengandungi alergen mungkin ada kelemahan kerana ibu dan anak boleh mengalami masalah kurang zat. Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat dan Eropah menyarankan pemakanan seimbang tanpa sebarang pengecualian ketika hamil dan menyusukan anak.

Janin akan terdedah kepada peredaran antigen ibu melalui air ketuban dan uri. Kita tahu bayi yang belum lahir akan mula menghasilkan antibodi IgE untuk melawan alahan ketika kehamilan masuk minggu ke-20.

Pemindahan alergen yang biasa seperti B-laktoglobulin dalam susu lembu, ovalbumin (telur) dan lain-lain alergen berlaku sebelum 26 minggu kehamilan.

Pengukuran IgE total pada darah tali pusat ketika bayi dilahirkan tidak boleh dijadikan petanda kepada kemungkinan alahan kerana ia tidak tepat.

Bersalin secara normal boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Pembedahan Caesarean akan meningkatkan risiko alahan pada bayi terutama jika ibunya juga ada masalah ini.

Pengambilan banyak lemak tepu sepanjang tempoh penyusuan badan juga menjadi salah satu faktor untuk alahan. Wanita yang menyusukan anak seharusnya mendapat banyak Omega 3 dan minyak ikan politaktepu; bukannya protein ikan kerana pengambilan makanan yang kaya protein boleh mencetuskan gejala alahan.

Selain itu, pendedahan ketika hamil terhadap bahan organik meruap (VOC) yang ada dalam asap, permaidani baru dan selepas rumah siap diubahsuai juga boleh meningkatkan risiko alahan pada anak-anak.


Mengurangkan risiko alahan pada kanak-kanak


Kaedah terbaik ialah memberikan penyusuan badan secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan. Wanita menyusukan anak perlu mengelakkan semua makanan yang boleh menyebabkan alahan kerana unsur makanan ini akan terus masuk ke dalam susu badan dan boleh menyebabkan kepekaan alahan bayi meningkat.


Jangan gunakan krim mengandungi kacang (Arachis) atau ekstrak minyak kacang untuk disapu pada puting.


Rumah yang terlalu bersih dan bebas daripada haiwan sebenarnya adalah persekitaran yang boleh membuatkan bayi mendapat alahan. Ini berdasarkan hipotesis kebersihan - bayi yang dilahirkan dalam persekitaran kurang bersih lebih berdaya tahan dan jarang mengalami masalah alahan.

“Didapati bayi yang mempunyai ramai adik beradik, terdedah pada pelbagai virus sejak kecil, ibu bapa memelihara ternakan dan minum susu tidak dipasteur, jarang ada masalah alahan. Sebaliknya bayi yang hanya ada satu atau dua adik beradik, tidak terdedah pada persekitaran kotor, haiwan atau diberikan antibiotik sejak kecil lebih mudah mengalami alahan. Malah penghantaran bayi ke pusat jagaan harian juga boleh mengurangkan risiko alahan,” katanya.


Sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan pemberian vaksin akan merangsang atau mencegah alahan. Bagaimanapun suntikan vaksin BCG (untuk tuberkulosis) mempunyai kesan perlindungan kepada alahan tertentu.


Organisma yang ada secara semula jadi dalam usus seperti Latobacilli GG dan bakteria bifido juga didapati memberi perlindungan kepada masalah alahan. Bakteria usus yang baik ini boleh dipindahkan kepada bayi ketika bersalin secara normal dan pemberian susu badan sejurus selepas melahirkan anak.

Kajian mendapati populasi yang cenderung mengalami alahan mempunyai banyak bakteria clostridia, coliforms dan staphylococcal dalam usus mereka berbanding populasi yang tiada masalah alahan (usus mereka 'kaya' dengan bakteria lactobacilli dan bifido).


Berhati-hati menggunakan pelembap untuk bayi. Elakkan juga penggunaan sabun yang mengandungi pewangi, linolin dan semua sabun yang diperkaya dengan enzim.


Beli pakaian dan keperluan lain untuk bayi yang diperbuat daripada kain kapas.


Perkara yang perlu dilakukan wanita hamil:


- Jangan merokok dan elakkan daripada menghidu asap rokok


- Elakkan pengambilan alkohol


- Kalau boleh elakkan makanan yang boleh mendorong kepada alahan seperti kacang, kekacang, bijan, telur dan ikan walaupun tiada bukti kukuh mengatakan sekatan makanan boleh mencegah alahan


- Elakkan pendedahan keterlaluan pada haiwan seperti kucing, anjing, kuda


- Jika menghidap asma, teruskan mengambil ubat pencegah dan pelega asma sepanjang kehamilan


- Elakkan semua ubat yang tiada preskripsi dari doktor dan vitamin yang mengandungi pewarna atau pengawet. Malah rumusan herba juga perlu dielakkan dan berbincanglah dengan doktor sebelum mengambilnya.


- Elakkan sebarang prosedur yang boleh merangsang kepada masalah alahan seperti ujian alahan pada kulit atau imunoterapi untuk mengurangkan kepekaan.


- Mengambil probiotik (Laktobacillus GG) dan makanan tambahan prebiotik


- Bersenam, makan makanan seimbang dan tidur secukupnya


Untuk bayi yang baru dilahirkan:


- Berikan susu badan secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan


- Elakkan memberi susu formula kecuali ada pengesahan klinikal ia susu rendah alergen


- Perlu ada pendedahan terhadap kekotoran biasa bagi kanak-kanak


- Elak memberikan rawatan antibiotik bagi masalah kesihatan yang disebabkan virus kecuali doktor berasa ia benar-benar perlu


- Elakkan menyapukan krim mengandungi minyak kacang, pewangi atau sebarang bahan pengawet


- Elakkan memberi makanan berproses, sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk bayi bermula pada umur enam bulan. Elakkan memberi anak anda kacang dan kekacang sehinggalah dia berumur tiga tahun


- Jangan dedahkan dia pada asap dan bau rokok


- Berikan imunisasi (suntikan vaksin) mengikut program vaksinasi kebangsaan

(dipetik dari : hmetro)