Rabu, 23 Februari 2011

Missing husband !

mummy...where is my husband... huargh!!!


A woman went to police station to file a report for her missing husband:

Woman: I lost my husband
Inspector: What is his height
Woman: I never noticed
Inspector: Slim or healthy
Woman: Not slim can be healthy
Inspector: Color of eyes
Woman: Never noticed
Inspector: Color of hair
Woman: Should be black
Inspector: What was he wearing
Woman: I don't remember exactly
Inspector: Was somebody with him ?????????
Woman: Yes my Labrador dog (Romeo), tied with a golden chain, height 30 inches, healthy, blue eyes, blackish brown hair, his left foot thumb nail is slightly broken, he never barks, wearing a golden belt studded with blue balls, he likes non veg food, we eat together, we jog together.
The woman started crying
Inspector: Let's search for the dog first!!!!!!! !!!!!!

Blogger disaman Dr Rais diberi masa fail pembelaan

KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung penyiaran makalah berunsur fitnah dalam blognya memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat itu pada 17 Februari lalu.


Berikutan itu, Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan semalam untuk mendengar permohonan berkenaan. - Bernama

sumber dari harian metro

* xsemua medan internet ini dapat meluahkan pendapat masing-masing berbaur apa sahaja yg menyebebkan beberapa pihak TERSENTAP . so baik DIAM daripada GEGE (bak kata org kelantan).nanti kena SAMAN :P



Khamis, 10 Februari 2011

student malaysia di egypt kene rogol,kite kat sini buat ape je?

*copy paste version

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth??


◦Airport di Alexandria dah tak boleh pakai
◦Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
◦Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
◦Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
◦Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.



http://www.facebook.com/pages/Global-Medic-Network/161720120528321?v=wall

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964

http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!)
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

Isnin, 31 Januari 2011

Kejadian Yg Memilukan dan Menyakitkan...

terdamparnya seorang insan yg teraniaya..

seremuk hatiku...

sialan..

mangsa keadaan

INFO EMAS


Sukatan emas


Unit Timbangan Lama:

1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram


Jenis-Jenis Ketulenan Emas

999 - 24K - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 - 23K - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 - 22K - Emas Singapura
900 - 21.6K - Emas Sembilan
875 - 21K - Tiada nama lain dapat dicari
835 - 20K - Tiada nama lain dapat dicari
800 - 19K - Emas Paun
750 - 18K - Tiada nama lain dapat dicari
585 - 14K - Tiada nama lain dapat dicari
373 - 9K - Suasa

Ahad, 30 Januari 2011

JOM TGOK GADIS MANTAP..MELELEH BEB!

KAU ORANG (GIRLS) MESTI SUKER... ;)
KLIK SINI.. LELAKI JANGAN TENGOK! KO TENGOK TANGGUNG SENDIRI OK?
KENAL GADIS INI MASA TRIP MELANCONG KE TOKYO..
BEAUTIFUL..MUACH!

DUNIA KO LEPAS..AKHIRAT KO SIAP!

JAHAT KO!
Kau langgar orang sampai MATI! Pastu ko keluar kereta mcm muka xbersalah...Skrg...ko nak tutup kes ni dgn memberi rasuah kpd beberapa orang utk menjadi saksi palsu ko! Ko ingat! walaupun ko terlepas hukuman dunia.ko jangan ingat ko kaya..ko blh terlepas hukuman akhirat! terima kasih!

Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan


SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.


Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.




Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.



Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.



Pasir Mas, Kelantan


Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14

Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas

Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara

Mempunyai keluasan 57,800 hektar

Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)
sumber dari : http://www.hmetro.com.my

Khamis, 27 Januari 2011

Setiap Hisapan, Membawa Padah, haram tetap haram !



FATWA YANG TERUS DILUPAKAN

Info Kesihatan : Tabiat Merokok, Kesan & Akibat


Pengenalan

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

"Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin"

(Al-Bukhari & Muslim)

"Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani"

(At-Termidzi)

"Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu"

(Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok


image : ijoikatun.blogspot.com/ 201006/ cara-tips...rang.html


Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut.Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.

Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok

- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
-Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

p/s : blh juga guna teknik2 ini utk tolong orang berenti merokok..hehehe!


image : s280.photobucket.com/ albumskk170/ yeindra/ ?action=v...=stop.jpg

Selasa, 25 Januari 2011

'Kami tiada jodoh' ~~ WAT THE HELL?? X_X



Assalammualaikum... Pe khabar semua??

Ibu2,Isteri2,Janda2,Women2,Gadis,Dara2 dan sewaktu dgnnya.... how's your life?? :)


Hope better la yeak dak? Hari ini nak berkongsi sedikit pasal keadaan umah tangga sekarang. Anyway yang mana blom kawin pun blh berkongsi tentang perkara ini. :) Ko orang tak lama nak kawin jgk kan? ;)



Tidak dapat dinafikan sekarang kes penceraian makin lama makin meningkat..hu3... Apa masalahnya? Padahal ada sesetengah tu bercinta bagai nak rak...7 thn..12 tahun..(kononnya cinta sejati) tapi last2.ada yang tak jadi kawin...ada yang bercerai berai padahal xsampai 1 tahun lagi membina masjid.wathefat??



Apapun tak perlulah nak debatkan nasib malang si lelaki yang kena tipu,dicurangi atau whatever. sbb yang kaum lemah adalah perempuan.yang patut dibela nasib seorang wanita.. sape setuju angkat tangan? he3.. Aku memang percaya nisbah wanita teraniaya dan lelaki malang adalah sangat berbeza (ambik ayat daripada seorang akak ...sori ciplak sikit). Aku memang sokong 110 % pada pendapat akak ni. (kebetulan pulak baca kisah jejai dengan si fasha..hohoho!). Katanya nisbah wanita teraniaya dgn lelaki malang adalah 1000:1 (wanita didera dan dianiaya nisbahnya 1000 kes : dan lelaki malang hanya 1 kes)



Masa bercinta atau baru kawin... Macam2 si women ni puji Si men dia. Dialah sehidup semati...dialah segala-galanya...dialah intan payung.... Tapi bila dah 10 thn ,15 thn hidup bersama. Semunya hampeh. Si men carik women lain. So yang meleleh air hidung siapa?



Anyway, memang perkhawinan ini lebih menguntungkan lelaki. Kerana apabila seseorang wanita itu berkhawin, pasti 'saham' nya merudum... lebih2 lagi kalau mengandung dan beranak. Of course lelaki (yang mana tidak menghargai pasangan mereka) akan mencari kekasih hati lain utk memuaskan nafsunya yang satu (contoh blh tgk sendiri apa yang berlaku pada si pelakon yg dh ada bini.elok2 bini mengandung.time tu jugak wat onar ngn pelakon muda lain.mcm setan kan?)





Lelaki.. usah lah diperbesarkan tentang lelaki yang teraniaya...sampaikan nak bertikam lidah bahawa lelaki pun bernasib malang. Bela nasib wanita yang teraniaya dahulu ! KENAPA?! kerana....pastikan anak yang dilahirkan wanita itu tidak kehilangan rumah, tidak kehilangan hak, keselamatannya tidak diragut, pelajaran tidak terbengkalai, dan mempunyai moral yang baik.. Jika perkara ini tidak dapat dibendung..pastinya adalah gara-gara si bapa yang gagal memikul amanah yang pernah mereka meterai, bersumpah dan berjanji dihadapan TOK KADI..




Sudah banyak cerita yang aku dengar daripada wanita2 yang teraniaya...panas hati aku mendengarnya....





"Aku : kenapa ko nak bercerai tiba2? Kawin xsampai 1 thn lagi(tetiba si polan ini dtg kerumah utk meminta bantuan aku uruskan penceraiannya)

Polan : Laki aku sebenarnya GAY! sepanjang perkhawinan dia xpernah sentuh aku. Patutlah dia tak mau hebohkan perkhawinan dekat kawan2 dia. Rupa-rupanya tak mau tembelangnya pecah


(aku terkejut mendengarnya)

Aku : Kalau dia GAY...kenapa dia nak kawin dgn ko?

Polan : Sbb dia nak tutup mulut family dia la...sbb umo 33 thn tak kawin lagi.tu pasal dia gunakan aku utk tutup mulut family dia. huh! patut la aku keluar mana-mana dia tak kisah. rupa2nya masa aku keluar dgn ko. dia ambik kesempatan keluar ngn girlfriend songsang dia! "


Ayooo...marah betul kawan aku sorang ni...memang setan kan laki mcm tu? kesian kawan aku..dah la kawin wat loan.pastu masa nak cerai mintak lak separuh duit hantaran. tapi tok hakim cakap "awak dah tak blh ambik.itu hak bini awk...sepatutnya awk kena bagi lagi harta sepencarian dekat bini".hohoho..merah padam muka jantan tu...rasakan..


Ada lagi satu cerita yang aku baca dalam satu blog pasal kawan dia.



"kak Jun tahu,cuti sekolah baru-baru ni, cik suami nak bawak kami anak beranak bercuti, last minute dapat tahu tembelangnya. Rupa-rupanya dia ada tempah bilik satu lagi utk girlfriend dia tingkat dua. Bilik kami tingkat tiga. Bengangnya saya!!"


Amacam? blh blah tak situasi mcm ni??hu3...lelaki..lelaki.. ada satu lagi cerita..

"Nak tau tak pasal Cik Ki saya?"
"Kenapa?"
"Dia terhantar sms kat girlfriend dia kat saya"
"Apa sms-nya?"
"......apapun jadi Susi tetap milik abg!"



Ko orang la kalau laki mcm ni rasa terbakar x???hu3 mmg tak boleh blah! kan? (he3...aku lak emo..soriii..)

sambung balik cerita


"abis apa awk buat?"
"saya balas sms dia 'lain kali nak hantar sms kat girlfriend check elok2 nombornya.Biar betul.Nak antar kat wife buat apa? Nama saya bla bla bla! bknnya Susi.' "
"...and?"
"Dia termalulah.dah kantoi kan"
"masa tu awk kat mana?"
"kat living room"
"Dia?"
"Masterbed room"
"...lah...awk xmarahkan dia?"
"Nak marah apa sampai sekarang dia tak nak cakap dgn saya. Terus tak mahu tidur sebilik.Dah malu la kot. Tak mau ngaku wat salah and tak mau ubah perangai"



Hurm...xblh nak cakap apa...Memang lelaki jenis mcm ni tak reti nak menghormati dan menghargai seorang isteri... diaorang tak pikir ke bahawasanya mak atau ibu mereka adalah seorang wanita. kalau lelaki lain wat mak atau ibu mereka mcm tu..bagaimana??


Kalau kes mcm ni berlaku...pempuan yang comel montok,cute...pasti akan jadi cengkung tidak bermaya...yg gemuk pun confirm jadi kurus sbb slalu makan hati dgn sikap laki-laki dia.tak payah pakai ubat kurus atau pergi gym. Cukuplah buat hati nurani seorang wanita itu terseksa dan terluka oleh lelaki yang tidak pernah puas dgn cinta nan satu.


Lelaki tetap lelaki..Jangan terlalu dipuja jika baru menempuh alam perkhawinan yang baru berusia setahun jagung. jika bercinta bagai nak rak(bukan hak milik kekal lagi..iye dak?). Tak perlu canang satu dunia aku adalah wanita yang paling bertuah,paling bahagia kerana memiliki si polan..si polan.Ada juga yang mengelarkan suaminya 'my prince charming'..simpan dulu statement itu okey? Iyelah...sekarang ni mungkin Prince Charming...Esok2 bila dah badai melanda,ribut taufan bertalu2. mulalah Prince Charming menjadi Putera Katak. Tak ke haru biru..kan? Kalau orang gelakan awak pun tak yah marah lah ..ok?


Ok lah..dok opis ni...best pulak menaip isu ni...tak tuju mana-mana pihak ok? balik dulu...bye... :)





CINTA SAMPAI KE SYURGA..

Isnin, 24 Januari 2011

PEMERGIANMU DGN TANGISAN PHT

Assalammualaikum....

Hari ini aku dan warga PHT iaitu bebudak opis aku terasa kehilangan yang besar dan terasa menda ini tidak disangka-sangka berlaku. Pada pukul 10.00 am lebih (24 January 2011). Kami mendapat perkhabaran angin daripada pihak security guard bahawa mereka ada menerima perkhabaran daripada pihak polis yang staf opis aku ada terlibat dalam kemalangan. Ini kerana pengecaman pada stiker jabatan terlekat pada moto mangsa dan juga no plate moto dia. Mangsa masih lagi tidak dapat dikenal pasti (adakah betul atau tidak budak opis aku). Sbb takut ada orang lain guna moto budak opis aku(andaian utk sedapkan hati masing-masing).

So untuk kenal pasti mayat itu. 2 orang pegawai aku bergegas ke hospital utk melihat mayat tersebut. Lebih kurang pukul 11.15 tengahari. Kami semua mendapat berita bahawa mayat itu adalah budak opis kami. Aku amat sedih apabila menerima berita itu. memang tak sangka..baru kelmarin jumpa dia,bercakap dengan dia dan bergurau senda dengan dia...
arwah memasuki bilik aku (sebilik dgnku pegawai dan dia)
arwah : Rani oyak ko Puan Nurul bulan 3 xjadi wat lawatan
Rani : Bakpo pulok En. Man?
arwah : Iyo la...bulan tu mesti hujan turun,jalan mesti licin. takut eksiden nanti.
Aku : hehehe...pandai jah En Man.
arwah pergi ke meja ku sepertinya ingin berbual denganku
arwah : ema, tak de lagi ke?
aku : apa dia en man? (aku sedikit tidak senang sebenarnya dgn pertanyaannya)
arwah : Anak sihat?
aku : Anak saudara sihat...(aku tau dia tanya bila aku akan mendapat cahaya mata.sebenarnya aku tidak senang dgn pertanyaan itu kerana memang rezeki tidak menyebelahi ku lebih2 lagi aku berjauhan dgn husben...)
tapi....rupa2nya itulah pertanyaan last dia utk aku...... Aku menunjukan perasaan tidak senang time tu..itu yang menyebabkan aku terkilan....terkilan kerana tidak melayan gurauannya.menganggap gurauannya sebagai serius. maafkan ema En. Man...
Dia amat disenangi oleh semua staf aku. Pemergiannya ditangisi kerana kelmarin masa dia bercakap dengan aku.Aku tidak melihat pada wajahnya.kerana aku terlalu sibuk.begitu jugak kawan aku. Dia rasa terkilan kerana tidak sempat berbual panjang dengan mangsa kerana terlalu sibuk.


Mangsa seorang perkerja yang bagus. Selalu berjenaka. Aku anggap dia seperti ayahku sendiri. Selalu juga berbual dengan dia semasa aku singgah di pejabat pentadbiran. Selain itu juga. Aku selalu mengacau kerjanya kerana aku ingin mengambil barang alat tulis di dalam stor. Oh ya! Aku teringat pemberiannya terakhir kepadaku...mesin kira2 miliknya...Mungkin dia dah terasa dari awal mesin kira-kira itu tidak lagi digunakan nya.... Emmm.. :(



Tadi kami satu opis membuat majlis tahlil kepadanya. Sembahyang Zohor berjemaah dan diikuti bacaan Yassin. Sekali lagi aku terkilan kerana tidak dapat menyertai majlis itu kerana keuzuranku.. :(


Menurut pegawai aku yang pergi membuat pengecaman mayat mangsa.. Keadaan kepala mangsa amat parah. Mungkin terlalu banyak pendarahan dikepala menyebabkan mangsa meninggal. Menurut Medical Assistant yang membawa mangsa ke hospital, dikatakan mangsa masih lagi bernyawa.tetapi setelah sampai ke hospital mangsa sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mangsa, Allahyarham Abd Rahman Mamat, kemungkinan dari Pasar Khadijah Kota Bharu. Kejadian itu berlaku apabila mangsa berhenti dekat trafic light kamdar. Kebetulan ada sebuah kereta pajero yang laju sbb masa tu lampu trafic itu berwarna kuning. Kerana terlalu laju. Mungkin pemandu terbabit tak sempat brek dan akhirnya melanggar En Rahman hingga terpelanting ke depan. Pemandu itu seorang wanita dan kini wanita itu ditahan reman kerana melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Kepada keluarga Allahyarham En Abdul Rahman Mamat. Diharap bersabar menepuhi dugaan. Mungkin ALLAH SWT lebih sayangkan dia. Sama-sama lah kita berdoa agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

amin....


nota kaki : sepanjang perjalanan balik ke rumah aku asyik terbayang2 wajahnya... aku merindui jenakanya dan usikannya terhadapku... aku merindui saat2 aku mengacau kerjanya kerana ingin mengisi borang cuti dan mengambil alat tulis di stor....byk kenangan bersama arwah yang tidak mungkin aku lupakan