Selasa, 1 Jun 2010

Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..

gambar ini mula-mula buat aku tertarik utk menyanggulkan diri ku pada hari perkhawinan..huhu...

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.



I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.



Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:



Quote:: “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:


Quote:: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-









I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je. Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.







maaf suda tidak berminat dgn tred akhir zaman ini

**anyway sy terbaca entry ni kat blog hidayah...mmg sy salah seorg yang ingin membeli sanggul tu tp xjadilah sbb bila dh tau pasal hukum ini...xberminat lg... :) Semoga ilmu yang kita dapat utk hari ini menjadikan kita lebih berhati-hati untuk membuat sesuatu.. okey? keep in touch!

Aku adalah wanita API...(membara)


Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.

*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Khamis, 27 Mei 2010

My Cats


Okey...nk tau x aku ada 3 ekor kucing yang amat aku sygi.. dan 2 ekor hemster yg cute miut... ;)
Kucing pertama yang saya bela namanya Puteh. Puteh ni berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Menetap di Kota Bharu, Kelantan setelah tunangku mentransferkan kucheng tersebut ke rumah aku...


ini lah Puteh


Setelah sekian lama bermastautin di rumahku.. Akhirnya Puteh disahkan mengandung (Ayah budak-budak dalam perut Puteh tidak dapat dipastikan) . Keadaan Puteh semasa mengandung tidak begitu lincah seperti sebelum ini... Banyak termenung (mungkin menyesal kerana keterlanjuran dia bersama jantan yang tidak bertanggungjawab..mungkin! ;P) Aku hanya memerhatinya dari jauh.. ajak bergurau pun tak nak..hu3 apatah lagi ajak dia melompat atas katil pun tidak mau...asyik termenung jah..
Akhirnya...tanggal 10 Zulhijjah 1430 (27 November 2009) lahirlah 4 orang anak Puteh yg comel-comel...b (kalau ko org nak tau time tu time hari raya haji)

nie lew gambar yang diambik selepas kelahiran

Tapi sayangnya... 3 ekor daripadanya nyawanya tidak panjang....tinggallah seekor ni yang diberi nama Si Kecik... Si kecik Membesar dengan penuh kasih syg...kadang-kadang aku geram sbb degil xdengar kata... Aku soh kencing dalam bilik air dia gi kencing kat tepi almari TV umah aku.. Grrrr!! tension jgk kadang2... hu3 sbb syg aku selalu lupakan apa kesalahan dia buat...Pernah satu ketika ayah aku buang Kecik dan Puteh(emaknya) kat umah mak saudara aku semasa ketiadaanku di rumah. Tetapi tidak lama sbb aku,mak aku dan adik2 aku selalu terbayangkan 2 ekor tu.. Jadi kata sepakat, ambik balik dari umah mak saudara aku...waaa!! gembira aku!


Sekarang Kecik dah besar... dan mempunyai adik angkat namanya si Itam (yang adik aku jumpa dekat tengah-tengah jalan raya hampir nk dirempuh oleh kereta)... Aku harap makin cerdik la si Kecik bila dah ada adik ni.hu3... :D



Ahad, 16 Mei 2010

Lelaki Oh Lelaki !


Di dalam kehidupan yang penuh pancaroba, antara ujian yang terhebat bagi seorang lelaki adalah wanita. Dan kadangkala, sampai satu tahap, lelaki akan menyalahkan wanita kerana kejatuhannya.

“Dah diorang pakai seksi sangat, aku pun tak tahan la”

“Suara dia kalau cakap dengan aku, lemah gemalai, aku cair la”

Dan pelbagai lagi perkara. Maka ditekan-tekan wanita agar tidak menggoda lelaki dan sebagainya. Benar, perempuan memang perlu menjaga keperibadian mereka. Tetapi lelaki juga perlu memerhatikan dirinya jua.

Memang perempuan punya saham untuk kejatuhan lelaki, tetapi siapakah sebenarnya yang memilih untuk menjatuhkan diri?

Maka saya mengajak kalian memandang kepada Yusuf.

Moga-moga ada ibrah yang besar di dalam perkongsian ini.




Yusuf dan dirinya

Yusuf AS diuji Allah SWT dengan ujian yang hebat. Untuk mendidik manusia dan memberikan pengajaran. Kisahnya kisah yang cantik dan hebat. Mampu menggegarkan jiwa-jiwa insan yang tunduk untuk kesedaran. Sebab itu Allah menurunkan satu Surah penuh menceritakan kisahnya, Surah Yusuf yang penuh dengan intipati mukjizat Al-Quran di dalamnya.

Kita dapat melihat betapa Yusuf ini dikhianati oleh abang-abangnya.

“Salah seorang di antara mereka berkata: “Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu”.” Surah Yusuf ayat 10.

Dibuang ke dalam perigi. Kemudian Allah menyelamatkannya dengan menjadikannya hamba kepada Aziz, pemerintah mesir.

“Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: “Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)”. (Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah Yusuf ayat 19.

“Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”.” Surah Yusuf ayat 21.

Dia hanya seorang hamba. Tidak punya harta. Hanya bernaung di bawah kekuasaan tuannya.

Satu saat, peluang datang untuk menjadikannya kaya raya, mengangkat tarafnya dari hamba biasa kepada istimewa.

‘Imra’ah aziz’(yang orang sering menamakannya dengan nama Imra’ah Aziz) gila bayang dengan Yusuf kerana kecantikan wajahnya.

Bagaimanakah Yusuf?


Bukan sekadar suara dan pakaian seksi, malah digoda di dalam bilik yang terkunci

Situasi Yusuf adalah situasi yang berat. Sangat tersepit dan terhimpit.

Imra’ah Aziz memanggilnya ke bilik. Sebagai hamba, dia mentaati. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat isteri kepada tuannya itu berpakaian sangat menjolok mata, memakai haruman menusuk hidung menggoda.

Belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu telah dikunci.

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”.” Surah Yusuf ayat 23.

Dan ketika ini, dia diberikan pilihan untuk menyerahkan diri.

Tetapi lihatlah Yusuf. Lihatlah Yusuf itu wahai lelaki-lelaki. Lihatlah Yusuf.

Di dalam bilik yang terkunci itu, di dalam situasi yang sangat sempit lagi terhimpit itu, lihatlah bagaimana Yusuf menjaga dirinya.

“…Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”.” Surah Yusuf ayat 23.

MasyaAllah… Subhanallah…

Inilah dia peribadi yang dilindungi keimanan kuat terhadap Ilahi. Di hadapan perempuan seksi, di dalam bilik terkunci, jiwanya tetap bebas dari gari-gari dunia dan kehambaan kepada selain Ilahi. Tetap teguh mempertahankan kesucian hamba Allah di dalam diri.


Dan Yusuf berusaha, walau tahu tiada jalan untuknya

Mungkin sahaja, ada orang akan berfikir: “Ala, nak buat camne, bilik dah terkunci. Perempuan tu pula, alahai… masyuk habis. Kira rezeki lah ni”

Tetapi lihatlah Yusuf. Lihatlah Yusuf wahai lelaki-lelaki.

Walau Yusuf tahu bahawa bilik telah terkunci, dan tiada lagi jalan untuk melarikan diri, dia tetap berusaha menjauhi Imra’ah Aziz.

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu…,” Surah Yusuf ayat 25.

MasyaAllah… Subhanallah…

Imra’ah Aziz tidak putus asa. Bahkan mengejar, mengejar dan mengejar. Tidak pula Yusuf berhenti dari berusaha. Tetap berlari dan berlari menyelamatkan diri.

Hinggalah Imra’ah Aziz berjaya mencapainya, hingga terkoyak belakang bajunya.

“…serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang;…” Surah Yusuf ayat 25.

Hingga Yusuf benar-benar terperangkap dan tidak mampu berlari.

Dan kini, ujiannya telah tamat. Allah telah selesai mengujinya.

Maka Allah datangkan Aziz bersama saudaranya, membuka pintu, dan terkejut dengan keadaan Yusuf hambanya, bersama isterinya.

“… lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.” Surah Yusuf ayat 25.


Dan perhatikanlah pilihan Yusuf itu

Yusuf ternyata benar apabila koyakan bajunya menjadi bukti. Tidak lama kemudian kisah ini tersebar pantas. Ramai yang mencaci Imra’ah Aziz. Imra’ah Aziz berang. Padanya, bukan silapnya dia berkelakuan sedemikian. Yusuf tersangat cantik ibarat malaikat.

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Imra’ah Aziz dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.” Surah Yusuf ayat 30.

Lantas dibuat majlis agar ramai perempuan-perempuan yang mencacinya berkumpul. Disuruhnya Yusuf memunculkan diri. Yusuf yang masih terikat sebagai hamba mentaati selagi mana suruhan itu tidaklah membuatkan dirinya terkeluar dari larangan Allah.

“Maka apabila ia (Imra’ah Aziz) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”.” Surah Yusuf ayat 31.

Ketika ini, jari-jari perempuan yang hadir tercedera kerana mereka semua terpana ketika memandang Yusuf. Buah yang hendak dikopes, tangannya pula yang ditoreh.

“Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” Surah Yusuf ayat 31.

Ketika inilah, baru mereka memahami apa yang dihadapi oleh Imra’ah Aziz. Dan Imra’ah Aziz ketika ini, mengumumkan kepada Yusuf bahawa dia masih mempunyai ruang untuk tunduk. Atau Yusuf akan dihumbankan ke dalam penjara.

“(Imra’ah Aziz) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” Surah Yusuf ayat 32.

Tetapi lihatlah kepada Yusuf itu. Lihatlah kepada Yusuf itu wahai lelaki-lelaki.

Apakah pilihannya?

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”. Surah Yusuf ayat 33.

MasyaAllah…. Subhanallah….

Semuanya untuk menjaga jiwanya, menjaga dirinya.

Sanggup memilih kedasyatan penjara, dari kedasyatan azab-Nya. Itu Yusuf yang terpaksa memilih antara dua.

Bagaimana kamu? “Kalau awak tak layan saya, saya tak nak kawan dah dengan awak”

Bagaimana? Kadang-kala kita tewas hanya dengan rajukan kecil yang tak bermakna.


Kita dan Yusuf

Untuk apa diceritakan semua ini kalau bukan untuk dicontohi dan mengambil pengajaran? Jangan cerita kepada saya: “Ala, Yusuf tu Nabi”. Allah mengutuskan Rasul dan Nabi dari kalangan manusia, agar menjadi contoh kepada pembumian syara’ itu kepada manusia sendiri.

Justeru, bagaimana kita dan Yusuf?

Situasi siapa yang lebih sukar? Yusuf terikat dengan pelbagai perkara. Imra’ah Aziz adalah seorang yang berkuasa, seorang yang ‘memiliki’ Yusuf, tetapi lihatlah bagaimana Yusuf bertindak dalam mentaati Allah SWT.

Bagaimana kita?

Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri dengan berkeras dan bertahan.

Sememangnya, kalau hendak bertahan menegakkan perintah Allah ke atas diri kita, akan kita hadapi kesukaran. Tetapi saya tidak pernah pula dengar pada zaman ini, lelaki yang menjaga kehormatan dirinya, kebersihan peribadinya dalam pergaulan lelaki perempuan sampai dipenjarakan.

Sesungguhnya, Yusuf lebih sukar dari kita.

Justeru apa yang kita lakukan?


Penutup: Wahai Lelaki, perhatikanlah Yusuf itu. Perhatikanlah

Saya lelaki. Post ini khasnya untuk memperingatkan diri saya sendiri. Jua dengan harapan, manfaatnya tumpah kepada lelaki-lelaki lain di dalam kehidupan ini.

Perempuan itu, pemimpin utama mereka adalah lelaki.

Maka wahai lelaki, tidakkah kamu merasakan kepentingan untuk mempertingkatkan diri?

Marilah. Lihatlah Yusuf dan contoh yang Allah berikan kepada kita.

Kemudian liriklah arahan Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” Surah An-Nur ayat 30.

Mari kita menjaga kebersihan peribadi kita wahai Lelaki!
(petikan dari USM mail dari seorang lelaki..so renung-renungkan lah wahai lelaki ok??)

Rabu, 12 Mei 2010

Sabtu, 8 Mei 2010

Menunggu Saat Bahagia

Tidak lama lagi aku akan di ijab kabulkan bersama tunang kesayanganku.. tidak dapat digambarkan macam mana erks jadi seorang isteri? adakah macam perjalanan kehidupanku semasa single atau berubah? iyelah perhubungan PJJ kan... aku rasa macam sama jah nnti kehidupan aku semasa single. hurm... tak lama lagi la ni 1 bulan 6 hari...pejam celik pejam celik pastinya aku akan berkhawin jugak.
Mulai hari ini mak ayah aku mintak aku lupakan seketika tentang bisnes ku dan meminta aku tumpukan kepada persiapan perkhawinan aku.. Aku harap selepas perkhawinan aku, rezeki tidak putus-putus....atau mungkin jugak rezeki anak...?? Semua menda dah ready KECUALI baju batik si dia, cincin aku, hantaran belah aku dan brg2 kenduri.
Aku pastinya rasa berdebar-debar menunggu saat ni...harap2 ALLAH SWT melancarkan majlis kami... dan juga masjid yang dibina akan kekal hingga ke anak cucu...Semua kad-kad dah di edarkan .....pesanan kepada diri aku sendiri.... ARE YOU READY??!!!

Selasa, 4 Mei 2010

Sedih Betul...


Dah 2 hari aku gaduh ngn &*%@!( ....entahlah disebabkan 1 gambar aku nak gaduh dan juga pasal tugasan aku juga membawa kepada pergaduhan... Apa pun berkenaan dgn gambr tu mmg xelok dlihat org..lebih2 lagi kawan2 aku yg lain.. Aku tak tau apa yang bermain difikiran dia apabila aku tegur perlakuan dia kat gambr tu...aku cuma nak dia ingat lain kali jangan wat lagi perkara macam tu walaupun sebanarnya bukan dia yang mulakan. Sbb kalau kita ada prinsip tetap dalam pergaulan kita xkan kecundang dengan pergaulan yg tiada batasan.. hurmm... Tugasan aku sekarang patutnya dia faham sbb aku dah lama dalam bidang ini.. Dia patutnya faham...slalu fikir menda yang tidak baik.. Kalau aku cerita sedikit kesusahan aku. Dia tidak pernah nk bg support. Malah marah aku, cakap aku sengaja carik nahas... Apa yang aku buat semua tidak kena dimatanya?? kenapa??? Apa masalahnya sekarang?


Apalah nasib aku.................


Rabu, 21 April 2010

HaPpy BesDay 2 Me ...


Happy born day tOo Me...bak kata sahabatku Rani.. :) First wish mestilah dari abgku tersayang... Pada tarikh besday aku jugak abang ku mendapat interview F29 kat HQ tempat dia kerja..harap-harap dia dapat jawatan itu...insyaALLAH... hopely la kan? huhu.. adik-adik ku yang wish besday mcm-mcm cara... :) make me happy.. rindunya kat adik-adik ku yang belajar jauh.. hurm...yang dok umah pun hanya 3 orang sahaja...yang lain semua bejauhan.....rindu kamo...

bongsu lelaki ngn bongsu pempuan (adik syikin dan adik lan)

Kak Ngah (kini posting nurse di kuala lipis..sedang sarat mengandung anak pertamanya) bersama adik lan semasa hari majlis hantar menantu


Owh ini hero-hero kurus dalam family kitaorg (Asraf dan Asri) ada abg dia namanya Adlil..kalau nk tahu scroll bawah..mamat nih debab sikit..akekeke!

*

*

*

*

ha!!! ko org tgok...mcm mana xdebab...ambik gambar pon kat meja makan..hu3..xdapek den nak nolong..


inilah anak dare yg still remaja lagi biah(btudung labuh) dan mimi (yg tengah tu xmasok list erks! mak budak dh tu..akekeke!)

Selain itu juga, Rani kawanku celebrate besday ku kat sari rasa...tempat yang makanan dan kek-keknya sedap-sedap..dikesempatan itu jugak aku ambik peluang untuk tempah cupcake dan kek untuk majlis perkhawinan ku.. Wah! xsabar rasanya nak tgok kek kawinku...huhu..


Anyway, Thanks rani sbb bg hadiah beg..walaupun bukan bonia..Aku suker sbb tu beg yg aku nk beli time aku kije KBmall.akekeke!

sekadar gambar hiasan :P

Ahad, 18 April 2010

Mula-mula Yani ~~ Diikuti DIn Beramboi ~~ Acik Spin juga menyusul..

Salam...Apa khabar kawan-kawan blogger ku.... Al- Fatihah pada arwah yani, arwah din dan achik spin....Aku tak sangka achik spin yg aku minat sgt lagu-lagu dia..juga pergi meninggalkan kita semua kelmarin... Baru aku tgok preview Jangan Tido Lagi antara dia ngn nana...rasa betul2 xsangka tapi itulah kejadian ALLAH SWT yang penuh dengan kejutan. Aku terbaca berita kematian dia baru takdi kat website beautifulnara.com



Walaupun dia xde disisi kita lagi... Dia punya sumbangan kepada industri hiburan amat bermakna....

*


*


*


*


*


*

Mengusung Rindu

Dalam hati ini ada nama mu

Nama seorang insan yang aku rindu

Dalam diri ini ada sayang mu

Sayangnya diri mu tidak mengerti

Dalam senyuman ini ada tangisan

Tangisan seorang insan terluka

Dalam jiwa ini ada pilunya

Pilu yang membuat aku menangis

Oh hibanya... ( oh... )

Sayu hati... sayu sekali

Melihat engkau berpimpin tangan

Dengan sidia

Sakit hati... sakit sekali

Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina letih tidak bermaya

Rasa terkilan bunga yang ku puja

Kini mekar harum di jambangan orang

Kau yang ku sayang

Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini

Tidak aku bermain cinta

Kalau tahu siksa begini

Tidak aku menyanyangi mu

Pilu resah di hati ini

Mengusung rindu...Ku tak berdaya

Kad Jemputan Perkhawinan Ef.. (Erma & Faizal)

Siap sudah design kad perkhawinan ku...Esok aku akan mengambil kad aku dan akan dibahagi-bahagikan kepada saudara mara dan rakan-rakan ku... Aku dah rasa semakin hangat debaran dihati apabila tarikh perkhawinan aku dengan Dato'F aku makin hampir.. :P (koya jerk tok laki ada title dato' ...huhuhu jgn terpedaya k? :P)



Jemputan Pihak Perempuan



Jemputan Pihak Lelaki


Time wat kad nih aku memang cerewet, tapi memang aku patut mencerewetkan diri sbbnya :-

1. Designer yang wat kad aku adalah budak praktikal yang kerja dekat kedai kad tuh.

2. Design dia wat mmg pelik... mcm kanak2 riang...ko org nk tgok? scrool bwh
*
*
*
*
*
3. Aku dh bgtau Undangan Perkhawinan... Tp dia gi wat walimatul urus.. adoi....pening2..

Byk lagi lah kesilapan berulang kali ... Xpolah nak wak guana...budak tu pun budak yang baru belajar...hope dia xfedup ngn aku..akekeke!

Akhirnya kad aku dh siap.. saudara mara ku dan sahabat-sahabatku... Tunggu ye madahan dari ku dan bakal suamiku.. ;) wink~wink~


Ahad, 11 April 2010

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan



Januari

- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan

- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianat

i- Sukar setia pada yang satu.

- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya

- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya

- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannyapasangannya cemburu terhadapnya.

- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.

- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.

- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.



Febuari

- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.

- Amat hormat kepada pasangan.

- Amat suka memikat pasangan.

- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya

- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.

- Kurang beremosi terhadap pasangannya.

- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12



Mac

- Mudah menawan hati pasangannya

- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.

- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati

- Sangat baik dalam menjaga perhubungan

-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai

- Persaan cemburu yang minima.

- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.

- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.

- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.

- Berprasangka terhadap pasangan.

- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.

- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.


April (it's me!)

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.

- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.

- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.

- Sentiasa ingin diberi perhatian.

- Amat cemburu dalam perhubungan.

- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.

- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.

- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.

- Romantik dan terlalu romantik

- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.

- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2

- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.



Mei

- Amat mudah jatuh cinta.

- Baik dan jujur dalam perhubungan.

- Pandai menarik hati pasangan.

- Perasaan cinta yang mendalam.

- Mudah untuk dipujuk.

- Kurang suka untuk sentiasa bersama.

- Mudah menerima cinta seseorang.

- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.

- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.

- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)

- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.

- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.

- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11



Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.

- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.

- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.

- Cerewet dalam hubungan.

- Selalu beremosi.

- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.

- Cepat rasa bosan dalam percintaan.

- Kurang yakin dalam perhubungan.

- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.

- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.

- Dahagakan pujian dari pasangan.

- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.



Julai

- Amat suka didampingi pasangan.

- Sukar dimengerti oleh pasangan.

- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.

- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.

- Amat menghargai kesetiaan pasangan.

- Mengambil berat dan mengasihi pasangan

- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,

- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.

- Suka merajuk dan dipujuk.

- Setia terhadap pasangan.

- Suka mendengar dan tidak suka membantah.

- Cemburu terhadap pasangan.

- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7



Ogos

- Tidak serius dalam perhubungan

- Mengambil mudah dalam perhubungan

- Kesetiaan di ragui.

- Pandai memujuk pasangan

- Suka memimpin pasangan.

- Romantik, Pengasih dan Penyayang.

- Kelam kabut dalam perhubungan.

- Sering bertukar pasangan

- Sukar mencari pilihan yang tepat

- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.

- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.

- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12

- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.



September

- Bersopan dalam hubungan

- bertolak ansur terhadap pasangan

- Suka mengkritik pasangan

- Sangat prihatin terhadap pasangan

- Sangat sensitif dan emosi

- Pandai memahami pasangan

- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan

- Amat memilih pasangan

- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.

- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.

- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11



Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.

- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.

- Sopan terhadap pasangan.

- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.

- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.

- Sukar menerima pandangan pasangan.

- Emosi yang mudah terusik.

- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.

- Cemburu dan terlalu cemburu.

- Romantik

- Memahami pasangan.

- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.



November

- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.

- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.- Degil dan engkar dengan pasangan.

- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.

- Mudah ambil berat terhadap pasangan.

- Tidak menghargai perhubungan.

- Sambil lewa dalam perhubungan.

- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.

- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.

- Kurang bersama dengan pasangan.

- Pasangan Ideal: 4, 7



Disember

- Pemurah terhadap perhubungan

- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.

- Tergesa-gesa dalam perhubungan

- Suka didampingi oleh pasangan.

- Benci dikongkong.

- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)

- Suka mempengaruhi pasangan

- Curang dalam percintaan.- Kurang berkerjasama dengan pasangan.

- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru

- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.

- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Rabu, 17 Februari 2010

Hantaran Erti Cinta? Sisa untuk tetamu ? dan Kek@Cupcake?? ;)

Sekarang ni aku tgh sibuk fikirkan apa yang terbaik untuk majlis perkhawinan aku nanti. Kalau mcm bekas hantaran aku nk wat design aku sendiri. So aku perlu ada banyak idea untuk itu.. Aku ada tgok design-design hantaran daripada Jemari Kreatif .... fuh! lawa giler.. lebih-lebih lagi yg Princess Carriage punya design..fuh! terbaek punya!








Tapi aku punya bekas bukan mcm tu... huk! huk! rasa nk gi tukar jah bekas tu kepada bekas yg lain...blh x?? akekeke! iyelah rasa teruja sgt nk kawin kan... lebih2 lagi ngn Faizal Salleh ;') (My HearT) ...hurm..kena lupakan niat aku nak design dan bekas mcm tu... Aku mesti carik design lain yg boleh sesuaikan dengan aku punya bekas hantaran yang aku beli..ada beberapa design yang menarik minat aku... check it out!








Bunga telor jadik coklat telor..akekeke!






Itu baru untuk hantaran aku dah rasa nk pecah kepala pikir apa yang terbaik utk hantaran aku.. hurm...sisanya pula mcm mana erks?? aku ada beberapa contoh yang aku rasa nak wat untuk tetamu-tetamu yang datang ke majlis aku..hurm...apa agaknya erks yang ada umpph! ???





Last yang aku pikir adalah kek....hurm...kek ker atau cupcake best??? thinking2........





Kalau dapat sediakan apa yang dirancang dan diimpikan
alangkah bahagianya .................. :-*

Selasa, 9 Februari 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest


ini aku

itu kamo


anyway kami xde sgt gambr bersama..ni gambr sewaktu pertunangan kami


Mengapa si Dia pilihan hati saya?
Aku mengenali dia dgn masa yang amat singkat. Sebelum ini aku mempunyai seseorang yang juga amat menyayangi aku tetapi setelah beberapa kali terkantoi kerana mempunyai pempuan lain..hati aku dah terasa tidak mau bercinta lagi...jika aku rasa itu jodohku aku akan terus bertunang dan berkhawin..cukuplah dengan cinta aku selama 7 tahun yg kecundang akhirnya. Aku bertemu dengannya di dalam alam siber sahaja. Bermula dengan tegur menegur di dalam blog tagged kerana bisnes dan akhirnya beralih dengan berhubung dengannya melalui Yahoo Messanger. Dari situ kami bersetuju berjumpa secara bersemuka atas urusan bisnes(kebetulan masa tu cuti hari pekerja). Aku membawa rakan kongsiku yang lain ketika berjumpa dengannya dan aku juga membawa 2 orang adikku . Sepanjang aku bercakap tentang bisnes aku tak tau kenapa aku rasa matanya menarik hatiku tapi aku xambil peduli sangat tentang itu kerana pada aku mungkin hanya tarikan sementara. Lagipun hatiku masih ingin setia dengan kekasihku si K (ketika itu memang kami berdua selalu bergaduh sejak akhir-akhir ini). Selepas berbincang pasal bisnes, aku planing nk bawak adik-adik ku ke karnival Sua Rasa TV9 yang diadakan di stadium. Aku mengajak dia sekali untuk pergi ke karnival Sua Rasa dengan niat untuk berkenalan lebih rapat dengan kawan yang baru aku kenali (time tu mmg xde niat utk serius dgn dia..just kawan2) Sebaik sampai sahaja kat karnival tu,(kebetulan ayah aku ada bukak booth jgk utk jabatan dia). Aku pergi bersama dia,rakan2 aku dan adik2 aku ke booth ayah aku. Dari situ aku tak sangka yang dia anak kenalan kawan ayah aku. So aku pun fikir dia selamat utk aku jadikan kawan. hehehe..iyelahkan kenal kat tenet. takut kena tipu..huhuhu..

Esokkannya,dia nk jumpa lg. Kononnya tidak paham lg ada beberapa tentang perjalanan bisnes yang hendak dibuat. So aku berjumpa lagi dengan dia bersama adik aku. Malam tu dia ingin berjumpa lagi aku utk kali terakhir sebelum dia bertolak ke seremban(tempat kerjanya di seremban,kampung dia di kota bharu). Aku setuju...lagupun kebetulan aku mmg kena keluar hantar adikku yang bongsu ke kelas tambahan di sekolahnya. Aku berjumpa dia di kawasan sekolah.. Dalam perbualan kami tetiba menyentuh pasal hati dan perasaan.. Aku tergamam seketika. Masa tu memang aku dengan Si K bermasalah.. di dalam hati hanya Allah SWT yg tau betapa sebaknya hati aku.. aku tak tau kenapa..mungkin aku dh terlalu byk masalah dengan si K dan bila berjumpa dia aku rasa bersalah? tidak....aku x bersalah....rasa sunyi?? mm..entahlah..tp aku terima persahabatan dgn hati yg terbuka.
Satu tengahari yang hening.. Aku keseorangan drive ke rumah bapa saudara si K..untuk memberi charger tel yang di tertinggal dia atas kereta..maklumalah dia nk balik ke pahang malam tu. Aku tak bertemu dengan dia kerana dia di luar kerana ada kerja ingin di lakukan. Aku pun terus kerumah dia dan memberi charger tu kepada orang gaji bapa saudaranya.. Dari orang gaji dia aku dapat tahu dia ada mesej-mesej dan merayu-rayu nk bercinta dengan budak pempuan yg juga pekerja di bengkel bapa saudara si K ni..aku terkejut dan mmg tidak dapat menahan rasa marah, sedih dan kecewa.. Untuk kesahihan aku berjumpa dgn mak saudaranya...mmg aku dapat agak jawapan daripada mak saudaranya pun mcm dia ada affair ngn budak pempuan itu... Aku kecewa! aku ke KL utk menenagkan hati aku dan menyibukkan diri dengan bisnes. Tibalah birthday aku dia sikit pun tidak memberi apa-apa ucapan padaku..mungkin si K telah melupakan aku... kebetulan si dia ada menalifon aku pada hari tersebut..dia wish happy birhday kepadaku...aku rasa amat terharu.. entah tetiba aku menerimanya dgn hati terbuka lagipun kawan ayah aku kenal keluarganya.. lagi satu aku rasa mmg fed up dgn kehadiran org ketiga dalam hubungan aku dgn si K.setakat aku kenal si dia..Dia seorang yang take care.dia juga membuat perancangan untuk mengikat tali pertunangan dengan aku dan dia juga betul-betul ingin berkhawin dengan aku.. dari situ aku setuju menerimanya dan aku harap tiada lagi masalah org ketiga..alhamdullillah raya puasa ke tiga tahun lepas(2009), aku telah pun menjadi tunang nya... dan aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bertemu dgnnya...ikhlas, jujur dan menerima aku seadanya...aku rasa tak perlu bercinta lama bagai nak rak...cukup lah sekadar bersedia utk bina rumah tangga dan bersedia dari fizikal,mental dan kewangan utk bina masjid.. InsyaALLAH...bulan 6 ini kami akan disatukan...doakan kami berdua..kami berdua ingin mengecapi kebahagiaan yang hakiki...... daripada apa yang aku lalui selama ini..dia telah mengubati hatiku yang lara ini..dan dia akan menjadi suami ku.. Dia telah menarik aku daripada belenggu cinta yang tidak pasti... Dia adalah segala-galanya bagi aku. Aku sayang dia dan tiada lelaki lain lagi dalam hidup aku selain dia.
Majlis Impian
Majlis impianku bertemakan warna merah putih.. dan meja tetamu yg di hiasi lilin yg menawan dan hiasan meja yg cantik..ada pekerja yg membasuh pinggan, bersihkan meja tetamu,angkat lauk pauk....dan lain-lain kerana aku ingin keluargaku ada bersamaku sepanjang masa dan tidak kalut-kalu membuat pekerjaan itu...
Berapa lama hubungan percintaan ini berjalan ?
hubungan percintaan ini berjalan tidak sampai lagi setahun..
Kenal-kenal dengan dia dalam bulan 4, tahun 2009 sampai sekarang