Hahaha..Is it? Tp I cuma bg love je la.. Sbb org bukannya tahu pun betul ke cinta tu cinta yg ikhlas atau cinta yang berhasrat.. maksud nya is my love for real? Atau hanya untuk mengisi kekosongan di hati? Atau hanya untuk membalut kelukaan? Atau kerana harta? Atau ia benar-benar cinta?Kenapa manusia masih tak puas dengan adanya satu cinta dalam hati? Mengapa manusia masih mengharap ada cinta yang lain? Mengapa manusia masih mengejar cinta yang lain?Mungkin atas kerana nafsu. Mungkin kerana tamak. Mungkin kerana boleh rasa 'I feel that I'm So Hot'.. Chanteknyer aku.. Hensemnye aku..Kerana mengejar cinta, manusia sanggup berbohong. Berbohong atas nama Tuhan pun ada. "Sumpah awak takde org lain? Lillah?""Sumpah, Lillah, saya takde org lain"Padahal..Tidakkah mereka terfikir betapa malunya diri, hinanya diri kerana bersumpah atas nama Tuhan hanya kerana mahu menutup pembohongan untuk mengejar cinta.Teringat pada kisah awal kejadian manusia.. Iblis memujuk Adam dan Hawa supaya memakan buah Quldi yang terlarang. Adam dan Hawa menolak. Namun Iblis berjaya memujuk Hawa agar mengajak Adam supaya turut merasa buah larangan tersebut.Iblis berkata "Aku bersumpah atas nama Allah yang aku tidak berbohong. Makanlah buah ini dan kamu akan lebih bahagia di syurga"Dan apabila mereka dicampakkan ke muka bumi, Hawa merintih memberitahu Adam, "Aku seakan tidak percaya ada makhluk yang berani bersumpah dengan nama Tuhan atas satu pembohongan."Jadi sebenarnya, berapa ramai lagi sebenarnya manusia yang kini seberani Iblis Laknatullah.. yang berani bersumpah dengan nama Tuhan atas pembohongan demi pembohongan?Fikir-fikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan