Isnin, 17 Oktober 2011

Kelas Antenatal & fesyen ibu2 mengandung -free,tempat terhad










tempat : Hotel Grand River View, Kelantan
tarikh : 7/10/2011
pendaftaran : 8.30-9.00 am

Anjuran DUMEX MAMIL GOLD

hu3...lama dah nak tulis entry nih...tapi selalu xsempat. ni nak share sikit pasal pengalaman semasa menghadiri kelas Antenatal free,makan pun free (hehehe...suker free2 nih..). Ceramah pulak di handle oleh Pakar Pemakanan Ibu mengandung dan juga Doktor pakar sakit puan dari Hospital Terengganu (lupa dah nama hospital tu apa).

Semasa aku menghadiri majlis tersebut. Aku terjumpalah kawan 1 sekolah aku dan juga kawan2 satu tempat kerja aku. Kira ada la jugak kawan daripada xde langsung.he3..tapi yang sedeynya kan kebanyakan aktiviti dilakukan bersama suami..suami ku?? berada jauh nun......di SEREMBAN. :(

Walaubagaimanapun aku mesti happy sebab nanti effect pulak kat baby.kan? kan?

Apa aktiviti yang di jalankan??

Ok first aku dapat info daripada Miss Elane. Ini aktiviti yang mereka sediakan :

Aktiviti2 yang disediakan:

- Ceramah Anatenatal dari doktor pakar

- Pertandingan fesyen ibu-ibu mengandung

- Cabutan bertuah dan lain-lain hadiah disediakan.




Tapi rupa2nya ada lagi aktiviti-aktiviti tambahan iaitu bersama En Hubby pertandingan berlakon....mcm kakak dan Mr Hubbynya...tersangatlah sporting



dapat hadiah tau....



pastu pertandingan fesyen la seperti yang sedia maklum... :) cantik2 semuanya MOM TO BE bergaya...











Aku tak join fesyen ibu mengandung tu sbb aku tak berminat.... hu3...tahniah kepada pemenang2 fesyen ibu mengandung dan juga pemenang2 yg merebut hadiah breast pump :) ...Semua orang sporting sgt melakukan aktiviti2 yg disediakan. Penceramah2 pun byk memberikan input berguna kepada semua peserta-peserta. Kalau ada yang free nak pergi lagi la

DUMEX MAMIL GOLD ... ngeeee~~~~

PERSIAPAN MENYAMBUT MY BABY







Dah nak masuk 39 minggu..... Baby bila nak kluar nih?? ooo...1/11/11 erks? ok... :P


Mummy and daddy xsabar nk tgk baby tau... :)





Khamis, 13 Oktober 2011

im pregnant due in Oktober ~ GIVEWAY (syarat baru)



Sempena "im pregnant due in Oktober" ...nak bg giveway kepada pembeli2 yang sudah membeli brgan AVENT dari saya.. 3 pemenang bertuah akan dipilih menjadi pemenang tersebut :) so BELI DAN MENANG ok?tarikh tutup penyertaan 1/1/12








*BUAT SATU ENTRY im pregnant due in Oktober ~ GIVEWAY



* MESTI LETAK 2 BANNER NI KAT ENTRY ANDA (LINKKAN BANNER ANDA KEPADA WEBSITE INI)






* LETAKKAN http://beautifulgirlshop84.blogspot.com/ DALAM BLOGLIST ANDA




* SEMUA IBU-IBU DAN BAKAL IBU SAHAJA YANG BLH MENYERTAI DAN KEUTAMAAN DIBERIKAN KPD CUSTOMER YG MEMBELI BRGAN AVENT DGN SAYA




*TAG KEPADA 3 ORG RAKAN YG BERGELAR IBU ATAU AKAN BERGELAR IBU :)




* SEMUA PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN KUPON DISKAUN 2% UNTUK BARANGAN AVENT :)

Rabu, 12 Oktober 2011

Bahaya air putih kepada baby

Para ibu kebanyakan tidak sedar bahawa pemberian air putih kepada bayi sebenarnya memberikan banyak pendedahan kepada pelbagai risiko. Dengan kata lain,air merupakan salah satu anasir yang boleh :-

1) MERENCAT PERTUMBESARAN


  • Perut bayi sangat kecil dan apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat yang diperlukan oleh bayi. Disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan bayi yang banyak lalu merencatkan pertumbesaran bayi.

2) MERENCAT AKAL



  • Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada. Anne Kirkham, ini akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan Kernicterus iaitu merencatkan akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
3) MENGANCAM NYAWA



  • Air boleh membawa kuman. Kerana pada masa itu antibodi bayi tidak sekuat kita. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit juka kebersihan tidak dititik beratkan . Pencemaran berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.

  • Susu ibu mengandungi aantibodi yang bertindak dengan menyalut usus bayi. Pemberian air akan menyebabkan salutan ini terhakis. Maka bayi tidak mendapat perlindungan yang diperlukan.
4) MENGAKIBATKAN SAWAN TARIK



  • Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak meminum air putih akan mencairkan garam dalam darah bayi. Ia akan mengakibatkan suhu badan rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini di panggil oral water intoxication


sumber dari : KLINIK O&G HUSM



Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers