Selasa, 30 November 2010

INSTALLING HUSBAND!!!



A woman writes to the IT Technical support

Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and I noticed a distinct slowdown in the overall system performance, particularly in the flower and jewellery applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as NEWS5.0,

MONEY 3.0 and CRICKET 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and House cleaning 2.6 simply crashes the system.

Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.



What can I do?

Signed,


Desperate wife_____ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________
Reply

DEAR Madam,

First, keep in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package,

while Husband 1.0 is an operating system.

Please enter command:
i thought you loved me. Html and try to download Tears 6.2 and do not forget to install the Guilt 3.0 update.
If that application works as designed, Husband1..0 should then automatically run the applications Jewellery 2..0 and Flowers 3.5..

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Silence 2.5 or out of the house 6.1.
Please note that out of the house 6.1. is a very bad program that will download the rarely at home Beta.

Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly.
You might consider buying additional software to improve memory and performance.



We recommend:

Cooking 3.0 and Good Looks 7.7.

Good Luck Madam!

Signed

IT Technical Support
Customer Service Dept.,
Call Center, Banglore
(dipetik dari email group tempat kerja aku)

Tahniah kepada pemenang contest MamaRaisya 1st Contest: Prince & Princess Sweety Contest


Haluuu... happy sgt tengok pemenang MamaRaisya 1st Contest: Prince & Princess Sweety Contest ni... kanak2 riang...ciut miut semuanya..buat pengetahuan ko orang aku jadi penaja pemenang tempat ke 3 contest ini... Aku tunjuk kan sikit gambar kanak-kanak yang akan dapat gift dari aku...anyway check it out...!


AMNA SAFIYYAH yang cute

ZAKWAN AFIF NAJMI yang hensem


p/s : kepada mama bdk ni blh x bg info sikit pasal prince and princess ni...umo brp.
kaler apa diaorg suker... ok?? :)

Ahad, 28 November 2010

Memory Salju Dihatyku @>----



Hari demi hari...detik demi detik...masa berlalu begitu sahaja. Alhamdullillah aku masih lagi bernyawa. Syukur padamu Ya Allah... :)

Saat ini aku teringat pada zaman2 persekolahan yang amat mengamit jiwa..

Kenangan masa sekolah rendah yang selalu bermain2 di kotak permikiran aku antaranya kena tinggalkan dek bas sekolah...masa tu aku SK.Kubang Kerian 2. Aku hambat bas tu sampai kat jalanraya. pastu xsempat kejar aku pun nangis kat tepi jalanraya yang besar. Akhirnya, ada sorang pakcik hulurkan bantuan hantarkan aku ke rumah. Akhirnya aku pun sampai ke umah sambil nangis teresak-esak (gamaknya kalau loni kalau budak kecik mcm aku mungkin dh xpercaya naik motor dan kenderaan ngn siapa-siapa.bahaya loni.xleh nak caya kat sape2 dah)


Ok tu time aku sekolah kat SK.Kubang Kerian 2. Time Darjah 4 pulak aku sekolah dekat SK. Kubang Kerian 3.. tumpang sekolah SK Kubang Kerian 1 sbb SK. Kubang Kerian 3 dalam pembinaan. Masa tu aku dapat kawan baru,cikgu baru dan dapat kawan lelaki utk first time. sbb dulu mana aku kawan ngn budak lelaki. Masa darjah 4 je aku dapat kawan lelaki.tapi dalam kelas xkawan lah. kitaorang kawan kat luar kelas. hahaha! (gelenya weih!) Uih! masa dalam kelas bukan main aku. main thundercats guna kotak pensel. hu3...time tu kotak pensel yang glemer kotak pensel besi.


"THUNDERRRR....THUNDERRRR!!! THUNDERCATSSS!!!"

kotak pensil dibayangkan serpihan robot2

Lepas bangunan SK. Kubang Kerian 3 dah siap pada tahun 1995. Semua berpindah kat situ dan tidak lagi sekoloah waktu petang.dulu masa tumpang SK kubang Kerian 1 kena sekolah waktu petang. Masa sekolah ni aku pernah menangis meraung sbb jari aku tersepit kat pintu van bas sekolah (bas sekolah lagi...hu3). time tu kat tempat perhimpunan bas tu brenti. time tu jugak la jari aku tersepit danapabila terlekat.bas tu bergerak confirm ngn aku bergerak.hu3..aku menjerit2 meraung2 suh van tu brenti. time tu PAKCIK TU PEKAK barangkali. xdengar bising2 kat luar van dia. Aku diseret beberapa meter dari tempat kejadian.mujur luka xterok mana.huk~ huk~ memalukan dan menyakitkan.hampez. Aku jugak pernah jalan itik (xmalu sgt sbb ramai2), aku jugak pernah dok depan kelas kena denda sbb kerja umah xsiap dan cikgu tu lagakan kepala aku dgn si zafran (budak lelaki yang lembut dalam kelas aku. skrg mana dia erks? rindu laks aku kat dia.mungkin skrg ni dah maskulin gituww) ;)

Bila dan besar sikit aku sekolah kat SMK Beris Panchor, Bachok. Byk jgk memori2 yang selalu bermain di pemikiranku. Iyalah..time tu lah aku baru kenal apa itu couple...apa itu abang angkat..apa itu kakak angkat....adik angkat dan macam-macam lah. Tapi yang glemernya...yang couple2 nih. buat pengetahuan ko orang. Aku sangat geli ngn orang couple2 nih.. Sepanjang aku blaja kat Beris Panchor ni. xpernah aku couple. Aku ada 3 orang abg angkat time tu.. :P last2 aku putus ngn sorang abg angkat aku ni sbb dia nak angkat lagi aku jadi COUPLE..eii...xnaklah! so aku ada 2 orang abg angkat je.. salah sorang dah jadi ahli nasyid dah. alhamdullillah lah.berjurus betul abg angkat aku tuh. Skrg lost contact la. Kakak angkat aku cantik orangnya, pandai dan memerangkap gewe abg angkat aku yg ahli nasyid skrg ni.

Aku kat sekolah menengah slalu aktif dalam kawad kaki. Slalu pergi perkhemahan. Kat asrama pulak ada geng. batch kami saja la time tu..Ada 3 geng.aku lupa dah nama geng ni..geng aku kiranya geng yang steady dan cool. geng paling glemer adalah geng Siti Nur Sarah...hahaha! ko baca entry ni sarah mesti ko imbas kisah lama ko dulu kan kat Beris Panchor? hak~ hak~ pastu geng yang paling skema adalah geng Alawiyah... :P Apa pun.. walaupun kitaorang geng2 berlainan. kitaorang xdelah gaduh2...kitaorang memang memerlukan antara satu sama lain lebih2 lagi dalam bab2 belajar. cewah! (kdg2 gadoh2 ada jgk.ngumpat mengumpat antara satu sama lain.wakaka! tapi itu kisah lama okey..)

Pasal disiplin pulak. kat sekolah aku xdelah ada problem sgt. tapi kat asrama slalu jugak la dikenakan tatatertib. Contohnya gi solat maghrib. Aku slalu jugak skip. sampai lah satu hari tu, cikgu rosna penyelia asrama aku gi check. yang aku paling ingat masa cikgu rosna kumpulkan orang yang xgi sembahyang maghrib kat surau. Senior aku yang nama Farah Awanis tu lah ajar aku pakai pad. kononnya tipu period. Malangnya.....

"Sebelum cikgu check seluar dalam kamu...baik ko orang yang mana boleh solat berkumpul disebelah kanan saya...."

glupp..semua telan air liur...check sluar dalam? maksudnya bukak seluar la tgk ada darah ke x..adoi...akhirnya aku dan yang sewaktu dgnku semua kantoi..kami semua didenda lari round court 20 pusingan. time tu orang dah siap sembahyang isyak. malu arr..bkn stakat budak pempuan. budak laki pun tgok..apa pun mujur ramai..aku yang kecik ni blh menyorok.akekeke!

Kali kedua aku tak gi solat maghrib kat surau lak. Aku dan beberapa orang yang terlibat masuk dalam loker.mula2 aku menyorok dalam loker pakaian.Penyelia asrama tu masuk.mujur dia xbukak almari tu.pastu aku dah pasti dia kluar.aku pun keluar.pastu dgr pulak dia datang skali lagi menuju kat dorm aku.skali lagi aku dan yang terlibat menyorok kali ke dua beramai2.tapi kat almari beg. time menyorok tu aku dan yang terlibat bau sesuatu yg kurang menyenangkan....
"Aaaaa!!! Tahi kucing!!! buweak!!!"

hu3...walaupun kami semua terlepas dari hukuman kerana tidak pergi solat kat surau...tp kami xakan terlepas dari hukuman ALLAH SWT.. lps tu aku cuba2 la wat rajin kat surau walaupun aku la muka tido dalam surau. hak! hak!



bersambung.......

Huje Huje "Ownk! Ownk!"

Salam semua...


Adakah anda semua sihat2??


hu3...aku kat sihat alhamdullillah ok jeww...


cuma hari ni hujan xhenti2 dari pagi lagi hari ni...


sekarang kawasan pusat bandar dah dinaiki air.


aku agak dah paras lutut dah kot. sbb takdi aku lalu dah paras paha.


Mungkin esok paras pinggang..hu3


Argh! terok....nnti dah tak blh gi shopping kat KB Trade Center dah. Tesco pun dh xleh lalu gamaknya...mujur lah ada Mydin dan Nirwana.xlupa jugak dekat Bilal.. :)


tanpa hangpa semua...aku xleh idop..ada jugak peluang aku nak shopping


ngeh~ ngeh~


bukan setakat hujan jew..angin kuat sgt.takut rasa..mcm nak kiamat jew.


guruh ada gak la bunyik skali skala.Tp takdi bunyik kuat sgt sampai umah aku dh blackout!!
terkejut aku...bagai nak luruh jantung aku...
hope semua ok2 aja dan tidak la terlalu banjir..
amin.....


iyelah...aku ni kalau blh nk gi KL.tp dengan ujan lebat mcm ni.risau gak nak jalan jauh2...


satu lagi sbb aku mintak2 ngn ALLAH...jgnlah banjir teruk...sbb nnti laki aku xleh balik umh...


windu dia..wOOoo! wOoooOOO!

1 bln lg baru blh jumpa dia...mmmm...sabarlah nk wat mcm mana kan?


fuh~~~

ujan makin mengila....aku rasa malam ni aku xmampu nk berjaga malam sorang2.angin mcm ribut taufan. kesejukan yg teramat... aku perlu tido.


nite~ nite~

(0145 am)




p/s: hopely depan umah aku tidak banjir sgt..sbb aku xnak la gi kerja jalan kaki..

Rabu, 24 November 2010

Aku Mabuk!

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2010



Salam 1 malaysia... akekeke!

Hu3...macam mana raya korban ko orang? Meriah x? Anyway kat kelantan memang meriah sesangat. Tambah2 cuti sekolah maka ramai la berkhawin, bertunang dan x kurang jugak yang bercerai berai (hu3 sape erks?). Sepanjang cuti raya aku memang aku terlalu bizi dan menyebabkan penat yang tidak terkata. Iyelah dulu aku ada 1 bahagian je nak jaga...Skrg aku ada 2 bahagian nak jaga... Kat Kubang Kerian lagi.. Kat Pintu Geng lagi. ko orang paham tak?? Maksud aku dulu aku tak kawin. Skrg aku dah kawin. paham-paham la erks? he3.


Raya 1(17.11.10) :

Aktiviti aku rya pertama. Entah kenapa aku bangun lewat pagi raya tu. Rupa-rupanya aku punya bendera putih dan bertukar jadi bendera merah dipagi raya...grrr...xleh gi mayam raya (xpenah dibuat pun sebenarnya. :P ) Apabila keadaan itu melanda diriku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku hanya pasrah kerana itu adalah kejadian tuhan. Di hari raya korban pertama itu juga, aku telah menghadapi satu sistem imunisasi yang tidak begitu stabil yg menyebabkan aku merasakan seluruh tubuh badanku sujuk panas..sejuk panas. Bila aku ke hospital kecemasan. Sekian lama aku menanti..separuh abad di dalam hospital itu... Akhirnya....... dihari raya KORBAN pertama, aku telah mengorbankan tanganku menerima 3 suntikan yang maha sakit...cakit cungguh taww... huk~ huk~ :(





sepanjang hari raya pertama aku beraya atas katil dengan ubat-ubatan. huk~ huk~


Raya ke 2 (18.11.10):

Aku di pertanggungjawabkan untuk ambik daging korban dengan adik ipar aku untuk aqiqah anak dia. So, walaupun aku dalam kesakitan... Aku gagahkan diri jugak ke tempat korban itu utk ambik daging korban tersebut. Sampai je kat tempat penyembelihan. Aku difahamkan kena gotong-royong sembelih daging. SEMBELIH DAGING??!! Aku mana reti? huk~ huk~ tapi aku pandai jugak akhirnya... hehehe. Lebih2 lagi kebetulan my hubby ada menolong. lagilah aku semangat...hehehe. Lepas daging dah siap di proses dan dibawak balik, aku pergi pulak ke Tumpat sbb mak saudara belah hubby korban dan wat makan. hu3.penat jgk walaupun tak buat kerja. Aku dok tumpat tu dari pukul 3ptg-6ptg.Lepas tu kami balik singgah dekat stesen kereta api dulu ambik adik aku Kak ngah. Dia bercuti sbb keesokkan tu nak wat makan aqiqah anak dia. Malam tu kami ternganga tido sbb penat sgt..huk~ huk~



Raya ke 3(19.11.10) :


Makan ! makan! makan! (umah aku wat makan arrrr...) pagi sampai petang aku berkemas-kemas. sediakan apa yang patut utk menjamu tetamu. penat giler.. tetamu datang xputus-putus. Dalam pukul 3 petang mcm tu. Mak Mertua aku datang dgn adik ipar aku. Katanya ayah mertua aku sakit (mabuk daging la gamaknya..hu3 cian ayah mertua kesygan aku..cewah! ayat bodek). Lepas mak mertua aku makan dia ajak gi tumpat. Katanya ada beberapa saudara mara yang ajak aku dan suami makan. hu3..makan lagi..kalau lauk pizza ke, chicken chop ke ok gak.. Tapi aku agak dah mesti daging.adeh! tp nak wak macam mana rezeki jgn ditolak. Lalala...makan-makan sampai maghrib. adus! muncit dh peyut ku.



Raya ke 4 (20.11.10):

Aku sudah merancang untuk ke perkhawinan Yah kawan aku. tapi last2 minuts x jadi laks. Sbb patutnya ari tu Mak dan Ayah mertua aku pergi belarak sepupu mu hubby ke Marang, Terengganu. Akhir digantikan oleh hubby. Dia jadi pemandu hari tu. Pagi2 lagi bertolak kat Marang dan dekat2 isyak baru sampai umah..hu3. penat gilerr...


Raya Ke5(21.11.10)

Aku kerja tapi.......................

Aku kerja separuh hari dgn ambik cuti satu hari kononnya nak pergi umah sepupu bertunang..







Raya Ke 6&7 (22-23.11.10)

Aku dah KO sbb penat sgt..jumpa doctor. Dia bagi aku MC 2 hari..alhamdullillah...aku blh la rehat secukupnya .Iyelah dgn batuk2,sakit kepala,pening2..mcm2 penyakit aku ni...



tapi.......



yang aku peliknya kan..MY HUBBY AKU TAK SAKIT PUN MCM MANA DIA DAPAT MC??
2 HARI LAK TUS...apa erks dia klentong doctor tu?? hehehe...





arghh!! pening kepala den...

Rabu, 10 November 2010

Tak Takut Dosa Ke Syg??

Salam... apa khabar semua...adus..xde idea nk cerita kat blog ni..tp skarang ada cerita hangit yang aku nk cerita... Skrg ni aku nak tanya ko ada bau x busuk kat hati orang?? Aku dh ada jumpa beberapa orangnya yang hati busuk.



Busuk 1: PROMOTION DI PASARAYA

Orang busuk ni kerjanya buat promotion dekat pasaraya. Masa tu aku baru balik sekolah...dan aku singgah dekat pasaraya tu utk membeli belah..Tetiba aku disekat 2 orang lelaki india. Dia promote aku pasal line XX rupanya (maksudnya postpaid lah yg tiap2 ujung bulan masuk bill tu). Aku memang berminat ngn postpaid ni tp aku takut nk guna la...xmampu lagi rasa.
Aku pun tanya beberapa soklan kat diaorang.

Aku : Saya berminat tapi xberani nak pakai lagi. Kalau saya ambik dulu.xbukak lagi simcard ni. bill gerak x?

2 ekor busuk : tak.. kalau u pakai baru bill jalan

Aku : yek ke? kalau mcm tu saya bersetuju la nak ambik

2 ekor busuk : oklah kalau mcm tu. mintak ic cik saya nak fotostat. tolong baca penjanjian ni dan tandatangan ok??

Aku pun duduk kononnya nak baca perjanjian tu...tp haram aku tak faham sbb tulisan kecik satu hal pastu panjang pulak. Aku tanpa berfikir panjang.aku pun tanda tangan. Skali ambik cop jari..hu3..ic aku dah diaorg fotostat. Aku ambik simcard tu terus blah.

Dalam 2 bulan aku tak bukak pun simcard tu..Time tu aku dok asrama. Aku balik umah je aku tgk ada 2 bulan bil tertunggak tidak dibayar...huh! bangsat! penipu!


Busuk 2 : KAWAN BAIK 1 RUMAH

HU3...ini aku tidak boleh lupa... mmg budak ni baik sgt ngn aku. Dia kalau ada masalah apa2 mesti ngadu kat aku. Lebih2 lagi pasal kakak dia yg duk serumah jgk ngn aku. Kakak dia tu bercinta dengan laki orang. ok full stop. So. Aku selalu menajdi kawan mendengar dan juga menolong mana yang mampu utk ringankan masalahnya.. Contohnya. tolong bercakap dengan kakaknya bagi pihak dia.

Adalah satu hari dia beli barang dgn aku. Tapi........... sampailah masa aku berpindah ke kampung halaman aku dan tidak lagi menyewa di rumah itu. mula2 bayar ok. pastu dia pun tel ckp nak kawin guna duit byk dan mungkin start byr lain kali. tapi lepas bulan ke bulan...bulan ke bulan tak byr. Aku call xberangkat. byk kali! sampai aku fed up... last2 aku tel kakak dia.tanya mcm mana. kakak dia yg tolong aku bgtau kat adik dia mintak tolong byrkan duit aku. Skrg aku terfikir... walaupun kakak dia bercinta ngn laki orang perangai kakak dia dalam bab berhutang lagi baik dari perangai dia yg berhutang tapi pyh nak byr.
Aku cakap elok2 maki hamun yg aku terima.. Berhutang ko pandai eh! bayar ko liat! it's ok... ni kat dunia aku xkisah..ko tgok la balasan kat akhirat. Aku takkan halalkan... kerana ko maki aku...ko tidak terus terang ngn aku.dan ko melarikan diri macam pengecut.

Busuk 3 : BUAT TAPI TIDAK MAU BERTANGGUNGJAWAB

Perangai mcm ni pun setan jgk. huh! Ini berlaku pada hubby aku...huhuhu...sian dia. Kereta vios ayah dia. Dia bawak ke Seremban. dan parking kat umah sewa dia. Adalah satu minggu tu dia balik kampung dan kereta vios tu dia xbawak. dia parking kat umah sewa tu sbb dia balik ngn kawan dia. So masa ketiadaan dia tue. housemate dia langgar bontot kereta vios tersebut. Apabila hubby aku balik dia tanyalah. Budak tu ngaku tapi dia ckp xde duit. So aku pun ajar la laki aku camni..ehem..ehem..

Erma spears (10/11/2010 12:32:08 PM): mcm mana kereta 2 abg?
Abg Fezalku (10/11/2010 12:35:10 PM): duk g2 la
Abg Fezalku (10/11/2010 12:35:14 PM): nk wak guano lg
Erma spears (10/11/2010 12:36:31 PM): abg tanya dio molek la..kalu xmampu suh dio byr ansur2
Abg Fezalku (10/11/2010 12:37:17 PM): nk oyak jgk
Abg Fezalku (10/11/2010 12:37:26 PM): nnt la dulu
Abg Fezalku (10/11/2010 12:37:38 PM): serabut etek duk sero ni
Erma spears (10/11/2010 12:39:56 PM): hu3
Erma spears (10/11/2010 12:40:05 PM): ok2
Erma spears (10/11/2010 12:40:16 PM): xpyh serabut2 palo
Abg Fezalku (10/11/2010 12:40:53 PM): rs nk perambat jh kalu dio xse byr
Erma spears (10/11/2010 12:41:05 PM): jgn tension2 deh
Abg Fezalku (10/11/2010 12:40:55 PM): mmm
Erma spears (10/11/2010 12:41:44 PM): abg rs ok ke sbnrny wat keputusan g2?
Erma spears (10/11/2010 12:41:53 PM): takut jadi menda lain pulak
Erma spears (10/11/2010 12:42:06 PM): takut dia wat dajal pula kat abg
Erma spears (10/11/2010 12:42:08 PM): hu3
Erma spears (10/11/2010 12:42:18 PM): mana tau kan hati org
Abg Fezalku (10/11/2010 12:42:04 PM): mmm
Abg Fezalku (10/11/2010 12:42:16 PM): ni rs nk seprak2 jh budak 2
Abg Fezalku (10/11/2010 12:42:47 PM): sepak
Erma spears (10/11/2010 12:45:14 PM): ginilah ni cadangan syg ..kalu abg rasa ok abg ikot...k?
Erma spears (10/11/2010 12:46:56 PM): first abg bincang molek2 tp dgn nada tegas...tanya dia blh x byr ansur2....brp dia mampu...kalu xmampu apa penyelesaian dia blh buat...abg oyak la kereta tu bkn abg punya...kiranya suh byr ansur2 ni kira dh baik dh...abg dh tolak ansur dh ngn dia
Erma spears (10/11/2010 12:47:17 PM): cadangan ke 2:
Erma spears (10/11/2010 12:48:41 PM): kalau dia xnk byr jgk ugut dia wat report polis... contoh ayat : "kalau mcm tu terpaksalah sy buat report polis pasal awk"
Erma spears (10/11/2010 12:49:22 PM): kalau misalnya dia oyak "alah menda2 gini pun nk report?"
Erma spears (10/11/2010 12:49:48 PM): abg jwd lah "dalam undang2 cover" pastu terus blah
Erma spears (10/11/2010 12:50:04 PM): nk sedak lg oyak ada saim kerja pegawai polis
Erma spears (10/11/2010 12:50:12 PM): ok dop
Abg Fezalku (10/11/2010 12:50:29 PM): ekss

* apa pun kalau xnak bertanggungjawab tu mmg org tu bodoh sbb merelakan dirinya berdosa kat orang lain.iyelah mintak maaf pun tak.pastu orang bincang pasar kereta tu suke2 hati die je ckp xde duit.bknnya ckp nak usahakan.lagipun orang yang ko aniaya pun bknnya berduit jgk.So BEWARE K? memang xleh idop ko dalam masyarakat ni.hampezzz..

main kuda lagi bagusss ! amacam?

Isnin, 8 November 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...


(Diambil dari fb rakan)


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.


Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.


Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.


Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.



Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.


Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.


Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.


Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Ahad, 7 November 2010

Rabu, 3 November 2010

Argh!! pening dot net






Amacam?? blh jawab x soalan ni??? ngeee~~~

My Opisss....


Dulu.....

Sekarang .....





5 S project...lalala...



Walau sekemas mana aku mengemas atas meja,dalam meja,tepi meja dan lain2....

Aku tetap aku.. Mueh! mueh!

(aku tidak dapat menyiarkan gambar berkenaan.kerana ia adalah SULIT.

HARAP MAKLUM :P)

ChiNta ChanDURI


Salam sejahtera kepada readers yg slalu memolow blog kite.... tankiuk2.. :)

Ok aku bukan nk cerita pasal cerita yg dekat TV3 tu wokeh?! Kali nie aku nak cerita pasal cinta yang berduri...hurm... cinta yang berduri erks?? Apa yang kamu fikirkan tentang cinta berduri ni?

Pada pengamatan aku cinta yang berduri ni adalah cinta yang penuh onak duri (blh diterima akal ke?? hehehe..).

Contoh yang aku buat kat sini...

1. pasal pempuan yg tangkap lentok ngn lelaki lain walaupun dah ada laki @ bf...
2. pasal lelaki pulak yg tangkap cintan ngn pempuan lain walaupun dh berbini,beranak pinak / ber 'gf'
3. pasal pasangan yang bercinta @ berkhawin tidak mendapat restu daripada keluarga
4. pasal pasangan yg bercinta / berkhawin jarak jauh dgn kata lain PJJ
5. pasal pasangan yang berkhawin idop tidak cukup duit. Tertekan.
6. pasal pasangan yang kaki pukul
7. pasal pasangan yang tidak bertanggungjawab
8. pasal pasangan yang hampezz dll

byk la yang memyebabkan duri dalam cinta neh...

Sbb tu la dalam cerita TV3 tuh fasha sandha punya nama lps kecewa dalam beberapa CINTA nya menjadi nama ChiNta ChanDURI


Sekian terima kasih.. :P ngee~~~


pissstt... nie skandal aku kat tokyo...hensem x? mesti hensem kan..akhaks!

Selasa, 2 November 2010

FeEL LoNeLy....


Pernah x ko orang dok sorg2...walaupun ada rakan2 kat sebelah@family kat sebelah tp ko rasa sunyi sgt2.....

sbb muhasababnya adalah ko orang punya pasangan sibuk@takde kabar berita tetiba... Mesti sunyi kan? rasa bosan tahap gaban.. Iyelah ada pasangan mcm xde pasangan...baik xpyh ada pasangan (mesti ko orang pikir mcm tu kan? tipu la ko orang tak pikir mcm tu.)

Tak pun ko pikir.....nak call ex lama lah....atau ko mesti layan mana2 je mamat@makwe yg hubungi ko orang dalam sms@call@ym@fb@fs dll... Walaupun ko orang ni xde perasaan kat mereka2 tersebut. tp ko mesti layan sbb ko orang bosan...rasa lonely sbb pasangan ko orang wak derk jerk kat ko orang. ada x??? hahaha! Memang akan keluar lah tanduk ko orang time tu sbb menyampah tunggu pasangan ko orang tak call2..pastu msg pun xberbalas...Apatah lagi kalau call ckp bz..asal call ckp penat..nak tido.. argh!! tension kan??

Apa pun keadaan. jangan curang tau dengan pasangan ko orang.....OKEY??

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI BEAUTIFUL GIRL

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers