Khamis, 30 September 2010

Pengorbanan Wanita KELANTAN


Assalammualaikum...
Apa khabar kawan2 ku..Saya ada baca satu blog .Agak menarik. Dalam beberapa komen yg menarik minatku mengatakan ....
Komen pertama :
"Di Kelantan, kebanyakan isteri keluar mencari rezki (termasuk berniaga)
Manakala si suami lebih banyak berihat dan bersidai di kedai kopi.
Kalau lah betul cerita itu, tidak hairanlah jika orang lelaki mereka lebih banyak yang pandai bercakap dari membuat kerja."
Komen kedua :
"di Kelantan terlalu 'banyak mulut' untuk didengar ceritanya dan banyak telinga untuk disampai berita-berita sensasi.Akhirnya hari telah menjengah senja dan sang isteri telahpun pulang dari berniaga. "Alhamdulillah, tak perlu bersusah payah kerena isteri-isteriku isteri solehah, tak pernah mengeluh walaupun penat bekerja"Ada ayat-ayat nakal yang AM pernah dengar. "tugas suami ialah memberi nafkah batin, nafkah zahir isteri-isteri kenalah cari sendiri".. harap-harap ayat itu tak betul dan tak berlaku di Kelantan."
Komen ketiga :
"Para suami yang terusan bergantung dengan isteri rasanya tidak mengira negeri. Di bandar-bandar besar pun sama; sekarang perempuan semakin pandai & boleh dikatakan lebih 50% mereka keluar berkerja. Ramai kalangan lelaki di bandar juga bergantung dengan kemewahan isteri. Jika di Kelantan kita nampak mereka di pasar-pasar di kotaraya pula kita lihat kaum wanita ramai menjadi pegawai besar menjadi bos lagi!.Saya sering menulis fakta ini di jurnal saya; bagaimana keadaan ekonomi kini yang memaksa semua keluarga terpaksa mencari dua punca rezeki. Jika suami tidak buat kerja sampingan pasti isteri kena membantu mencukupkan keperluan keluarga.Setahu saya ramai kalangan lelaki dari Kelantan usahawan berjaya. Bukan kan Sdr Zeq..? Mereka ramai merantau & menjadi hartawan. Apa yang AM & VIC war-warkan itu fatamorgana semata."
Komen keempat :
"saya bukan orang Kelantan tetapi ramai rakan berasal dari negeri sama.
Jika ke Kelantan saya sering minum bersama mereka. Maklumlah, ramai kawan, banyak jemputan. Kekadang minum sampai 1o kali sehari. Saya bercampur dengan pelbagai golongan, daripada penjual cincin hingga ke ahli politik. Memang mereka suka minum tetapi bukanlah melepak terlalu lama di premis menjual makanan dan minuman.Ramai orang Kelantan kaya raya.
Contohnya pemilik 'Kedai Cikgu' di kawasan muzium.
Punyalah banyak duit tetapi pada masa sama pemurah. Rasanya dia tidak gemar melepak sebab sibuk melayan pelanggan di kedai sendiri.p.s Padanlah semasa berada di Kota Bharu, saya pelawa Zeq minum, katanya dia penat. Malas 'melepak' di kedai kut. Apa pun terima kasih kepada Pak Tua kerana sudi minum bersama saya tempoh hari. "
Apa pun komen mereka.....semua ada pendapat masing2... kan? yg penting KELANTAN adalah sebuah negeri yg sedang membangun...hu3 byk pembinaan skrg ni dibuat sampaikan jem situ..jem sini...nak wat mcm mana byk jalan ditutup utk tujuan pembinaan.hu3

Selasa, 28 September 2010

Menangis Dgn Hati Yang Tabah

Salam semua...



Alhamdullilah aku sempat lagi bersama-sama kawan yang selalu follow aku punya blog. Thanks sbb bg sokongan. Sepanjang aku hidup di atas muka dunia ALLAH ini.. Aku tidak pernah terlepas dari cabaran hidup. Peribadi,kerja dan bisnes.. Selalu berselang seli. Apa pun itulah dugaan dan cabaran yang ALLAH SWT bg untuk kita supaya kita menjadi lebih tabah, kuat.matang dan redha dengan apa yg berlaku.



Kamu semua pernah kan hadapi cabaran dalam kehidupan? Apa yg kamu buat? menyerah kalah? berserah? atau ???



Apa pun itu lah lumrah kehidupan yang manusia memag tidak dapat lari. Setiap ujian yang ALLAH SWT timpakan kepada hambanya mempunyai banyak hikmah. ALLAH menguji hambanya dgn penyakit,bencana,kekurangan harta,kematian,kekayaan dan sebagainya untuk lihat sejauh mana tahap keimanan seseorang.


Rasulullah bersabda : "Apabila ALLAH SWT menyanyangi seseorang hamba-Nya, ALLAH menguji dengan kesusahan sama ada pada diri,keluarga,anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya...."

So jangan pikir ada masalah ALLAH xsayang kita...sebenarnya ALLAH syg kita cuma kita jer tak tau kan? Semoga aku tabah menghadapi segala ujian daripada ALLAH SWT..


Doakan untuk aku k?

Khamis, 23 September 2010

Phobia 2 - Lima Kisah Seram dan Idea Gila-Gila

Ulasan Filem Seram: Phobia 2A Collection of Horror Films That Asian Should Be Proud OfGabungan Lima Filem Seram Pendek Berkualiti Dari Thailand
FILEM SERAM KEBANGGAAN ASIAUlasan Filem Seram Oleh Amiene Rev (C) 2009
Kelima-lima filem seram yang dipaparkan dalam Phobia 2 pada pandangan peribadi saya memiliki kualiti yang baik tidak kira dari segi visual atau jalan cerita. Semasa ulasan ini dibuat, saya masih tidak pernah menonton Phobia 1, tetapi berdasarkan kehebatan Phobia 2 (Ha Prang), saya boleh merasakan kenapa filem seram Phobia 1 (4bia atau See Phrang) diteruskan ke bahagian 2. Phobia 2 adalah gabungan lima filem seram pendek iaitu Novice, Ward, Backpackers, Salvage, dan In The End. Selenggaraan filem-filem seram pendek di dalam Phobia 2 adalah baik. Penyelenggara filem pada mulanya menakut-nakutkan para penonton dan apabila ketakutan itu dianggap sampai ke tahap di mana penonton berharap filem seram ini cepat habis, penonton dihiburkan pula dengan filem seram kelakar yang mengundang ketawa di kalangan para penonton pada filem terakhir yang berjudul In The End.
Sinopsis-sinopsis Filem-filem Pendek dalam Phobia 2
Novice
Sebuah filem seram oleh Paween Purijitpanya

Filem ini mengisahkan seorang budak berusia 14 tahun bernama Pey yang telah melakukan jenayah Pa-Hin (membaling batu, kemudian mencuri barang-barang mangsa), dan kemudiannya dihantar oleh ibunya untuk menjadi sami Buddha bagi mengelakkan Pey dari dihukum oleh undang-undang jenayah membunuh. Namun, hukum 'karma' tetap tidak dapat dielakkan, Pey akhirnya menjadi hantu lapar. Semasa menjadi sami, Pey sempat mencuri makanan hantu lapar, dan ini menyebabkan hantu lapar yang umpama raksasa galah memburunya pada waktu malam. Filem pertama ini diakhiri dengan babak yang memaparkan keganasan. Kebanyakan penonton tidak sanggup melihat wajah Pey hancur dibaling batu.

Ward
Sebuah filem seram oleh Visute Poolvoralaks
Seorang budak bernama Arthit telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya tercedera teruk akibat tertikam kaca. Arthit telah dipindahkan sebuah wad di mana terdapat seorang lelaki tua yang juga merupakan ketua penganut ajaran sesat dan paranormal. Pada hari menjelang kematian lelaki tersebut, para penganutnya membaca doa dan melakukan upacara yang sungguh misteri. Malam itu, Arthit sering diganggu oleh roh lelaki tua itu. Dan sesuatu telah berlaku di mana lelaki tua itu berjaya membunuh Arthit, dan hidup semula di dalam jasad muda yang sebelum ini kepunyaan Arthit. Rupa-rupanya pihak hospital bersekongkol dalam hal ini.


Backpackers
Sebuah filem seram oleh Songyos Sugmakanan

Dua orang remaja Jepun mengembara ke Thailand dan berhajat menumpang kenderaan penduduk tempatan. Nasib mereka agak baik apabila berjaya menumpang sebuah lori. Rupa-rupanya lori tersebut menyimpan beberapa orang penyeludup dadah secara paksa yang kemudiannya berubah menjadi sesuatu yang mengerikan. Saya suka babak-babak dalam filem ini yang ternyata penuh dengan aksi yang mencemaskan. Filem ketiga ini telah mengundang simpati dan rasa seram kepada para penonton. Aksi-aksi zombie seperti dalam filem 28 Days Later dan seumpamanya boleh dilihat menerusi filem pendek ini.


Salvage
Sebuah filem seram oleh Parkpoom Wongpoom

Nuch, seorang ibu dan juga seorang penjual kereta terpakai. Kebanyakan kereta terpakai memiliki sejarah seram yang tersendiri. Ramai orang takut memakai sesuatu kenderaan jika mereka mengetahui bahawa kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan maut. Pada malam itu, Nuch telah melalui satu peristiwa paling menyeramkan dan juga paling menyedihkan. Filem ini adalah kemuncak di mana penonton diseksa dan sudah fobia untuk menonton filem Phobia 2. Saya mendapati ada beberapa orang penonton mengatakan sesuatu seperti ini ketika sampai ke filem Salvage.

"Cukuplah!"
"Bila filem ni nak habis ni. Dah tak sanggup nak tengok dah filem ni!"
"Alamak, ada lagi? Tidak!!!"

Empat filem seram Phobia 2 sudah cukup mendera perasaan takut para penonton. Lalu, menerusi filem kelima dan terakhir, rasa takut dan fobia penonton dikendurkan dengan filem seram kelakar yang berjudul In The End. Saya paling suka filem yang terakhir ini.


In The End
Sebuah filem seram oleh Banjong Pisanthanakun

Filem seram yang terakhir ini amat kelakar walaupun sekali imbas filem ini menilai tahap setiakawan seseorang terhadap individu lain. Filem ini melibatkan banyak 'twist' plot dan setiap 'twist' plot disertakan dengan alasan dan jalan cerita yang kelakar juga. Lebih baik menonton sendiri filem terakhir ini kerana filem ini ternyata berjaya mengendurkan rasa takut dan fobia para penonton apabila menonton filem Phobia 2. Boleh dikatakan filem terakhir ini adalah senaman menyejukkan rasa seram di kalangan penonton. Filem ini juga memaparkan kehebatan penyolek-penyolek wajah filem seram selain menjadikan kehebatan aksi-aksi visual dalam filem ini sebagai sesuatu yang sebenarnya mudah dan ringkas. Tidak perlu fikir susah kerana bendanya mudah.Bagi saya, saya telah menonton sebuah filem seram hebat dari Thailand. Saya teringin mencari dan menonton filem 4bia atau See Phrang yang merupakan bahagian 1 kepada filem ini. Tontonlah filem Phobia 2, cerita ini karya dengan idea gila-gila dan sememangnya sebuah filem seram yang amat menarik. Nampaknya orang Thailand tidak mudah berbangga dengan filem-filem seram sedia ada mereka, lalu mereka menghasilkan beberapa buah filem yang lebih seram daripada biasa menerusi eksperimentasi berjaya mereka iaitu See Phrang dan Haa Phrang.






Rabu, 22 September 2010

Hargailah keluarga, sayangilah keluarga kerana dari sebuah keluargalah lahirnya diri kita


Perkongsian: Suami yang membahagiakan isteri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah hari ni aku bersyukur sangat kerana Allah masih izinkan aku menyedut Oksigen di bumi-Nya dan dapat kembali menulis di sini, berinteraksi dengan teman-teman blogger dan kawan-kawan di fb. Alhamdulillah... syukur ya Allah. Insyaallah peluang yang Allah beri ini akan aku manfaatkan sebaik-baiknya untuk dunia dan akhirat.

Tengahari tadi aku diperkenalkan dgn seorang blogger yg juga penjaga sebuah perpustakaan awam. Aku senang kenal dgnnya. Orang panggil dia Kak Chik. Dalam blog dia ada satu entry yang menarik minat aku...hope Mr.F membacanya untuk perkongsian ilmu untuk meningkatkan kerukunan dan kebahagiaan di dalam rumahtangga.
Insyaallah, sama-sama kita membacanya dan mendapat manfaat.

BENTUK SIFAT CEMBURU POSITIF (SUAMI)
Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar untuk dielakkan.
Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan:
* Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama.
* Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. (abg nak tolong syg buat apa? jgn tolong tgk je. :P)
* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.
* Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. (kalau Mak, tak apa sebab dalam hierarki, Mak adalah lebih utama.)
* Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. (Cinta kerana Allah... kita bercinta hingga ke Syurga ya.)
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
* Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. (Memuliakan mengikut apa yang Islam ajar.)
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.
* Urus tekanan dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, ambil makanan seimbang, hentikan merokok, bercampur dengan orang yang positif, bermain dengan bayi, melihat ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Mungkin pada pandangan kita semua ini terlalu idealistik, namun aku yakin dengan sedikit usaha, ianya boleh dilakukan. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.
Kerukunan rumahtangga kita adalah usahasama dua pihak iaitu suami dan isteri. Janganlah kita 'take things for granted' saja dalam memacu bahtera perkahwinan kita. Kebahagiaan bukan terletak pada kemewahan hidup, pangkat kerjaya atau kedudukan dalam masyarakat tapi pada kedamaian hati yang dinikmati di dalam rumahtangga.
Hope kak Chik tak kisah kerana erma menyalin dan berkongsi artikel ini di sini.

Apa kata....???


Lawak Hari ini :

Dalam tv...surat khabar semua berkata : Dgn adanya jalur lebar semua kerja menjadi mudah. Dgn hanya satu klik sahaja

tetapi.....Hari ini punya orang kata "kerja saya jadi lambat sbb kena tekan butang sistem berbanding buat kerja manual"

Ngeee~~~ what do you think???

Pengumuman Hari Raya Sdn Bhd

amacam?? apa lagi ! jom la beraya! oh yeah!!!

ngeee~~~!

Aku adalah seorang ibu ............


Ini masuk hari kedua aku antar anak ..... aku ke umah pengasuh. Selalunya aku akan bangun seawal (awal ke?? ngee~~) 6.45 am untuk pergi kerja dan tidak lupa telefon kejutkan hubby aku jugak untuk solat dan kerja.

Sejak akhir-akhir ni aku kena korbankan sedikit waktu tido aku... Sebab aku dah ada anak......... anak saudara lah! ngee~~ Sekarang aku kena bangun tido pukul 6 am. Lepas solat aku kena siapkan barang2 baby lah. Mandikan baby aku tak tau. Mak aku yang mandikan. Barang2 yang perlu dibawak adalah....

Check List --->

susu anmum : mesti bawak...kalau tak bawak baby lapar... :)

katil baby (betul ke? lupa nama santifik menda ni) : Anyway utk baby tido... xperlu bwk buaian yg besar ke umah pengasuh

air panas, air sujuk, botol2 susu, cotton buds,bedak bla..bla..bla... hu3

akhir skali....pakaian dia skali ngn lampin (di dalam ada jgk ubat angin dll)

*******************************************


ok sayang jom gerak ke rumah nany (gelaran kepada pengasuh..ngeee~~ ;P )


be a good boy tau Faris ku syg... :)

dok dengan nany elok2..jangan kuat nangis k?? cayang die... muaks!

Khamis, 9 September 2010

Sepupu ku bkn Sepupu ku...uweak!!!

aku pijak ko sampai lebam !aisey...hu3

Entry kali aku nak cerita tentang ketidakpuashatian aku.. jeng...jeng... bila ingat balik.

Memang lah aku tau aku yang salah tapi aku tidak boleh terima teguran dia... Siapakah si dia itew?? Seseorang yang baru nak jadi woris warah aku.. Kawin aku bukannya dia pergi.. Sesuka ati jew nak tegur bagaikan dialah org yang paling terhormat di dunia yang fana ini. Agak-agak lah...ko tu N22 jew. Pastu gi majlis mana2 yg family anjurkan bukannya nak pergi. Kononnya sibuk outstation. Aku dapat tau dgn bebudak opis ko.. Ko xderlah sibuk sgt tp sejer jew wat sibok. Pasti menyibok kerja orang lain. Padahal kerja sendirik pun tak siap2 lagi... Ha!! dgn perangai ko mcm tu... aku tak heran la ko tegur aku mcm taik!

Dulu aku memang rase kesiannya kat ko...sbb laki ko main kayu 3 kat belakang ko...Walaupun aku tidak pernah jumpa ko. Aku hanya kenal laki ko. Tp aku ada perasaan kesian kat ko.sbb laki ko curang. Tapi apabila kesalahan yang aku buat telah disertai dgn kata2 maaf. Ko still nak hantar email yg membuatkan aku naik darah....Nak menunjukkan ko ni org yg terhormat...laki ko org terhormat (terhormat kerr??) Memang memualkan segala usus-ususku ini...


rentetan email sepupuku bkn sepupuku

Satu hari aku terima dari kawan aku tentang satu berita..Aku pun sebar kat user group untuk berkongsi. Kerana niat aku untuk berkongsi info tentang keselamatan dari segi kesihatan.
"Tolongla sebarkan kat semua member khususnya perempuan k..CUCI BRA Dan PAKAIAN2 BARU korang, b4 dipakai. Banyak orang yang DA buat, ini sebagai peringatan bagi yang tak buat ok.. Read n ready 4 urself to see this picture..kitewr tak Tao bndewr apa yang Ada kt dalam pakaian masewr kitewr belie..Ya Allah. Menjijikkan. CUCI BRA BARU koirang sebelum memakainya!! Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru..kitew x Tao apewr adewr kt dlm tue..this is VERY IMPORTANT!!!Lepas Susan McKinley (Antropologis) balik dari ekspedisi kat Amerika Selatan,de perasan Ada ruam aneh kat breast sebelah kiri de, sapewr pown x Tao ape bndewrnyewr tue, n de pikir ruam itu akan hilang bilewr2 masewr jewr..Bilewr de balik, de g jmpewr dokter..psl DA skit sgt kt area "tue". Dokter tak Tao penyakit apa yang de kenewr, dokter tue bg antibiotik n krim khusus..bilewr sakitnya tak hilang n breast de semakin panas Dan mulai berdarah..de bwat keputusan utk membalut pendarahan itu, bagaimanapun....rasa sakit tue semakin bertambah, de pown start la crik dokter2 pakar.. Dr. Lynch tak boleyh diagnos infeksi apewr yg dah jadi n mintak Susan cari member2 yang mahir dalam bidang Dermatologi..malangnyewr dokter2 tue tgh berseronok!!Susan tunggu selama 2 minggu . Akhirnya dapat berjmpewr Dermatologist tersebut.Susan terkejut, bilewr balutan yg de pakai tue dtanggalkn, deorang jmpewr larva hidup n bersarang dalam pori2 Dan dalam luka breast de, once in the moment parasit ini masuk dalam pori2 n muncul di lubang sebelahnya, yang de x Tao ialah..lubang itu sangat dalam dari yang de bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit Dan kanal susu payudaranya!! PLEASE....KIRIM la kt SEMUA GIRL FRIENDS KORANG!!!!Eeuuuu~~~ Geli AK..?= pHope bndewr nie x terjadik kat kitewr or sapewr2 jewr 4 DA next time..amin..?=] "

Aku xsangka aku ni silap langkah.salah satunya adalah penggunaaan bahasa yg xOK sbb aku ni malas menaip.So aku copy paste dari kawan aku untuk sebarkan dekat user group opis aku... Pastu satu lagi aku tak check kesahihan cerita ini. Aku mmg akui kesilapan aku.... Aku dapat tau cerita ni tidak betul setelah seseorg yang aku kenal memberitahuku melalui email.

From: XX
Date: 19/07/2010 16:09:55
To: Erma
Subject: Re: [staf] INGATAN KEPADA INSAN YG BERNAMA PEREMPUAN ! PENTING!

Erma, berita ini tidak betul: rujuk di URL berikut:Rujuk:
http://urbanlegends.about.com/library/bl_breast_larvae.htmHarap dapat maklumkan kepada users.

So, daripada situ aku pun meminta maaf secara terbuka melalui user group

From: Erma
Sent: Monday, July 19, 2010 4:21 PM
To: staff groups
Subject: Fw: Re: [staf] INGATAN KEPADA INSAN YG BERNAMA PEREMPUAN ! PENTING!

Salam...niat sy utk bkongsi ...if Ada salah minta maaf...sy in malas nk menaip.so copy past dari kawan..kalau Ada silap MINTA MAAF...saya dapat email dari En P dari jbtn O ('GURU' praktikal saya dulu)..TQ En P.... Dia bg info terkini pasal menda ini...

Pasal bahasa pasar TU sy rasa ramai yg guna bahasa kelate...xde org menegur pun...

Terima kasih sape2 yg menegur.
Hope xjadi isu besar..sbb niat rasa molek doh nk berkongsi..hu3


And than ada seorang makhluk ALLAH SWT yang memberitahu aku ni woris dio...(saudara mara dia la)tapi tidak pernah aku kenal dan berjumpa dengan dia. Dia sound aku mcm ni --->

From: Lalok
Date: 19/07/2010 16:37:46
To: Erma
Subject: RE: Re: [staf] INGATAN KEPADA INSAN YG BERNAMA PEREMPUAN ! PENTING!

Saya Lalok daripada JBTN YY. Saya sentiasa menjaga nama baik saya dan Ab. XX kerana kami dikenali oleh semua staf di Kampus ini terutama ketua2 jabatan kerana telah berkhidmat 28 tahun di kampus ini
(Nama baik la sgt...xsedar ramai yg ngumpat dia jugak dan laki dia main kayu 3 kat blakang dia). Hari ini tamparan buat saya kerana semua staf di JBTN YYminta saya nasihat you sebab katanya you berkahwin dengan sepupu Ab.XX dan email you sungguh tidak sesuai.
Adakah itu betul? Sekiranya betul rasanya Erma kena hati2 sebab email you sungguh memalukan saya sebagai kaum wanita.
Lalok, 2402

Aku terima teguran yg mula2 ni... so aku pun balas la......

From: Erma
Sent: Monday, July 19, 2010 5:15 PMTo: Lalok
Subject: RE: Re: [staf] INGATAN KEPADA INSAN YG BERNAMA PEREMPUAN ! PENTING!

Sori kak Lalok...saya terima nasihat akak..
Hope menda ini xperlu dperbesarkan kpd saudara mara...saya pun xtau menda ini jd isu besar sbb lama dh sy xanta email kat group ni..xsangka diaorg nk ckp buruk2 kat sy...bkn niat nk memalukan sesiapa cuma berkongsi dari segi perubatan.dari segi kesihatan.xsangka jadi salah angggap
Sbb sy pun jaga nama baik akak dari tercalar....(lagi memalukan dari ini)

Dia pun balas pulak mcm ni kat aku.... buat aku grrr...!



fafafatinlifestoryteller.blogspot.com

meh aku tumbok muka ko biar hancuss ! :<

Tak silap saya you bekerja di YY kan? Disitu ada Minah, Timah dan ramai lagi wanita yang you boleh share bersama apa yang patut dan tak patut di hantar melalui email.
En.DD ketua jabatan L ada email kepada saya yang dia juga menyampah tengok email sebegini
(padahal en DD wat teguran kpd umum sbb bkn aku sorg yg wat kesalahan...ada beberapa lg..sajer je erk nk wat aku sorg bsalah). Saya sedang tunggu komen dari Dato’ MM, Pengarah tentang feedback email you (Aku baik la ngn Dato' MM tu...dia xsempat layan email mcm ni...cuma aku pun dh minta maaf dari pihak aku..ko xpyh pandai2 la setakat N22 jeww..huh!). Hari ini ramai yang nak tahu yang mana satu staf bernama Erma. Sebenarnya saya pun tak tahu you yang mana satu may be saya boleh pergi jalan ke bilik Minah or Timah untuk bertemu mata dengan you.
Harap jangan ulangi lagi perkara sebegini kerana you baru menjadi staf dan biarlah you dikenali dengan perkara2 yang positif dan bukan perkara2 sebegini.
Kena juga ingat saya di belakang dan Che HH, isteri Abdul GG (adik Abdul XX) bekerja di Farmasi . Disitu juga orang mengenali kami 3 orang dengan perkara2 positif
(puji la diri ko sendirik melambung2..apa aku heran..uweak!).
Sepanjang saya bekerja 28 tahun di kampus ini, setiap hari saya tidak miss baca email dan saya juga tidak pernah menghantar email ikut sebab kita ada tanggungjawab dengan jbtn. Saya kerap melihat email you sering berkumandang dan kadang2 bunyi sumbang kedengaran semacam tak cukup kerja diberi oleh pihak Library kepada you
(weiii!!! aku baru sekali anta msg mcm ni molek sikit deh!!). Padan2 dengan kerja harian kita sahaja rasanya kut (ko pun sama arrr...xpyh tegur aku...hampeh!).
Lalok

Argh!!! Memang sumbak palo otok la pempuan ni...
cilakak! xpayah ngaku kita ada apa2 hubungan k?

lagipun nikah aku bukannya ko pergi.... aku tidak pernah bertemu mata ngn ko walaupun 1 tempat kerja. Aku tidak kenal langsung ko.

SO................

you NOT MY SEPUPU. chittpooorahhhh!!!

Cost for surgery utk sakit tulang belakang

Salam... utk kali ini aku tersentuh dengan apa yang berlaku pada adik seorang blogger ni. Aku malas nk taip panjang2nya.. ko orang baca di bawah.. kalau ada rasa nk menderma. atau bg pertolongan apa2.. cuba hubungi dia dekat blog dia ok??

Mana tau dapat meringgankan bebannya...

http://cadlynn.blogspot.com/



ni la kot adik dia


Hai...entry kali ni kesinambungan dari entry saya yang dulu (scoliosis-akibat-beg-sekolah-berat)..pasal adik saya yang menghidap sakit tulang belakang @ name scientificnya scoliosis...
Die dah pi wat check-up @ HUKM dan dijadualkan untuk dioperate seminggu selepas beraya...Sekiranya anda kenal dengan die sure tak percaya die ada penyakit ni..sebab die sangat active kid..bijak juga orangnye..lebih bijak dari saya..hehe..(saya pon bijak jugak tau..hihi)Mungkin ni lah salah satu dugaan & cabaran yang dah ditetapkan oleh Allah untuknye..setiap orang ada ujian dari Allah..bile tiba masanya..kita harus hadapinya lah kan...Minggu lepas balik rumah untuk berbuka puasa sama-sama..then ayah shows me this letter...cost untuk pembedahan...sangat2 costly...
Ain dah start bercuti sekolah direct...until abes sekolah...wah..banyak jugak akan tertinggal pelajaran..nasib baik die ni sangat fast learning person, dan dengar citer ade cikgu yang sanggup datang rumah untuk mengajar ain..InsyaAllah saya pon akan turut membantu ape terdayalah..rasenye untuk silibus sekolah ok lagi..just need to recall back..insyaAllah still can do it..Jadi..didalam bulan yang mulia ini, saya dengan rendah hatinya ingin memohon kepada sesiapa yang membaca entry ini supaya turut sama mendoakan kesejahteraan adik saya..semoga dia tabah menghadapi dugaan ni..Ain..dont worry..after this u'll be someone special a.k.a transformers sbb ade besi dalam badan... ehehehe...gurau jek! we will support u sis... dont worry k..

Itu jer aku dapat tolong... aku doakan adik ko sihat walafiat.. InsyaALLAH...

Rabu, 8 September 2010

Seksanya......

Jam menunjukkan pukul 10.54 malam.. Suamiku dari Seremban kini dalam perjalanan balik ke Kelantan. Aku xsabar ingin berjumpa dengan dia. Harap-harap dia memandu dengan penuh berhati-hati. Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan banyak kereta di atas jalan raya. Aku tak mau la jadi macam dulu.. Kereta dia habis remuk sebab excident. Mujurlah dia tidak apa-apa.

nie arr kereta my hubby yang remuk itu...teruk kan???

Macam mana excident tu terjadi?? Meh aku cerita sikit itu pun kalau ko orang nak tau la kan... gini ceritanya...

Kejadian tu berlaku time dia dari Kelantan nak balik Seremban.. hu3...aku masa tu wat relek je la sbb dia bukan keseorangan. Dia ada teman masa dia balik Kelantan tempoh hari. Selalunya aku akan pasti terjaga untuk memastikan dia selamat sampai. SMS dia. Kadang-kadang call dia tanya dok mana. Bak kata pepatah. Memang tido tak lena dibuatnya..hu3.

Tapi aku pun tidak tau kenapa ari tu aku tido bagai nak rak. Tidak terjaga pun. Aku bangun pun time nak bersahur. Lepas bersahur dan dah nak subuh baru aku bertanya khabar (mungkin masa tu aku rasa dia akan selamat sbb dia ada teman bersama dgnnya) Aku tak sangka la dia excident... sob~~ sob~~ aku risau sangat dengan keadaan dia. Aku rasa nak pergi tengok dia kat sana. Dia memberitahu aku dia tidak apa-apa. cuma sakit badan mungkin kesan hentakan kuat badan diadekat stereng kereta.

Aku tidak puas hati sebenarnya selagi aku tidak tengok dengan mata aku sendirik... Bagaikan mata mengantuk disorongkan bantal (adeh bermadah la plak!) Ayah mertua aku dan bapa saudara dia ingin menjenguknya di sana. So aku tidak membuang masa mengikut diaorang kat sana.

Alhamdullillah. memang tak apa-apa pun ...ngeee~~ (biasalah bini mana tak sayang laki oiii !!!)
cerita excident ari tu abis dah...connection out! tutttttt!! ZzzzZZ !! sambungan cerita sekarang ni.. Aku tengah risaukan dia la nie... hopely dia selamat sampai kat umah. Memang xsenang duduk aku sekarang ni.. hurm...
KAWAN-KAWAN... TOLONG DOAKAN HUBBY SAYA DAN JUGA SELURUH RAKYAT 1 MALAYSIA YG MEMANDU JAUH KE KAMPUNG HALAMAN MASING2...DOAKAN MEREKA SEMUA SELAMAT YEA... IALAH HARI RAYA NI NAK LA HAPPY2...XNAK LA SEDIH-SEDIH. TOL X?? NGEE~~~

"BERHATI-HATI DIJALAN RAYA..INGATLAH ORANG TERSAYANG"

Pesanan khidmat masyarakat dari beautiful girl ;)

CeLaMaT HaRI RaYa. :)

Huhuhu....xnak cakap banyak...nk bagi kad raye je mewakili saya dan hubby... Berhati-hati dijalan raya.Ingatlah orang tersayang. Jangan dok pecut laju2. ingat speed track ada dimana2.. Jangan jugak maen mercun. Nanti putus jari,putus tangan, putut to**t...sape nak bertangungjawab?? Mereka dan keluarga mereka... ngeee~~~~ ngeee~~~

Selasa, 7 September 2010

aiyak!!!! spenderrrrr....

Tajuk blog aku kali ini tidak ada kena mengena dgn keluhan di atas . Akekeke! 2 hari lepas kan aku gadoh2 manja gitue ngn hubby aku.. Semalam dah ok..msg manja2 gitew..hari ni buat aku tersenyum xkebas2 lagi ni sbb hubby aku ada tujukan 1 lagu kat aku....funny but penuh makna...


http://4.bp.blogspot.com/_hUaRTeE9aik/RrbgtjoZpII/AAAAAAAAAJA/rf8oFZbJt3o/s400/kambing+angau.png

(macam kambing ni gamaknya aku mengangaukan diri pada my hubby huk~ huk~)


Lagu Tema 8 Bulan - Kekanda Adinda


Verse_1

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

----------------------------------
lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010

Ahad, 5 September 2010

Balek Kg..hohoho!

Sedang tgh layan kepala otak ngn lagu raya...Aku teringat masa mula2 aku nak kg...time tu aku dok kl..mula2 nak beli tiket raya..punyalah susah.aku takut dh tidak dapat balik kg..confirm aku nanges berlagu hari raya sbb tidak dapat balik kg.




Akhirnya aku dapt gak tiket bas..tp sadisnya bas tambahan..takpo la.nk wat guana.aku redha.yang penting aku dapat balik beraya bersama keluarga. Aku pun menunggu bas bagai kan org gile + mereng...mana taknya...bas kat tiket menunjukkan pukul 930mlm... TETAPI pukul 1.00 pagi XSAMPAI2 lg.sape xbengang??? aku gelisah bagai cancing berak kapur..kehulu kehilir menanti BAS YG XPASTI DATANG PUKUL BERAPA. TERNYATA JANJI MU HANYA PURA2 SAHAJA....



http://abdfatah.com/blog/wp-content/uploads/2...
(adik2...abg umumkan tiket abis ye..sadis x kalau ayat tu terpacul bila beratur bagaikan pejuang gituww)





Nak gi toilet takut bas dtg..xpasal2 aku kena tinggalkan bas. Skali lagi aku membuat kerja yg aku tak suka (selain menunggu bas yg lambat). Akibat tidak tertahan utk ke 'bank' ... Aku dgn muka tidak malunya mintak tolong orang kaunter bas yg bakal aku naiki jaga beg aku dan kalau sampai mintak tunggu aku...sbb aku dah tidak tahan. grrr.... mmg gile babey kijean...





DEKAT PUKUL 2 PAGI LEBEY BAS BARU NAMPAK MUKA... HANJENG X UOLLSS???!!!

SELAMAT HARI RAYA!!! MAAP ZAHIR BATIN ERKS???

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers