Isnin, 30 Ogos 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..







~ALLAH knows BESt!~♥

Khamis, 26 Ogos 2010

makemebabies


Salam!!
Ape khabar semua...Woit! jangan pikir bukan-bukan k?? bkn nk wat baby tabung uji. Just want to share something yg menarik tapi agak kelakar jugak. hehe! Aku rasa nk gelak jer
...kui...kui...



www.ohbulan.com/ pelik-ibu...a-suleman/

gambar ibu yang lahirkan 8 org anak tabung uji..fantastic!

Ok! dah abis gelak...nk cerita sikit hari ni,bukan pasal baby tabung uji k? atau baby tabung apa2 okey? Nak jadikan ceritalah kan, ketika tengah asyik wat kerja updated website. Aku curik2 masa layari facebook (oh yeah! he3.. seperti biasa lah kan nk ilangkan bosan daripada mengantuk wat kerja) Aku ada terjumpa satu link. Menarik jugak !

Kita boleh match gambar kita dan pasangan kita untuk hasilkan gambaran rupa baby kita nanti. Menarik kan? Aku try cuba test la kan gambar aku dengan suami aku (maklumlah tidak dapat baby lagi mcm kempunan la konon-kononnya..dpt tgok gambar muka bakal baby yg dilahirkan pun dh suker ati..hu3 :P)





percubaan kali pertama




percubaan kali ke-2





percubaan kali pertama




percubaan kali ke-2

Lebih kurang sama kan mukanya? hahaha! Apa pun ini just for fun.. jangan percaya sgt. Kalau nak try layarilah website ini ok? klik logo makemebabies tu??

Selamat beramal.. akekeke!





Rabu, 25 Ogos 2010

Fynn Jamal- 150 Juta





Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Isnin, 2 Ogos 2010

Status wanita di akhirat (pasangan)

http://3.bp.blogspot.com/_cgErn_SqCP8/SRGslWgm7zI/AAAAAAAAAqQ/20XJEXrGzj4/s400/me_n_hubby.jpg

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin."wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan olehAllah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga...Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwinsesudahnya."Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripadaahli syurga"

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkansuaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah denganserorang daripada lelaki yang masuk syurga."

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin."Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranyasuaminya masuk syurga"

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya"Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di duniasekiranya suaminya masuk syurga"

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yangterakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaansuaminya yang terakhir".





http://muharrikdaie.files.wordpress.com/2009/05/kubur.jpg

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers