Selasa, 9 Februari 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest


ini aku

itu kamo


anyway kami xde sgt gambr bersama..ni gambr sewaktu pertunangan kami


Mengapa si Dia pilihan hati saya?
Aku mengenali dia dgn masa yang amat singkat. Sebelum ini aku mempunyai seseorang yang juga amat menyayangi aku tetapi setelah beberapa kali terkantoi kerana mempunyai pempuan lain..hati aku dah terasa tidak mau bercinta lagi...jika aku rasa itu jodohku aku akan terus bertunang dan berkhawin..cukuplah dengan cinta aku selama 7 tahun yg kecundang akhirnya. Aku bertemu dengannya di dalam alam siber sahaja. Bermula dengan tegur menegur di dalam blog tagged kerana bisnes dan akhirnya beralih dengan berhubung dengannya melalui Yahoo Messanger. Dari situ kami bersetuju berjumpa secara bersemuka atas urusan bisnes(kebetulan masa tu cuti hari pekerja). Aku membawa rakan kongsiku yang lain ketika berjumpa dengannya dan aku juga membawa 2 orang adikku . Sepanjang aku bercakap tentang bisnes aku tak tau kenapa aku rasa matanya menarik hatiku tapi aku xambil peduli sangat tentang itu kerana pada aku mungkin hanya tarikan sementara. Lagipun hatiku masih ingin setia dengan kekasihku si K (ketika itu memang kami berdua selalu bergaduh sejak akhir-akhir ini). Selepas berbincang pasal bisnes, aku planing nk bawak adik-adik ku ke karnival Sua Rasa TV9 yang diadakan di stadium. Aku mengajak dia sekali untuk pergi ke karnival Sua Rasa dengan niat untuk berkenalan lebih rapat dengan kawan yang baru aku kenali (time tu mmg xde niat utk serius dgn dia..just kawan2) Sebaik sampai sahaja kat karnival tu,(kebetulan ayah aku ada bukak booth jgk utk jabatan dia). Aku pergi bersama dia,rakan2 aku dan adik2 aku ke booth ayah aku. Dari situ aku tak sangka yang dia anak kenalan kawan ayah aku. So aku pun fikir dia selamat utk aku jadikan kawan. hehehe..iyelahkan kenal kat tenet. takut kena tipu..huhuhu..

Esokkannya,dia nk jumpa lg. Kononnya tidak paham lg ada beberapa tentang perjalanan bisnes yang hendak dibuat. So aku berjumpa lagi dengan dia bersama adik aku. Malam tu dia ingin berjumpa lagi aku utk kali terakhir sebelum dia bertolak ke seremban(tempat kerjanya di seremban,kampung dia di kota bharu). Aku setuju...lagupun kebetulan aku mmg kena keluar hantar adikku yang bongsu ke kelas tambahan di sekolahnya. Aku berjumpa dia di kawasan sekolah.. Dalam perbualan kami tetiba menyentuh pasal hati dan perasaan.. Aku tergamam seketika. Masa tu memang aku dengan Si K bermasalah.. di dalam hati hanya Allah SWT yg tau betapa sebaknya hati aku.. aku tak tau kenapa..mungkin aku dh terlalu byk masalah dengan si K dan bila berjumpa dia aku rasa bersalah? tidak....aku x bersalah....rasa sunyi?? mm..entahlah..tp aku terima persahabatan dgn hati yg terbuka.
Satu tengahari yang hening.. Aku keseorangan drive ke rumah bapa saudara si K..untuk memberi charger tel yang di tertinggal dia atas kereta..maklumalah dia nk balik ke pahang malam tu. Aku tak bertemu dengan dia kerana dia di luar kerana ada kerja ingin di lakukan. Aku pun terus kerumah dia dan memberi charger tu kepada orang gaji bapa saudaranya.. Dari orang gaji dia aku dapat tahu dia ada mesej-mesej dan merayu-rayu nk bercinta dengan budak pempuan yg juga pekerja di bengkel bapa saudara si K ni..aku terkejut dan mmg tidak dapat menahan rasa marah, sedih dan kecewa.. Untuk kesahihan aku berjumpa dgn mak saudaranya...mmg aku dapat agak jawapan daripada mak saudaranya pun mcm dia ada affair ngn budak pempuan itu... Aku kecewa! aku ke KL utk menenagkan hati aku dan menyibukkan diri dengan bisnes. Tibalah birthday aku dia sikit pun tidak memberi apa-apa ucapan padaku..mungkin si K telah melupakan aku... kebetulan si dia ada menalifon aku pada hari tersebut..dia wish happy birhday kepadaku...aku rasa amat terharu.. entah tetiba aku menerimanya dgn hati terbuka lagipun kawan ayah aku kenal keluarganya.. lagi satu aku rasa mmg fed up dgn kehadiran org ketiga dalam hubungan aku dgn si K.setakat aku kenal si dia..Dia seorang yang take care.dia juga membuat perancangan untuk mengikat tali pertunangan dengan aku dan dia juga betul-betul ingin berkhawin dengan aku.. dari situ aku setuju menerimanya dan aku harap tiada lagi masalah org ketiga..alhamdullillah raya puasa ke tiga tahun lepas(2009), aku telah pun menjadi tunang nya... dan aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bertemu dgnnya...ikhlas, jujur dan menerima aku seadanya...aku rasa tak perlu bercinta lama bagai nak rak...cukup lah sekadar bersedia utk bina rumah tangga dan bersedia dari fizikal,mental dan kewangan utk bina masjid.. InsyaALLAH...bulan 6 ini kami akan disatukan...doakan kami berdua..kami berdua ingin mengecapi kebahagiaan yang hakiki...... daripada apa yang aku lalui selama ini..dia telah mengubati hatiku yang lara ini..dan dia akan menjadi suami ku.. Dia telah menarik aku daripada belenggu cinta yang tidak pasti... Dia adalah segala-galanya bagi aku. Aku sayang dia dan tiada lelaki lain lagi dalam hidup aku selain dia.
Majlis Impian
Majlis impianku bertemakan warna merah putih.. dan meja tetamu yg di hiasi lilin yg menawan dan hiasan meja yg cantik..ada pekerja yg membasuh pinggan, bersihkan meja tetamu,angkat lauk pauk....dan lain-lain kerana aku ingin keluargaku ada bersamaku sepanjang masa dan tidak kalut-kalu membuat pekerjaan itu...
Berapa lama hubungan percintaan ini berjalan ?
hubungan percintaan ini berjalan tidak sampai lagi setahun..
Kenal-kenal dengan dia dalam bulan 4, tahun 2009 sampai sekarang

4 ulasan:

LisaVsKhusairi berkata...

huhu..gud luck ema...tp ada spelling salah ckit...sua rasa..bkn sua rasi..bkn no hal..hahahah...

Dina Halim Bridal Boutique berkata...

salam, akak dah jejak sini..so, just wait for the result nanti ye :) semoga berjaya!

Sebumbung Fotografik berkata...

wahh.. entry langsung tade paragraph, juling mate saye membacenye.. hehehe..

semoga korg berbahagia hingga ke akhir hayat.. amin..

p/s - kalu nk kawin tu dan memerlukan photographer, bleh laa cekidaut kami ye.. :)

BeauTiFuLGirL berkata...

akekeke! malas nak menaip sebenarnya.... adeh! menaip dgn perasaan tidak ikhlas...iskh!!

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers