Khamis, 27 Mei 2010

My Cats


Okey...nk tau x aku ada 3 ekor kucing yang amat aku sygi.. dan 2 ekor hemster yg cute miut... ;)
Kucing pertama yang saya bela namanya Puteh. Puteh ni berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Menetap di Kota Bharu, Kelantan setelah tunangku mentransferkan kucheng tersebut ke rumah aku...


ini lah Puteh


Setelah sekian lama bermastautin di rumahku.. Akhirnya Puteh disahkan mengandung (Ayah budak-budak dalam perut Puteh tidak dapat dipastikan) . Keadaan Puteh semasa mengandung tidak begitu lincah seperti sebelum ini... Banyak termenung (mungkin menyesal kerana keterlanjuran dia bersama jantan yang tidak bertanggungjawab..mungkin! ;P) Aku hanya memerhatinya dari jauh.. ajak bergurau pun tak nak..hu3 apatah lagi ajak dia melompat atas katil pun tidak mau...asyik termenung jah..
Akhirnya...tanggal 10 Zulhijjah 1430 (27 November 2009) lahirlah 4 orang anak Puteh yg comel-comel...b (kalau ko org nak tau time tu time hari raya haji)

nie lew gambar yang diambik selepas kelahiran

Tapi sayangnya... 3 ekor daripadanya nyawanya tidak panjang....tinggallah seekor ni yang diberi nama Si Kecik... Si kecik Membesar dengan penuh kasih syg...kadang-kadang aku geram sbb degil xdengar kata... Aku soh kencing dalam bilik air dia gi kencing kat tepi almari TV umah aku.. Grrrr!! tension jgk kadang2... hu3 sbb syg aku selalu lupakan apa kesalahan dia buat...Pernah satu ketika ayah aku buang Kecik dan Puteh(emaknya) kat umah mak saudara aku semasa ketiadaanku di rumah. Tetapi tidak lama sbb aku,mak aku dan adik2 aku selalu terbayangkan 2 ekor tu.. Jadi kata sepakat, ambik balik dari umah mak saudara aku...waaa!! gembira aku!


Sekarang Kecik dah besar... dan mempunyai adik angkat namanya si Itam (yang adik aku jumpa dekat tengah-tengah jalan raya hampir nk dirempuh oleh kereta)... Aku harap makin cerdik la si Kecik bila dah ada adik ni.hu3... :D



Tiada ulasan:

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers