Selasa, 27 Julai 2010


Salam, kawan2...aku nak share serba sedikit gambar fotografi aku ngn ko org...
Baru siap sbb tempah photographer dari seremban..

Check it out !!!





























---------------------------------------------------------------------------------------
Kalau ko orang berminat dgn hasil kerja dia...blh jer hubungi di di talian ..
019-5121515 (NANI)

Resipi rumahtangga bahagia



Apakah itu rumah tangga???







www.flickr.com/photos/







http://aa.wrs.yahoo.com/_ylt=A0S0zu40hk5Ml3wAnsHuPwx./SIG=12ebbfrje/EXP=1280300980/**http%3a//www.flickr.com/photos/reborn_yusufabbas/3155142133/


adakah.... anda melihat gambar seperti diatas...dalam rumah mesti ada tangga..kah! kah! kah!


Sekarang saya nk ceritera pasal resipi rumah tangga bahagia..Hummm...mcm mana tu?? hope si honey bunny pun baca entry nih ! :P



Mulakan resipi...jeng! jeng!




http://www.ec-securehost.com/WouldYouBelieve/images/AL-480.jpg
Seorang chef ingin mengerjakan kewajipannya..... ;)


Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu
agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun
pancaroba yg melanda.


selamat mencuba............. !


nah! ambik rasa saya yg buat ! :D

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)


Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami.


Antara Kesalahan Lelaki (Suami)


1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain



Rabu, 7 Julai 2010

ADAM DAN HAWA...LELAKI DAN WANITA.....

Tengah hari yang indah...tengah syok2 berchatting dengan suami terchenta aku terbaca 1 blog iaitu blog miss kedongdong..agak menarik jgk ceritanya boleh kita berkongsi bersama.. :)

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!

"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

memang dah terbukti kan

TELAH DITAKDIRKAN HAWA DICIPTA DARI RUSUK ADAM.MACAM MANA BENCI PON DENGAN ADAM, HAWA TETAP AKAN KEMBALI PADA ADAMNYA.

Aku memang suker sgt ayat ni..aku tujukan dekat suami ku...dia pun tanya... ' adakah kamu hawaku '.... :'> rasa panas je muka aku...iyelah..asyik gaduh jerr...tp last2 pergaduhan ada bunga-bunga cinta mcm tu... :P
Hope akulah tulang rusuk suamiku... (Jiwang KARAT pulaks aku..hehehe..)

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Saya dapat dari seorang sahabat - semoga dapat diamalkan dengan baik, Insya Allah.

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)..

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.


Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama (bukan dapat rezeki dlm 12jam tau).

Wassalam.

Selasa, 6 Julai 2010

Kawan Sahabat Friendsss...

Mesti semua ada kawan.....tp xsemua mempunyai sahabat sejati... Mcm aku...aku ramai kawan...tp aku keliru..bertanya pada diriku sendiri..manakah sahabat sejatiku itu???


http://mputih09.wordpress.com/2010/03/12/sahabat-sejati-2/

Bermula satu cerita,,, aku dahulu ada seorang kawan baik, aku still ingat dia.tp entahlah tak tau dia ingat ke tak kat aku skrg. berkawan dalam facebook tapi TAK PERNAH menegurku atau membalas setiap apa yg aku post kat dia walaupun sepatah..(yang org lain blh pulak...)

Kepada si F yg pernah menjadi sahabat sejatiku semasa darjah 5 lagi... Kau ingat tak lagi kita berjalan itik bersama-sama... Kena denda kat cikgu BM yg garang.Kita sama-sama berjalan itik beriringan... Pastu kakak kau nk kawin..aku ingat lagi kau nk bg kat aku tp mungkin kau malu depan kawan2 aku kau lempar kad tu ke ribaan ku.. Aku menerimanya dgn senyuman...Aku jg masih ingat... Kau la yg bersungguh-sungguh mcm soh aku masuk bintang kecil(nyanyi walaupun suaraku xsesedap suara kau..skrg ni kau dah popular ngn nasyid..tahniah la...)

F,
Aku jgk ingat time kau sakit kena cucuk kat punggung... Adik2 aku kan rapat sgt2 ngn kau... Diaorang la bgtau ayah aku ko sakit..Aku time tu malu lg nk kawan ngn ko...Aku ajak si S utk teman aku (kawan sekelas kita jgk..) walaupun time tu ada 2 org adikku ada bersama-sama dgnku utk melawat ko..pastu sampai rumah ko...apabila ko keluar... Si S terus cabut dgn basikal dio dgn meninggalkanku terkebil2 terkezut..(time tu adik aku 2 org tu dh masok umh ko). Ko pun ajak aku masok umah ko... Slps saat itu lah kita rapat sgt2..last persekolahan darjah 6..ko pernah melawat aku sbb time tu aku sakit semput.hehehe..Ko melawat dgn jiran aku memerangkap budak kelas kita jgk...

F,
Abis jer persekolahan darjah 6, ko sekolah arab sbb ko pandai..aku tak berapa nk pandai (tp pandai jgk sbnrnya..hehehe) aku sekolah biasa kat bachok...maknany kita bjauhan la kan...tp tel selalu jadi penghubung kita..kan?? Dulu mana ada henphone..public phone atau tel umah je jadi penghubung kita... ko guana???kalau aku kat asrama aku tel ko..kalau aku kat umah ko akan tel aku dan borak sampai pg...sampai aku terpaksa bawak tel masok bilik takot mak ayah aku marah.hu3...

F,
Aku masih ingat mesti ko akan cerita pasal aktiviti nasyid ko ....aku kagum dgn kamu...aku seronok mendengarya... :) time tu ko dok dalam kumpulan nasyid yg xbrp glamer...skrg ni ko dh glemer..time raya pulak, ko ingat tak first ko beraya umah aku?? ada bau tahi x?? sbb time tu mak ayah aku xde...aku ngn beberapa org adik aku je ada...yg kecik tu berak time ko sampai...hahahaha! malu giler aku time tu..tapi aku wat derk je sbb aku nk cover line..Setiap kali raya ko mesti akan beraya umah aku...dan jgk umah Si N...ingat x? ingat x?? tp skrg dh xde langsung...blh kah aku panggil dirimu sahabat???

islam.gov.my
(sekadar gambar hiasan)

F,
aku jgk masih ingat hubungan kita kelu seketika sbb aku baik dgn Si H... Aku tgk muka ko berubah...tp aku xtaulah apa yg bermain difikiran mu ketika itu...tp aku merasai ko dingin dgnku...Maafkan aku jika kau terluka..... Hinggalah 1 hari tu aku rasa kehilangan ko begitu ketara.... Aku menghubungimu...ko pun ckp la sibuk....aku menerima alasanmu dgn sendu...sedih ko tau x??? pastu hubungan persahabatan kita kembali pulih....

Sehinggalah.......ko bertunang...xbgtau aku pun erk?? xpe....mungkin ko sibuk...xsempat nk bgtau aku...jrg2 ko msg dan tel..it's ok aku paham mesti ko nk save kredit utk tunang kau kan...? aku ok je...

Sampailah satu hari time ko nk dekat2 kawin......Apa yg kau luahkan aku tak dapat terima...
Sbb ko dh nk kecapi kebahagiaan..biasalah hidup penuh dugaan..ko mesti keliru dgn perasaan ko... Ko kena paham...try rewind balik apa kita lalui sejak darjah 5 lg...Kasih syg kita adalah kasih syg SAHABAT SEJATI...

Tp sekarang mcm ko musnahkan semuanya...xpelah...mungkin ko xperlu ingat lagi sahabat mu disini...maklumlah aku bkn sebaik mu..... Segala kenangan itu masih lg tersemat difikiran ku...bkn lagi difikiranmu.. Semoga dikau bahagia dan mendapat sahabat sejati lebih sejati dariku..

Buat kawan2ku diluar sana... Aku tau ko org bila dewasa akan ada kehidupan sendiri...tp ingat !! dgn sahabat dan kawan la kita berkongsi rasa, kenal erti hidup,kenal erti kasih syg dan selalunya kita kenal sahabat kita dulu sebelum kenal pasangan kita......jgn la disbbkan ko dah bekeluarga ko org nk ilangkan mcm tu persahabatan ko org begitu sahaja....kejam rasanya..

Walaupun xde masa btanya khabar skali skala kawan kita..sekurang-kurangny menujukkan ko org ingt dia.......

ViDeO ToKyo....

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ...

Aja! Aja! Fighting!

Thanks Hai-O Marketing... ;)

LOVE vs LUST