1) MERENCAT PERTUMBESARAN
- Perut bayi sangat kecil dan apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat yang diperlukan oleh bayi. Disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan bayi yang banyak lalu merencatkan pertumbesaran bayi.
2) MERENCAT AKAL
- Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada. Anne Kirkham, ini akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan Kernicterus iaitu merencatkan akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
- Air boleh membawa kuman. Kerana pada masa itu antibodi bayi tidak sekuat kita. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit juka kebersihan tidak dititik beratkan . Pencemaran berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.
- Susu ibu mengandungi aantibodi yang bertindak dengan menyalut usus bayi. Pemberian air akan menyebabkan salutan ini terhakis. Maka bayi tidak mendapat perlindungan yang diperlukan.
- Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak meminum air putih akan mencairkan garam dalam darah bayi. Ia akan mengakibatkan suhu badan rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini di panggil oral water intoxication
sumber dari : KLINIK O&G HUSM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan