Selasa, 4 Februari 2014

Vaksin MMR - Measles, Mumps dan Rubella.

akhirnya dapat juga surat beranak insert paling otai MMR

Bismillahirramanirahim ...

Vaksin MMR - Measles, Mumps dan Rubella.
Antara kandungannya adalah sel MRC-5, WISTAR-RA 27/3.

Apa itu sel MRC-5?
Ia adalah sel janin (fetus) yang digugurkan pada tahun 1960.
Apa itu sel WISTAR-RA 27/3?
Ia adalah virus rubella yang diekstrak dari janin yang digugurkan.

Untuk membiakkan virus untuk vaksin ini, pembuat vaksin perlu mendapatkan sel dari fetus yang sihat, bukan dari fetus yang keguguran. Maknanya fetus itu perlu digugurkan dan kaedah untuk mendapatkan sel yang sihat ini adalah dengan mencari para wanita yang sanggup melakukan proses pengguguran secara sukarela. Mereka kemudiannya mendapat saguhati.

Sejarahnya. Pada tahun 1962 Dr. Leonard Hayflick menghasilkan turunan sel diploid (sel manusia) WI-38 yang berasal dari janin bayi perempuan berusia 3 bulan ketika digugurkan. Ia janin yang sihat, tanpa masalah. Fetus itu kemudiannya dibedah dan sel paru-paru diekstrak untuk dijadi perumah kepada virus dalam pembuatan vaksin.

Sebelum Dr. Hayflick menerima fetus berkenaan, dia menjalankan eksperimen kepada beberapa fetus untuk membina turunan sel WI-38. Begitulah seterusnya. Sekurang-kurangnya 81 fetus digunakan untuk membuat vaksin rubela. Selain dari turunan sel WI-38, berikut adalah asal-usul sel-sel vaksin yang lain :

Turunan sel fetus MRC-5 – diambil dari tisu-tisu dalam paru-paru fetus bayi lelaki berusia 14 minggu.

Turunan sel fetus WI-26 VA4 – diambil dari paru-paru fetus bayi lelaki.

Turunan sel HEK 293 – diambil dari buah pinggang satu fetus. Sebelum dapat membina turunan sel yang seterusnya, sel di ambil dari 293 fetus.

Turunan sel PER C6 – diambil dari buah pinggang fetus bayi berusia 18 minggu.


* Saya menangis sepanjang menaip info-info ini.

2 ulasan:

CaDLyNN berkata...

81? byknyeeee :(

Ibu Amirul berkata...

ye ke... adoi yai...

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers