Selasa, 4 Februari 2014

Rawatan selsema/kahak untuk bayi- secara semulajadi

[ Rawatan selsema/kahak untuk bayi- secara semulajadi ]

Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) tepukan percussion

Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

Hasil perkongsian seorang ibu. Semoga bermanfaat
 — 

Tiada ulasan:

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers