Khamis, 30 September 2010

Pengorbanan Wanita KELANTAN


Assalammualaikum...
Apa khabar kawan2 ku..Saya ada baca satu blog .Agak menarik. Dalam beberapa komen yg menarik minatku mengatakan ....
Komen pertama :
"Di Kelantan, kebanyakan isteri keluar mencari rezki (termasuk berniaga)
Manakala si suami lebih banyak berihat dan bersidai di kedai kopi.
Kalau lah betul cerita itu, tidak hairanlah jika orang lelaki mereka lebih banyak yang pandai bercakap dari membuat kerja."
Komen kedua :
"di Kelantan terlalu 'banyak mulut' untuk didengar ceritanya dan banyak telinga untuk disampai berita-berita sensasi.Akhirnya hari telah menjengah senja dan sang isteri telahpun pulang dari berniaga. "Alhamdulillah, tak perlu bersusah payah kerena isteri-isteriku isteri solehah, tak pernah mengeluh walaupun penat bekerja"Ada ayat-ayat nakal yang AM pernah dengar. "tugas suami ialah memberi nafkah batin, nafkah zahir isteri-isteri kenalah cari sendiri".. harap-harap ayat itu tak betul dan tak berlaku di Kelantan."
Komen ketiga :
"Para suami yang terusan bergantung dengan isteri rasanya tidak mengira negeri. Di bandar-bandar besar pun sama; sekarang perempuan semakin pandai & boleh dikatakan lebih 50% mereka keluar berkerja. Ramai kalangan lelaki di bandar juga bergantung dengan kemewahan isteri. Jika di Kelantan kita nampak mereka di pasar-pasar di kotaraya pula kita lihat kaum wanita ramai menjadi pegawai besar menjadi bos lagi!.Saya sering menulis fakta ini di jurnal saya; bagaimana keadaan ekonomi kini yang memaksa semua keluarga terpaksa mencari dua punca rezeki. Jika suami tidak buat kerja sampingan pasti isteri kena membantu mencukupkan keperluan keluarga.Setahu saya ramai kalangan lelaki dari Kelantan usahawan berjaya. Bukan kan Sdr Zeq..? Mereka ramai merantau & menjadi hartawan. Apa yang AM & VIC war-warkan itu fatamorgana semata."
Komen keempat :
"saya bukan orang Kelantan tetapi ramai rakan berasal dari negeri sama.
Jika ke Kelantan saya sering minum bersama mereka. Maklumlah, ramai kawan, banyak jemputan. Kekadang minum sampai 1o kali sehari. Saya bercampur dengan pelbagai golongan, daripada penjual cincin hingga ke ahli politik. Memang mereka suka minum tetapi bukanlah melepak terlalu lama di premis menjual makanan dan minuman.Ramai orang Kelantan kaya raya.
Contohnya pemilik 'Kedai Cikgu' di kawasan muzium.
Punyalah banyak duit tetapi pada masa sama pemurah. Rasanya dia tidak gemar melepak sebab sibuk melayan pelanggan di kedai sendiri.p.s Padanlah semasa berada di Kota Bharu, saya pelawa Zeq minum, katanya dia penat. Malas 'melepak' di kedai kut. Apa pun terima kasih kepada Pak Tua kerana sudi minum bersama saya tempoh hari. "
Apa pun komen mereka.....semua ada pendapat masing2... kan? yg penting KELANTAN adalah sebuah negeri yg sedang membangun...hu3 byk pembinaan skrg ni dibuat sampaikan jem situ..jem sini...nak wat mcm mana byk jalan ditutup utk tujuan pembinaan.hu3

3 ulasan:

Amir Syahir berkata...

gua pernah tgokk



p/s;n3 menarik ne..daftar cpt..sempena dpt duit nuff pertama,gua anjurkn kontest.jum join.

Unknown berkata...

sye suka n kagum gn wnita kelantan, gigih n rajin

BeauTiFuLGirL berkata...

@hiro: tgh berusaha utk join...thankss hiro..
@izzad b* : :) kalau mcm tu carik la calon isteri org kelantan.. :P