Rabu, 8 September 2010

Seksanya......

Jam menunjukkan pukul 10.54 malam.. Suamiku dari Seremban kini dalam perjalanan balik ke Kelantan. Aku xsabar ingin berjumpa dengan dia. Harap-harap dia memandu dengan penuh berhati-hati. Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan banyak kereta di atas jalan raya. Aku tak mau la jadi macam dulu.. Kereta dia habis remuk sebab excident. Mujurlah dia tidak apa-apa.

nie arr kereta my hubby yang remuk itu...teruk kan???

Macam mana excident tu terjadi?? Meh aku cerita sikit itu pun kalau ko orang nak tau la kan... gini ceritanya...

Kejadian tu berlaku time dia dari Kelantan nak balik Seremban.. hu3...aku masa tu wat relek je la sbb dia bukan keseorangan. Dia ada teman masa dia balik Kelantan tempoh hari. Selalunya aku akan pasti terjaga untuk memastikan dia selamat sampai. SMS dia. Kadang-kadang call dia tanya dok mana. Bak kata pepatah. Memang tido tak lena dibuatnya..hu3.

Tapi aku pun tidak tau kenapa ari tu aku tido bagai nak rak. Tidak terjaga pun. Aku bangun pun time nak bersahur. Lepas bersahur dan dah nak subuh baru aku bertanya khabar (mungkin masa tu aku rasa dia akan selamat sbb dia ada teman bersama dgnnya) Aku tak sangka la dia excident... sob~~ sob~~ aku risau sangat dengan keadaan dia. Aku rasa nak pergi tengok dia kat sana. Dia memberitahu aku dia tidak apa-apa. cuma sakit badan mungkin kesan hentakan kuat badan diadekat stereng kereta.

Aku tidak puas hati sebenarnya selagi aku tidak tengok dengan mata aku sendirik... Bagaikan mata mengantuk disorongkan bantal (adeh bermadah la plak!) Ayah mertua aku dan bapa saudara dia ingin menjenguknya di sana. So aku tidak membuang masa mengikut diaorang kat sana.

Alhamdullillah. memang tak apa-apa pun ...ngeee~~ (biasalah bini mana tak sayang laki oiii !!!)
cerita excident ari tu abis dah...connection out! tutttttt!! ZzzzZZ !! sambungan cerita sekarang ni.. Aku tengah risaukan dia la nie... hopely dia selamat sampai kat umah. Memang xsenang duduk aku sekarang ni.. hurm...
KAWAN-KAWAN... TOLONG DOAKAN HUBBY SAYA DAN JUGA SELURUH RAKYAT 1 MALAYSIA YG MEMANDU JAUH KE KAMPUNG HALAMAN MASING2...DOAKAN MEREKA SEMUA SELAMAT YEA... IALAH HARI RAYA NI NAK LA HAPPY2...XNAK LA SEDIH-SEDIH. TOL X?? NGEE~~~

"BERHATI-HATI DIJALAN RAYA..INGATLAH ORANG TERSAYANG"

Pesanan khidmat masyarakat dari beautiful girl ;)

2 ulasan:

Rani Rashid berkata...

aku balik p.mas je..mu doa la yek :D wakakakakaka

BeauTiFuLGirL berkata...

hahaha!! semoga ko merempit dgn selamat ngn nora k? ngeee~~~

Followers

AKU BLOGGER KLATE ;)

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Ef life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers