Ahad, 10 Oktober 2010

Miskin Yang Hina ...



Assalammualaikum....

Indahnya dunia milik ALLAH SWT... Aku rasa bersyukur kerana sekarang ALLAH SWT bagi sedikit kesenangan kepadaku..

Kelmarin, pada 09.10.10 hari sabtu, lebih kurang pukul 2 ptg. Sedang aku melepak-lepak dengan family aku. Diluar pagar rumahku....

"Assalammualaikum.." tetamu ALLAH memberi salam. Bersamanya seorang budak kecil

Dalam hatiku "Argh! pemintak sedekah dari negara mana pulak ni???"

"Adik Lan! Panggil Deli biar dio jah kecek ngn orang tu" arahku

Adik bongsuku berlari kearah bilik hujung sekali memanggil adik lelaki ku yang sulung, Deli..
Adik bongsu ku pun keluar dari bilik hujung sambil tersengeh.

"Deli tido!"

"Gi arr kak long. Tanya dio nak gapo. Aku xpakai tudung ni" Kata Kak ngah kat aku. Time tu dia pegang baby dia.

"Serabut aku pemintak sedekah ni!" jerit hatiku

"Jual apa pakcik?"ujarku.

Kelihatan tubuhnya dibasahi peluh. Menitik dihujung dagunya keringat itu.. Aku melihat anaknya.. Mengesat peluh dihujung lengan baju. Sedikit rasa kesihan.

"Pakcik jual buku dik. Tengoklah" ujar dia sambil membuka pagar umahku dan mencari tempat berteduh untuk menunjukkan buku-buku yang dijualnya.

"Ish! pakcik ni... tak dijemput masuk macam tu je!" marah hati kecil ku. tapi aku tidak tunjuk depan dia. Aku senyap sahaja.Dia pun duduk di tangga depan pintu utama rumahku dan menunjukkan beberapa buku yang dijual.

"Pakcik ni asal mana?" tanyaku
"Pakcik asal myanmar. Tapi lama dah menetap disini sejah 36 tahun" ujarnya..

Aku tidak percaya kata2nya... "Pakcik ada dokumen?" kataku

"Ada.." sambil menunjukkan file.Ada beberapa yang fotostat. Last skali aku tengok beberapa file origanal.

"Pakcik kawin dengan orang Malaysia?" tanyaku
"Iye.ni tgok gambar ni isteri pakcik!" Dia menunjuk gambar fotostat ic isterinya di file lusuh itu.
Aku melihat dengan penuh tekun. Terasa ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal pakcik itu. Pelat percakapan dia pun xde lah pelat myanmar sgt.

"Anak pakcik berapa orang?"tanyaku lagi. lagak seorang polis menyoal seorang pesalah.

"Anak pakcik 3 orang dik. Pakcik ni seorang pelarian. Dah lama pakcik kat sini. Isteri pakcik kerja kilang kertas. Pakcik susah nk dapat kerja dik..pakcik xde ic walaupun dah lama menetap kat sini. Tak kan pakcik nak balik myanmar? Pakcik pun tak tau mcm mana keadaan kat sana.Tak kenal pun orang kat sana. nak wat mcm mana pakcik sejak kecil lagi menetap kat sini. Dah banyak kali turun naik putrajaya mintak ic tetapi tidak dilayan malah dihalau. kita tau lah kita susah" Jelasnya dengan panjang.Kata-katanya semacam jauh hati dengan layanan mereka-mereka berkenaan.aku lihat matanya berkaca dan merah..mungkin menahan tangis. Tapi di dalam hatinya hanya tuhan yang tahu....Hati aku tetiba merasa sayu...Ya ALLAH...apa yang telah aku buat...Aku menghina makhluk ALLAH ini kerana

1) Dia berbangsa lain
2)Dia nampak daif dan busuk (sebenarnya xdelah busuk sgt tetapi dh terbiasa dgn mindset yang mengatakan org indonesia,myanmar,bangladesh dan sewaktu dgnnya adalah bangsa yang busuk dan pengotor)
3)Dia menjual dari rumah kerumah dgn berpakaian lusuh dan dgn berpeluh...

Kerana sbb-sbb diatas aku menjadi seorang yang busuk hati. Padahal dia makluk ALLAH SWT yang mencari rezeki sesuap nasi dan utk pembelajaran anak-anak dia di sekolah. Anak dia ke dua berada di SK. Tawang. Maklumlah seperti dia bagitahu aku, dia tidak dapat kerja di mana2 kerana tiada dokumen pengenalan diri. Dia hanya mampu bekerja kampung mengambil upah dan menjual buku dari rumah ke rumah.

Mata anaknya asyik memandangku. Aku pun bertanya" Adik blaja darjah berapa?"
Dia malu2 menjawab " Darjah 4"

"pereksa dapat berapa?" tanyaku lagi
"Dapat no 4.." jawabnya lagi
.


Aku pun membeli satu buku panduan dalam amalan dalam islam(tak luak pun beli buku kan?utk dapatkan ilmu ok apa?) dan juga memberikan sedikit wang kepada anaknya. Aku anggap duit raya utk anaknya. Kebetulan juga kami baru selesai makan McD. Aku memberikan sedikit McD kat anak dia dan air pepsi. Cukuplah bekalan utk alas perut ketika mereka bekerja mencari sesuap nasi.

"Adik, balas jasa mak ayah. jangan main menda-menda tidak berfaedah ye. Ingat susah payah ayah ngn mak adik carik rezeki. Kakak pun orang susah. Adik kakak lagi ramai ...9 orang. Adik ada adik beradik 3 orang je. Jangan la buat hidup adik lagi susah yea?" pesanku sebelum mereka beredar. Anaknya tunduk merenung ke lantai. Aku berharap dia simpan kemas-kemas pesananku tadi. Aku memandang kearah pakcik tadi. Aku melihat air mata lelakinya akhirnya gugur. Walaupun dia berpaling kearah lain...tetapi aku nampak air matanya jatuh ke lantai. Air mataku juga gugur...begitu juga kak ngah aku..

Setelah mereka berlalu...

Aku berasa banyak perkara aku belajar dari kejadian itu... Biarlah ko orang nak kata apa. Aku ada pendirian aku sendiri dengan tindakan yang aku buat. Sesiapa pun tidak layak menilainya kecuali ALLAH . Kalau dia orang tipu, biarlah ALLAH membalasnya. Kalau ianya benar, aku harap ALLAH SWT permudahkan segala urusan mereka. InsyaALLAH...

"Berkongsi sedikit nikmat yang ALLAH SWT bagi kepada kita dengan orang yang tidak berkemampuan. Tidak salah kan???... tidak mengapa walaupun sedikit asalkan niat kita baik dan tidak terpesong"

Selamat beramal.... :)

4 ulasan:

farida tarmize berkata...

siyesly, i ni ciwek..so i nangis baca entry ni.

i tringat ayah i pernah ckp, kalau kita nampak org susah, kesian tak cukup.bagi la apa yg mampu seikhlas hati. semuga Allah je yg mmbalas.mgkin rezki yg kita beri buat dia lbh brjaya

beautifulgirl berkata...

insyaALLAH..sama2 kita doaka k?

Biarlah rahsia berkata...

bagus apa yg ema buat tu...

ada lagi skit skit penyakit hati dlm diri ema tu...kena buang...hehehe..biar jupok ore, terima tetamu walau lagu mana pun dia hati kita rasa tenang, tak rasa terpaksa nk layan dia...tk terdetik sesuatu yg buruk sangka psl dia...biar kosong...
jom sama2 kita perbaiki diri kita....k.bi pun byk salah lg...

BeauTiFuLGirL berkata...

iye...tu la penyakit ati yg akan memakan diri kita. betul x? hope ema lebih byk matang selepas ini...kak bie thanks sbb byk bimbing ema dalam meniti kehidupan