Isnin, 24 Januari 2011

PEMERGIANMU DGN TANGISAN PHT

Assalammualaikum....

Hari ini aku dan warga PHT iaitu bebudak opis aku terasa kehilangan yang besar dan terasa menda ini tidak disangka-sangka berlaku. Pada pukul 10.00 am lebih (24 January 2011). Kami mendapat perkhabaran angin daripada pihak security guard bahawa mereka ada menerima perkhabaran daripada pihak polis yang staf opis aku ada terlibat dalam kemalangan. Ini kerana pengecaman pada stiker jabatan terlekat pada moto mangsa dan juga no plate moto dia. Mangsa masih lagi tidak dapat dikenal pasti (adakah betul atau tidak budak opis aku). Sbb takut ada orang lain guna moto budak opis aku(andaian utk sedapkan hati masing-masing).

So untuk kenal pasti mayat itu. 2 orang pegawai aku bergegas ke hospital utk melihat mayat tersebut. Lebih kurang pukul 11.15 tengahari. Kami semua mendapat berita bahawa mayat itu adalah budak opis kami. Aku amat sedih apabila menerima berita itu. memang tak sangka..baru kelmarin jumpa dia,bercakap dengan dia dan bergurau senda dengan dia...
arwah memasuki bilik aku (sebilik dgnku pegawai dan dia)
arwah : Rani oyak ko Puan Nurul bulan 3 xjadi wat lawatan
Rani : Bakpo pulok En. Man?
arwah : Iyo la...bulan tu mesti hujan turun,jalan mesti licin. takut eksiden nanti.
Aku : hehehe...pandai jah En Man.
arwah pergi ke meja ku sepertinya ingin berbual denganku
arwah : ema, tak de lagi ke?
aku : apa dia en man? (aku sedikit tidak senang sebenarnya dgn pertanyaannya)
arwah : Anak sihat?
aku : Anak saudara sihat...(aku tau dia tanya bila aku akan mendapat cahaya mata.sebenarnya aku tidak senang dgn pertanyaan itu kerana memang rezeki tidak menyebelahi ku lebih2 lagi aku berjauhan dgn husben...)
tapi....rupa2nya itulah pertanyaan last dia utk aku...... Aku menunjukan perasaan tidak senang time tu..itu yang menyebabkan aku terkilan....terkilan kerana tidak melayan gurauannya.menganggap gurauannya sebagai serius. maafkan ema En. Man...
Dia amat disenangi oleh semua staf aku. Pemergiannya ditangisi kerana kelmarin masa dia bercakap dengan aku.Aku tidak melihat pada wajahnya.kerana aku terlalu sibuk.begitu jugak kawan aku. Dia rasa terkilan kerana tidak sempat berbual panjang dengan mangsa kerana terlalu sibuk.


Mangsa seorang perkerja yang bagus. Selalu berjenaka. Aku anggap dia seperti ayahku sendiri. Selalu juga berbual dengan dia semasa aku singgah di pejabat pentadbiran. Selain itu juga. Aku selalu mengacau kerjanya kerana aku ingin mengambil barang alat tulis di dalam stor. Oh ya! Aku teringat pemberiannya terakhir kepadaku...mesin kira2 miliknya...Mungkin dia dah terasa dari awal mesin kira-kira itu tidak lagi digunakan nya.... Emmm.. :(



Tadi kami satu opis membuat majlis tahlil kepadanya. Sembahyang Zohor berjemaah dan diikuti bacaan Yassin. Sekali lagi aku terkilan kerana tidak dapat menyertai majlis itu kerana keuzuranku.. :(


Menurut pegawai aku yang pergi membuat pengecaman mayat mangsa.. Keadaan kepala mangsa amat parah. Mungkin terlalu banyak pendarahan dikepala menyebabkan mangsa meninggal. Menurut Medical Assistant yang membawa mangsa ke hospital, dikatakan mangsa masih lagi bernyawa.tetapi setelah sampai ke hospital mangsa sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mangsa, Allahyarham Abd Rahman Mamat, kemungkinan dari Pasar Khadijah Kota Bharu. Kejadian itu berlaku apabila mangsa berhenti dekat trafic light kamdar. Kebetulan ada sebuah kereta pajero yang laju sbb masa tu lampu trafic itu berwarna kuning. Kerana terlalu laju. Mungkin pemandu terbabit tak sempat brek dan akhirnya melanggar En Rahman hingga terpelanting ke depan. Pemandu itu seorang wanita dan kini wanita itu ditahan reman kerana melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Kepada keluarga Allahyarham En Abdul Rahman Mamat. Diharap bersabar menepuhi dugaan. Mungkin ALLAH SWT lebih sayangkan dia. Sama-sama lah kita berdoa agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

amin....


nota kaki : sepanjang perjalanan balik ke rumah aku asyik terbayang2 wajahnya... aku merindui jenakanya dan usikannya terhadapku... aku merindui saat2 aku mengacau kerjanya kerana ingin mengisi borang cuti dan mengambil alat tulis di stor....byk kenangan bersama arwah yang tidak mungkin aku lupakan

14 ulasan:

Lulu Caldina berkata...

huhu takziah..semoga dia tenang disana

BeauTiFuLGirL berkata...

yup...insyaALLAH...

Mr. N berkata...

al fatihah~

lagu ni sambil bace blog wt sy rse nk nges gak .. :(

Browacana berkata...

Takziah dan Al-Fatihah...

Ummi AmnaAmzar berkata...

takziah BG..smg arwah bahagia disana

hamzah ian berkata...

alahai.. tak tahu mcm mana kita akan mati nnt kan..

BeauTiFuLGirL berkata...

ini hari dia...hari kita blom tau lagi bila.... mmm

Cik TeN10 berkata...

takziah diucapkan..setiap yg hidup pasti akan mati..kita yg hidup ni kena teruskan hidup dan sentiasa ingt ajal itu pasti dtg menjemput kita..moga2 arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..

No name berkata...

al fatihah..

Rani Rashid berkata...

Masih teringat lagi kenangan bersama en.man...en.man merupakan orang pertama kat PHT dan USM yang belanja aku minum air. Masa tu kafe harmoni x wujud lagi... Teringat hari2 terakhir bersama en.man, sama2 mengisi borang untuk kursus/latihan. Seronok dapat bergurau senda dan berjenaka dengan en.man. en.man tetap dalam kenangan aku...

BeauTiFuLGirL berkata...

Ran...takdi aku gi kat opis...tempat duduk dia...aku tgk..aku rasa sebak...rasa rindu pulak...sbb sokmo kalu aku gi opis nak print.aku tel dia dulu suh sediakan kertas dlm printer utk aku print.pastu aku naik opis...aku akan tegur dia "En Man kito tuu..." dia mesti jawab "iyo...adik ema"...loni aku gi..kerusi meja je ada...aku belek2 meja dia..jumpa cermin mata dia,selipar dia...aku juga jumpa al-quran usang yang dia tinggalkan kat situ...

Unknown berkata...

Takziah...Al-fatihah. Cukup sedih, w'pun tidak megenali beliau tapi cukup terkilan atas SILAP ore lain, arwah jadi mangsanya.

Unknown berkata...

Takziah..n Al-Fatihah. Cukup terharu bila tngok CCTV. SILAP ore lain, ore lain jdk mangsanya.

BeauTiFuLGirL berkata...

Rakaman CCTV dh nyatakan semuanya...tapi....kesian..tidak mendapat pembelaan...pesalah dilepaskan sesuka hati...mmg sial!