Selasa, 4 Februari 2014

SUSU FORMULA / FORMULA MILK (FM)

Susu formula kebiasaanya jika daripada sumber lembu, adalah susu lembu yang telah diproses di kilang daripada susu mentah (cair) dijadikan tepung (powder) melalui proses yang sangat banyak sehingga menyebabkan khasiat atau nutrien susu tersebut telah hilang sama seperti makanan terproses. Semua nutrisi yang hilang ini telah digantikan oleh pembuat susu formula dengan vitamin sintetik yang kononnya mengandungi DHA dan vitamin-vitamin yang lain juga kononnya juga bagi menandingi khasiat susu ibu.

Milk powder production refer: http://www.dairyconsultant.co.uk/pdf/milk_powder_production.pdf

KEBURUKAN SUSU FORMULA :

1. LEMBU DISUNTIK DAN ISU GMO
Susu jenis ini kebiasaanya daripada sumber ladang ternakan yang besar (kebanyakannya daripada luar negara) yang mana lembu-lembu tersebut telah disuntik hormon dan antibiotik bagi menghasilkan susu dengan kerap dan supaya dapat mengeluarkan susu dengan lebih banyak untuk menguntungkan pihak pengusaha susu formula.

Penyuntikan ke atas lembu-lembu ini juga telah menyebabkan susu ini bertoksin yang mana penyebab utama pada masalah kesihatan.

Lembu telah disuntik hormon yang dipanggil Recombinant Bovine Growth Hormon (RBGH) untuk meningkatkan pengeluaran susu lembu. Lembu2 juga disuntik antibiotik yg mana membawa kesan buruk pada sistem imun manusia yang meminumnya.

Ternakan juga diberi sumber makanan daripada sumber makanan GMO.

Monsanto: Recombinant Bovine Growth Hormone (rBGH)
A short overview of the Monsanto corporation and the Canadian rBGH scandal. There is information and tips on what you can do to protect yourself.
http://youtu.be/w9K9sq5Re7Q

2. MENGANDUNGI LEMAK TRANS :
(Lihat gambar)

Apa itu lemak Trans dan dari mana terhasilnya lemak trans?

Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik.

Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.

Kenapa dan untuk apa Lemak Trans digunakan ?

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.


Adakah Lemak Trans baik untuk di ambil?

Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (2 hingga 5 kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Apakah risiko mengambil lemak trans ?

Disebabkan lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; risiko pengambilannya ialah ia akan meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik .
http://www.anamarzablog.com/2012/07/lemak-trans-beracun-dalam-makanan-yang.html

3. MENGANDUNGI GULA

Kebanyakan fm mengandungi gula yang boleh menyebabkan kencing manis dan obesiti di kalangan kanak-kanak. Gula juga menyebabkan anak-anak hiperaktif serta sentiasa kenyang tanpa makan makanan berkhasiat yang lain. Gula, seperti yang umum tahu adalah salah satu punca penyakit terbesar di Malaysia.

4. MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG, PERASA, PEWARNA TIRUAN DAN BAHAN PENGAWET.

Kesemua bahan ini penyumbang masalah kesihatan (boleh refer album detox vs toxin foods untuk mengenali semua bahan-bahan tersebut).

Saya, cuma mahu beri info tentang sirap jagung, selebihnya rujuk album yang disarankan.

Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik (GMO). Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2011/09/sirap-jagung-bukan-dari-alam-semulajadi.html

5. PENYEBAB ALAHAN DAN KANSER

Susu formula antara penyebab terbesar alahan pada kanak-kanak samada penyebab kahak atau masalah alahan kulit yang lain juga.

Selain itu susu ini juga antara penyebab kanser :http://www.cancer.org/cancer/cancercauses/othercarcinogens/athome/recombinant-bovine-growth-hormone

Untuk ibubapa yang terpaksa memberikan anak susu formula, pilihlah susu yang rendah paras gulanya. Namun, harus diingat, walaupun tiada gula, susu jenis ini masih mengandungi lemak trans dan hampir mustahil untuk mencari yang bebas gula dan lemak trans.

Isu CMPA (Cow's Milk Protein Allergy)

What is cow's milk protein allergy (CMPA)?

Cow's milk protein allergy (CMPA) is the most common food allergy in children. A milk allergy usually starts when a child is given formula and has an allergic reaction to the protein of cow's milk. Approximately 3% of children are allergic to milk. 1 A minority of them will outgrow the allergy within the first 3 years of life. Some children develop tolerance during adolescence. However, some of them will retain allergy for life.

How do I know if my child is allergic to cow's milk?
Cow's milk protein allergy shows up in a variety of forms. The signs can come on suddenly or over a period of hours to days after ingesting the milk. A child can experience one or more of these symptoms:

Type 1: Early Reaction
•Appears 45 minutes after milk ingestion.
•Colic, diarrhea, vomiting, skin rash, eczema, occasionally wheezing or sneezing.

Type 2: Intermediate Reaction
•Appears 45 minutes to 20 hours after milk ingestion.
•Vomiting and diarrhea.

Type 3: Late Reaction
•Appears after 24 hours of milk ingestion.
•Diarrhea, vomiting, wheezing and coughing.

These symptoms may also occur with many other illnesses, so it is always best to check with your doctor to confirm or rule out milk allergy as a possible cause.

What causes CMPA?

1. Family history of allergy
If either parent is allergic to cow's milk, your child will tend to have an increased risk of developing cow's milk protein allergy.

2. Shorter duration of exclusive breastfeeding

3. Early exposure to cow's milk

CMPA vs. lactose intolerance

How to recognize the differences between CMPA and lactose intolerance.

CMPA
•A reaction of the immune system to cow's milk protein.
•Affects the digestive system as well as other systems in the body.
•Can be life-threatening.

Lactose Intolerance
•Inability to break down the milk sugar, lactose.
•Affects digestive system only.
•Non-life-threatening.

Sometimes, cow's milk protein allergy symptoms are mild and cause only minor discomfort. But often, mild allergies can develop into more serious ones, endangering a person's health.

If your child displays any symptoms of cow's milk protein allergy, seek medical advice at once.

All information given here is for educational purposes only. For specific medical advice, diagnosis and treatment, please consult a doctor.

References/Adapted from:

1. Host A. Frequency of cow's milk allergy in childhood. Ann Allergy Asthma Immunol 2002, 89 (Suppl):33-7.

Alternatif lain untuk yang alah pada susu lembu :

Bawah 1 tahun boleh ganti dengan : Susu beras perang, susu barli, susu kambing (raw) (dilute 1:1 atas rujukan doktor sahaja)

Atas 1 tahun boleh ganti dengan : Susu Kambing (raw) , santan kelapa muda, susu almond, susu beras perang , susu barli , susu lembu (raw)

*Rujuk photo lain dalam album ini untuk info tentang susu-susu alternatif ini.

*Jika anak masih tidak mahu menggunakan susu alternatif, tidak perlu risau, dapatkan sahaja sumber kalsium atau nutrien yang ada pada susu dengan mengambil Chia Seeds atau sayuran hijau yang tinggi kalsium dan vitamin yang sama atau lebih hebat khasiatnya dengan susu. Rujuk album vitamin semulajadi untuk mengetahui sumber vitamin semulajadi yang lain.

Tiada ulasan: