Selasa, 5 Oktober 2010

Umrumda Degil


Bismillahirahmanirahim....

Dengan lafaz kalimah yang suci ini...aku harap aku dapat lebih menyayangi ALLAH SWT... Hurm, malam ni aku merenung wajah ma....wajah abah.... diubun2 mereka sudah kelihatan rambut putih...diwajah mereka sudah kelihatan kedut2.. usia mereka makin meningkat. Aku terfikir..sempatkah niat hatiku untuk membawa mereka ke makkah? Aku berharap sangat diaorang dapat menjalani ibadat disana. tetapi tidak lagi kesampaian kerana tiada lagi sumber kewangan yang kukuh. Lebih2 lagi aku sudah ada komitmen lain.

Dulu aku berbelanja banyak atas rumah ma dan abah. Aku harap diaorang bahagia dan suka dengan pemberian aku... Tapi lama2 aku terfikir. Ini hanya untuk membahagiakan di dunia. Di akhirat macam mana?? Aku ingin jgk melihat mereka senang di dunia dan akhirat. Sekurang-kurangnya apabila menndapat haji. banyak manfaat yang mereka dapat daripada ibadah haji tersebut. Hati aku pun rasa senang....

Semasa aku kecil, aku masih ingat.begitu banyak pengorbanan ma dan abah aku terhadap aku dan 8 orang adikku. Sekarang? sanggup jaga cucu pulak kerana adikku yang kedua terpaksa bertugas di hospital pahang. Begitu besar pengorbanan mereka tetapi kerana perangai aku yang kadang-kadang cepat terasa membuatkan hati mereka terluka..
Maafkan kak long ma... Maafkan kak long abah...

Sesungguhnya..
Aku Umrumda degil..
Aku akan pastikan ibu bapaku akan merasa bahagia di dunia dan juga AKHIRAT...
walaupun macam-macam dugaan aku terpaksa tempuhi..
InsyaALLAH...
Redhailah dgn apa sahaja aku lakukan Ya ALLAH....
permudahkan urusanku..amin.

3 ulasan:

Lovely Bella berkata...

siyes tetibe aku rase insaf plak.. and menyentuh perasaan.. huhuh

Biarlah rahsia berkata...

tulisan ema menyentuh naluri keibuan k.bie...semoga hajat ema akan kesampaian...doakan saje...mana tahu ada durian runtuh selepas ini...

memang sukar nk memuaskan hati ibu dan bapa...tp k.bi tahu ema dh cuba sehabis baik!

BeauTiFuLGirL berkata...

Dgn nama ALLAH Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang... Marilah kita sama2 berbakti kepada ibu bapa kita selagi mereka bernyawa di muka bumi ALLAH ini... :) dan juga buat mereka bahagia... tak sanggup buat mereka sedih dan risau kat kita....