Rabu, 19 Januari 2011

Memory Salju Dihatyku @>---- (episode2)

Assalammualaikum... :)
Pada entri ini aku dah cerita kisah aku masa hingusan hinggalah kenakalan aku pada usia remaja.
Banyak lagi kenakalan yang aku lakukan semasa berada di SMK Beris Panchor. Aku pernah panjat pokok, aku juga pernah ponteng study waktu petang (lupa dah panggil apa...prep ke hapa? lupa :P), Aku juga pernah panjat pagar sbb curik2 nak gi pasar malam dekat belakang sekolah. Untuk pengetahuan kawan2 blogger. Aku ni bknya pandai sgt blajar dulu. Setiap kali peperiksaan aku tidak pernah mencapai target yang pihak asrama tetapkan utk penghuniya. So selalu kena denda. Secara tidak langsung, aku malu kat abg2 angkat aku sbb diaorang semuanya best student. Aku jerk yang TAK BEST! huk~ huk~

Aku yang dot..dot..dot..

sumber dari yahoo image

Aku juga selalu dibuli oleh rakan lelaki sekelasku. Aku tak tau kenapa diaorg suker buli aku. Sorokan beg la...tarik tudung la...Conteng meja aku la... menjerit2 panggil nama aku la depan orang ramai (aku tak suka!) .. Sehingga la adik perempuan aku iaitu Ngah (aku anak pertama dari 9 orang adik beradik) juga memasuki sekolah sama dgn aku. Ngah ni aktif dalam pelbagai aktiviti sehingga terpilih menjadi pengawas. Adalah satu hari, masa aku nak balik sekolah. time tu aku tak masuk kelas sehari suntuk sbb berlatih nasyid. Time balik aku nak ambik beg kat kelas. tp beg sekolah aku xde.budak lelaki kelas aku time tu ada 2-3 orang kat dalam kelas. Aku tanya diaorang.tapi semua xngaku.last2 aku nampak beg aku berada dibawah meja salah seorang dari mereka. Aku nak ambik tapi disekat mereka. Mujurlah time tu adik aku Ngah lalu kat situ. Aku menangis je kije. Adik aku jerkah diaorang dan merampas beg aku drp diaorg. kiranya adik pulak selamatkan kakaknya..huhuhu~~ terbalik pulak.akekeke!





macam ni la gamaknya aku nangis
sumber dari yahoo image

Setelah itu, kerana adikku ini seorang pengawas, perkara itu adik aku bawa kepada pihak atasan dan mereka bertiga dikenakan hukuman sebat dipunggung. dush! dush! dush! kesian pulak tgk mereka bertiga.dalam masa yang sama aku rasa nak tukar sekolah je.sbb aku tau diaorang ni bdk nakal dan takut mereka apa-apakan aku. Anyway semua itu dalam kenangan..masih tersemat dalam ingatan aku. Lucu,pahit,manis dan mcm2 lagi rasa dalam menuju ke alam kedewasaan..
Lagak adikku mcm superwomen
sumber dari yahoo image


Oklah...hari dah lewat malam...episode yang akan dtg aku akan cerita life dok Kampus iaitu Kolej Teknologi Bestari, Setiu Trg..

OK? gud nite

bersambung.....

Tiada ulasan: