Khamis, 31 Mac 2011

DiBelasah Kerana Mengidam

siapa yang bersalah dalam hal ni?? Apa pun si lelaki xboleh berkasar dgn wanita...mesti selesaikan masalah dgn cara yang waras.bknnya melepaskan kemarahan dgn cara yg tidak waras..

WANITA BUKAN LAWANMU
sumber dari : hmetro

Ahad, 27 Mac 2011

Ibu hamil lemah daya imun tubuh

(hai....si isteri mengandung si suami pun turut sama :P)


BERPANTANG ketika hamil? Mungkin ada beranggapan ia hanya menyusahkan atau tidak masuk akal tetapi tahukah anda, sesetengah orang terpaksa berpantang sepanjang hayatnya terutama ketika hamil; dan golongan dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah alahan.

Berpantang makan adalah perkara biasa bagi mereka tetapi keperluan ini meningkat ketika hamil bagi mengelakkan masalah alahan diwarisi anak.


Meskipun tiada kajian yang membuktikan wujudnya kaitan langsung antara pemakanan ibu dengan risiko alahan pada janin, pakar perubatan menasihatkan supaya mereka lebih berhati- hati; setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan masalah pada diri sendiri.

Alahan boleh berlaku kepada sesiapa pada bila-bila masa tanpa mengira usia. Kajian mendapati ramai orang dewasa alah terhadap makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan.


Sesetengah pakar berpendapat hampir semua orang alah terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya, mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar.



Alahan ialah tindak balas sistem imun. Ia berlaku apabila badan tersilap tafsir bahan di dalam makanan (biasanya protein) sebagai benda asing berbahaya dan perlu dihapuskan. Badan menghasilkan antibodi dipanggil imunoglobulin E atau IgE untuk ‘membunuh’ protein itu dan tindak balas ini menyebabkan pelbagai gejala.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, gejala alahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu alahan sedikit, sederhana dan teruk (anafilaksis). Bagi alahan yang sedikit, seseorang itu mengalami gejala setempat (tidak merebak) seperti:

- Ruam


- Gatal


- Mata berair


- Hidung tersumbat

Alahan sederhana bermakna gejala merebak ke lain bahagian badan dan seseorang itu boleh mengalami:


- Gatal


- Kesukaran bernafas

Alahan teruk atau melampau (anafilaksis) adalah tindak balas mendadak terhadap alergen yang membabitkan seluruh badan. Gejala alahan boleh bermula dengan gatal pada mata atau muka, dan dalam masa beberapa minit ia menjadi serius.

Tindak balas badan individu yang mengalami alahan teruk, berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan melepaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskannya. Bagi individu yang mengalami anafilaksis, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan pelbagai gejala yang boleh mengancam nyawa pesakit. Antara gejala anafilaksis ialah:


- Gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma) - yang menyebabkan kesukaran bernafas atau menelan


- Kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema


- Sakit perut


- Muntah


- Cirit-birit


- Pening atau berasa keliru

Katanya, ada banyak faktor yang boleh merangsang gejala alahan dan antara pencetus masalah yang biasa ialah:


- Alergen udara seperti debunga, kutu rumah, kulapuk dan bulu serta sel mati daripada haiwan


- Sesetengah makanan terutama yang kaya protein seperti kacang, gandum, soya, ikan, makanan laut dan susu


- Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan


- Sesetengah ubat seperti penisilin atau antibiotik berasaskan penisilin


- Susu getah atau alat yang dibuat daripada getah


Adakah kehamilan meningkatkan risiko alahan?

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan.

“Hormon yang dihasilkan ketika mengandung membawa kesan yang lebih kurang sama seperti steroid dan ia akan memperlahankan alahan. Ketika hamil, daya ketahanan wanita akan dikurangkan untuk mengelakkan penolakan janin yang dianggap oleh sistem imun sebagai benda asing. Peningkatan ketolerenan sistem imun menerbitkan keadaan ‘kurang waspada’ terhadap bahan asing.

“Perubahan ini membuatkan potensi untuk berlaku alahan ketika hamil juga meningkat. Contohnya, serangan asma boleh berlaku lebih kerap; atau serangan kali pertama terjadi ketika hamil. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya juga boleh berlaku; penyakit asma bertambah baik dan lebih senang dikawal,” katanya.


Bagi wanita yang ada masalah alahan, apa kemungkinan akan terjadi?

“Kawalan asma yang baik ketika hamil sangat penting bagi mengekalkan bekalan oksigen mencukupi kepada janin yang sedang membesar. Kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan tidak cukup berat mungkin disebabkan kawalan asma yang tidak baik.

“Kebanyakan ubat untuk asma boleh diambil ketika mengandung dan tiada bukti ia boleh meningkatkan risiko atau membahayakan janin. Bagaimanapun doktor menyarankan pesakit asma yang hamil mengambil ubat pada dos paling rendah - cukup untuk mengawal gejala saja,” katanya lagi.

Alahan hidung biasanya berlaku pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah hidung tersumbat, gatal dan hidung berair. Usah bimbang kerana keadaan ini biasanya disebabkan perubahan hormon.

Urtikaria (gegatal) dan ruam alahan juga antara masalah biasa yang dialami ketika hamil. Salah satu ruam yang paling kerap dikesan ialah sindrom urtikaria pruritik papul dan plak kehamilan (Sindrom PUPPP) - juga dikenali sebagai letusan polimorfik kehamilan. Wanita akan mengalami letusan rasa gatal terutama pada bahagian bawah abdomen dan atas paha.

Selepas bersalin, ruam ini akan hilang sendiri tetapi ia boleh menyebabkan rasa sangat rimas khususnya pada beberapa bulan terakhir kehamilan. Sebaliknya masalah ekzema biasanya mengurang dan ini mungkin disebabkan peningkatan penghasilan hormon mirip streoid.


Pencegahan alahan pada bayi dalam kandungan

“Jika ibu ada masalah alahan, bayi dalam kandungan mempunyai 30 peratus peluang untuk mewarisi alahan berkenaan. Jika kedua-dua ibu bapa ada alahan, risiko untuk bayi mendapat masalah yang sama melonjak kepada 60 peratus. Bagi kes asma contohnya, jika ibu dan bapa ada alahan yang sama contohnya asma, kemungkinan besar (80 peratus) bayi juga akan alami alahan.

“Merokok ketika mengandung dan makan makanan yang boleh merangsang alahan terutama pada beberapa bulan terakhir kehamilan dipercayai boleh menjadi faktor penggalak kepada janin untuk mendapat masalah ini. Merokok pada awal kehamilan adalah pencetus utama untuk bayi mendapat alahan dan risiko ini meningkat jika ibu dan bapanya perokok,” katanya.

Ramai yang bertanya, adakah makanan turut meningkatkan risiko janin mewarisi alahan. Sehingga kini, tidak cukup bukti untuk mengatakan demikian. Pemakanan yang kurang mengandungi alergen mungkin ada kelemahan kerana ibu dan anak boleh mengalami masalah kurang zat. Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat dan Eropah menyarankan pemakanan seimbang tanpa sebarang pengecualian ketika hamil dan menyusukan anak.

Janin akan terdedah kepada peredaran antigen ibu melalui air ketuban dan uri. Kita tahu bayi yang belum lahir akan mula menghasilkan antibodi IgE untuk melawan alahan ketika kehamilan masuk minggu ke-20.

Pemindahan alergen yang biasa seperti B-laktoglobulin dalam susu lembu, ovalbumin (telur) dan lain-lain alergen berlaku sebelum 26 minggu kehamilan.

Pengukuran IgE total pada darah tali pusat ketika bayi dilahirkan tidak boleh dijadikan petanda kepada kemungkinan alahan kerana ia tidak tepat.

Bersalin secara normal boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Pembedahan Caesarean akan meningkatkan risiko alahan pada bayi terutama jika ibunya juga ada masalah ini.

Pengambilan banyak lemak tepu sepanjang tempoh penyusuan badan juga menjadi salah satu faktor untuk alahan. Wanita yang menyusukan anak seharusnya mendapat banyak Omega 3 dan minyak ikan politaktepu; bukannya protein ikan kerana pengambilan makanan yang kaya protein boleh mencetuskan gejala alahan.

Selain itu, pendedahan ketika hamil terhadap bahan organik meruap (VOC) yang ada dalam asap, permaidani baru dan selepas rumah siap diubahsuai juga boleh meningkatkan risiko alahan pada anak-anak.


Mengurangkan risiko alahan pada kanak-kanak


Kaedah terbaik ialah memberikan penyusuan badan secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan. Wanita menyusukan anak perlu mengelakkan semua makanan yang boleh menyebabkan alahan kerana unsur makanan ini akan terus masuk ke dalam susu badan dan boleh menyebabkan kepekaan alahan bayi meningkat.


Jangan gunakan krim mengandungi kacang (Arachis) atau ekstrak minyak kacang untuk disapu pada puting.


Rumah yang terlalu bersih dan bebas daripada haiwan sebenarnya adalah persekitaran yang boleh membuatkan bayi mendapat alahan. Ini berdasarkan hipotesis kebersihan - bayi yang dilahirkan dalam persekitaran kurang bersih lebih berdaya tahan dan jarang mengalami masalah alahan.

“Didapati bayi yang mempunyai ramai adik beradik, terdedah pada pelbagai virus sejak kecil, ibu bapa memelihara ternakan dan minum susu tidak dipasteur, jarang ada masalah alahan. Sebaliknya bayi yang hanya ada satu atau dua adik beradik, tidak terdedah pada persekitaran kotor, haiwan atau diberikan antibiotik sejak kecil lebih mudah mengalami alahan. Malah penghantaran bayi ke pusat jagaan harian juga boleh mengurangkan risiko alahan,” katanya.


Sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan pemberian vaksin akan merangsang atau mencegah alahan. Bagaimanapun suntikan vaksin BCG (untuk tuberkulosis) mempunyai kesan perlindungan kepada alahan tertentu.


Organisma yang ada secara semula jadi dalam usus seperti Latobacilli GG dan bakteria bifido juga didapati memberi perlindungan kepada masalah alahan. Bakteria usus yang baik ini boleh dipindahkan kepada bayi ketika bersalin secara normal dan pemberian susu badan sejurus selepas melahirkan anak.

Kajian mendapati populasi yang cenderung mengalami alahan mempunyai banyak bakteria clostridia, coliforms dan staphylococcal dalam usus mereka berbanding populasi yang tiada masalah alahan (usus mereka 'kaya' dengan bakteria lactobacilli dan bifido).


Berhati-hati menggunakan pelembap untuk bayi. Elakkan juga penggunaan sabun yang mengandungi pewangi, linolin dan semua sabun yang diperkaya dengan enzim.


Beli pakaian dan keperluan lain untuk bayi yang diperbuat daripada kain kapas.


Perkara yang perlu dilakukan wanita hamil:


- Jangan merokok dan elakkan daripada menghidu asap rokok


- Elakkan pengambilan alkohol


- Kalau boleh elakkan makanan yang boleh mendorong kepada alahan seperti kacang, kekacang, bijan, telur dan ikan walaupun tiada bukti kukuh mengatakan sekatan makanan boleh mencegah alahan


- Elakkan pendedahan keterlaluan pada haiwan seperti kucing, anjing, kuda


- Jika menghidap asma, teruskan mengambil ubat pencegah dan pelega asma sepanjang kehamilan


- Elakkan semua ubat yang tiada preskripsi dari doktor dan vitamin yang mengandungi pewarna atau pengawet. Malah rumusan herba juga perlu dielakkan dan berbincanglah dengan doktor sebelum mengambilnya.


- Elakkan sebarang prosedur yang boleh merangsang kepada masalah alahan seperti ujian alahan pada kulit atau imunoterapi untuk mengurangkan kepekaan.


- Mengambil probiotik (Laktobacillus GG) dan makanan tambahan prebiotik


- Bersenam, makan makanan seimbang dan tidur secukupnya


Untuk bayi yang baru dilahirkan:


- Berikan susu badan secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan


- Elakkan memberi susu formula kecuali ada pengesahan klinikal ia susu rendah alergen


- Perlu ada pendedahan terhadap kekotoran biasa bagi kanak-kanak


- Elak memberikan rawatan antibiotik bagi masalah kesihatan yang disebabkan virus kecuali doktor berasa ia benar-benar perlu


- Elakkan menyapukan krim mengandungi minyak kacang, pewangi atau sebarang bahan pengawet


- Elakkan memberi makanan berproses, sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk bayi bermula pada umur enam bulan. Elakkan memberi anak anda kacang dan kekacang sehinggalah dia berumur tiga tahun


- Jangan dedahkan dia pada asap dan bau rokok


- Berikan imunisasi (suntikan vaksin) mengikut program vaksinasi kebangsaan

(dipetik dari : hmetro)

Rabu, 23 Mac 2011

Pencuri dan Penipu

Assalammualaikum... nak dengar tak cerita arini?


CER CITE! CER CITE !


Pencuri :

Wokey..citer ni belaku kelmarin tepat pukul 2.15 pm. Aku dapat satu aduan dari seorang user. Dia cakap iPhone4 dia ilang kat tempat simpan barang....fuyooo...barang mahal tu beb! Aku dengan penuh berdedikasi mengambil report user ni (cit! mcm ala2 polis penyiasatan je~~ OOoooOO~~james bond..STOP! sambung citer)


Lepas aku ambik report dari pengadu tersebut, aku pun check lew CCTV...seulang suara CHECK CCTV ye... untuk melihat siapakah gerangan mengambil iPhone4(idamanku tuh) yang tertinggal kat situ. Si pengadu tu masuk kat tempat simpan barang tu dalam pukul 12.30 pm..dia terlupa ambik iPhone dia yg diletakkan atas meja tempat simpan beg. Pada pukul 12.48 pm, ternampak 2 orang student nurse yang mengambil iPhone4 yang tertinggal itu. diaorang mcm membelek2 iPhone mcm tak tau nak wat ape dgn brg yg diaorang temui itu. Mereka pun keluar dari bilik simpan barang . Aku ingatkan diaorang terus keluar dan mengambil iPhone4 tersebut. Rupa-rupanya diaorang berikan kepada PAK GUARD kat situ untuk diberikan kepada tuan punya barang (ish...tak baik betul anggapan aku tadi kan? ;P) . Rupa2nya barang tu dh diserahkan kepada guard. Bila call mula2 boleh call. Last2 dia pergi off telefon tu. Apa kes? hurmmm....aku dah PK buruk2 pasal guard ni.. mesti ada niat nak curi kan? Apa pun kami check guard yg bertugas tadi dan tanya ada tak student nurse bagi sebuah phone yang hilang. Dia dgn muka selamba badak kata phone itu ada ditangannya (pakcik..sepatutnya inform la kat pihak kami ada barang ilang...bukannya bawak balik opis guard pakcik..orang tanya baru wat mari).... Akhirnya budak tu dah dapat iPhone tu balik dan cuba cari contact number 2 orang budak nurse yg jujur itu untuk dikasik hadiah(adik...akak pun nk adiah jugak..hehehe!). Bagus kan apabila kita jadi orang jujur.xrugi pun.kan? daripada mencuri tak tentu hala.iye dak?

Penipu :

Cerita ni pendek jer...ceritanya adalah pasal seorang student doctor ni. Dia ada menyewa 1 bilik study dalam library. Adalah satu masa sbb dah lama dia sewa. Pihak library pun telefon la soh anta balik kunci tu. Dia cakap "saya sibuk xsempat lagi nak gi anta. Minggu depan saya anta". Pastu tunggu la sampai minggu ni .xanta2 jugak kunci bilik tu. Pastu telefon lagi untuk dapat kan penjelasan si bakal doctor ni. Dia cakap dah anta pada hari sekian sekian.... Masalahnya pihak library xterima kunci bilik itu. Untuk kesahihan kami pun bagitau student doctor tu nak check kat CCTV. Adakah betul2 dia anta dan nak check siapa yang ambik kunci itu dengan dia.seulang suara 'TGK CCTV' (wokeh! begitu bergunanya CCTV hehehe~~). Xsempat check CCTV, akhirnya si bakal doctor tu pun mengaku dia tipu yang dia hantar kunci tersebut (ish! xpatut betulkan?) . Dan satu lagi yg mengejutkan pihak library adalah.....rupa2nya budak tu dh pun diberhentikan belajar(xpass exam la kot)..kesian laks..patut la susah nak dtg library anta kunci dan bg alasan macam2 sampaikan sanggup menipu?.....huhuhu..


OKLAH SEKIAN SAHAJA CER CITE CER CITE UNTUK KALI INI..KESIMPULANNYA...BAGUS JUGAK KEGUNAAN CCTV INI BUKAN SAHAJA BLH MENUMPASKAN NIAT PENCURI UTK MECURI,TAPI JUGA BLH MENUMPASKAN NIAT PENIPU UTK MENIPU.

SEKIAN TERIMA KASIH :p chill babe!


Khamis, 3 Mac 2011

Berzina dengan dua gadis tapi cinta hanya satu


Masalah :
SAYA seorang lelaki dan mempunyai dua teman wanita. Saya sayang kepada A, tetapi cuma menganggap B teman berbual. Namun, saya pernah berzina dengan kedua-duanya sehingga B mengandungkan anak saya.

Saya cuma cintakan kepada A. Saya buntu sekarang, patutkah saya gugurkan kandungan B semata-mata cinta saya? Jika tidak gugurkan kandungan, apakah yang patut saya lakukan?


Adakah perlu saya beritahu kepada keluarga saya dan keluarga B? Saya menyesal akan kesalahan yang saya lakukan.



Jawapan :

ANDA perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan sendiri dengan mengambil langkah betul dan tepat selari dengan ajaran Islam.

Antaranya langkah utama ialah bertaubat dan berazam untuk tidak sekali-kali mengulanginya. Umumnya masyarakat Islam termasuk anda sudah mengetahui bahawa berzina berdosa besar walaupun hanya sekali.

Terus mengulanginya dan berzina dengan pasangan berbeza tentu lebih besar dosa. Anda semestinya bertaubat kepada Allah dengan penuh beriman dengan Allah, berazam untuk terus meninggalkan dosa tersebut dan seterusnya banyak mengerjakan amal soleh bagi menebus kesalahan tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud: "...Dan orang-orang yang tidak menyembah sesuatu (ilah) yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Furqan ayat 68-70).

Selain itu anda hendaklah mengelak daripada duduk berdua-dua di tempat sunyi sama ada dengan kekasih atau kawan perempuan. Ini kerana zina terjadi apabila adanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Setiap manusia mempunyai nafsu. Apabila ada rangsangan dan syaitan menjadi orang ketiga maka jenayah zina terjadi. Begitu juga setiap umat Islam hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan jangan mudah terikut-ikut dengan bergaul secara bebas.

Anda juga hendaklah mengelak diri daripada berkunjung ke tempat maksiat seperti pusat hiburan dan sebagainya. Kemudian apabila sudah berlaku zina dan kehamilan segeralah bertaubat.

Anda tidak sepatutnya memilih untuk melakukan dosa dan jenayah yang lain seperti menggugurkan kandungan dan membuang anak dan sebagainya.

Langkah terbaik ialah melaporkan masalah berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau badan-badan berkaitan. Tentu mereka ada jalan penyelesaian tertentu dan selamat.

Seterusnya anda hendaklah berkahwin dengan segera kerana ia dapat menyelamatkan diri anda dan maruah seorang wanita daripada terus terjerumus dalam kancah zina.

Al-Quran menjelaskan bahawa jenayah zina tidak dapat disekat melainkan dengan perkahwinan. "Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin (atau melakukan jimak) melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin (atau melakukan jimak) dengannya melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang atas orang yang beriman." (Surah al-Nur ayat 3).

Ini kerana kesemua mereka yang berzina sudah terjerat dalam dosa itu dan akan berterusan apabila tiada sekatan. Zina dapat dielakkan apabila mereka bertaubat dan seterusnya berkahwin.

Hasrat untuk berkahwin perlu dinyatakan kepada keluarga dengan segera. Dengan itu ia dapat diuruskan secara baik dan berhemah. Memilih untuk mengahwini pasangan anda adalah yang terbaik dan pilihannya bergantung pada anda sendiri.

sumber dari hmetro

Selasa, 1 Mac 2011

Penantian yang mendebarkan :)


Assalammualaikum...aku dah lama tidak becerita tentang diriku..maklumlah sibuk.xsempat nak menaip. bz beb! hahaha! tapi bab baca blog orang sempat lagi la. Pada usia perkhawinan aku 8 bulan, 2 minggu dan 2 hari (cewah detail gile!). Aku rasa sakit belakang, perut aku membuncit dan semua seluar jean aku ketat diperut...what the..... aku agak2 aku gemuk. adus! kes yang serius ni. Masa tu aku di KL ada event sikit. AKu nak pakai dress pun nampak sikit perut ni.ish! make my mood xde jerr layan majlis.tambah2 pulak majlis tu meja yang ditempah utk dinner dikebas org. cit! amma appa!aniyoridiik! (menyumpah dalam bahasa tamil yg entah apa2 tah.) Apa pun keadaan dapat diselamatkan oleh pihak yang tertentu. dan kami pun dapat makan..fuh! lega.

OK! back to the story...bab perut takdi erk? Aku tak makan banyak la dinner tu sbb perut aku ni dh mcm xleh cover. xleh blah mcm ni. Keesokkannya aku xde seluar lain nak dipakai.Aku pakai seluar jeans yg aku bwk sehelai je utk balik. Ketat sgt.Aku belasah jugak sampai muat.Nak beli kat kedai mana sempat. Nak bertolak dari KL ke KB. jauh tu beb!

Aku pun drive leww dari KL ke Raub..Aku rasa perut aku berdenyut nyut2 mcm tu.pastu angin dalam perut xyah ckp la...hu3 nak solat tu make sure dot do dot (paham2 la erk?sensor sikit.hehehe!) . Lepas rehat situ, Aku sambung lagi drive dari raub ke Kuala Lipis. Aku rasa mcm dah tak tahan pakai seluar jeans yg dirasakan ketat. Aku pun bagitau kawan aku yang aku nak singgah mana-mana shopping complex atau kedai yg jual seluar track (ala..seluar yg utk bersukan tu...) tapi.. kawan aku si A ni ckp "Singgah Gua Musang la.dah nak dekat ni." Aku pun mendgr kata2nya.. Ceh! jauh wei kuala Lipis ngn Gua Musang..Adeh...terseksa aku bawak kereta time tu.
Nak dijadikan cerita aku pun sampai jugak akhirnya di Gua Musang. Apa lagi. Aku terus cari seluar track yang aku ingin pakai (sambil2 tu sempat lagi membeli belah menda lain. Si B dan C pun sama join sekaki). Si A pulak dah bengkak hati sbb lambat gerak..iyela nak solat lagi nak makan lagi. Apa pun aku saje je balas dendam tadi ngn si A.hahahaha! Dari Gua Musang ke KB si A yang drive. Pukul 12.30 malam kami sampai ke KB dgn selamatnya.....


TAPI APA KENA MENGENA DGN PERUT AKU YANG MEMBUNCIT INI?


Keesokkan pagi tu aku cuba check sendiri..... OMG!


bkn yg ini ok? he3! just hiasan semata-mata supaya blog ini selalu nampak cute :P


ini resultnya bila aku check sendiri- macam positif....sbb line kedua tu xberapa terang... Aku tanya adik aku...dia syorkan aku confirmkan result ini kat klinik. So, pagi2 lagi aku gi kerja dan singgah ke klinik...dan resultnya.....
****
****
****
****
****
****
****
****
****
****
****
****
****


POSITIF!! ALHAMDULLILLAH.... ;)
Aku tak sangka..dah 5 minggu rupanya... Thanks a lot ALLAH.. bye2

Petua Ibu Mengandung / Hamil


Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.

Jangan cepat merajuk
Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi, Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
Jangan suka mengata atau mengumpat
Banyakkan berzikir tak kira masa,
Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).
Petua Lain :

Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, minum susu, dan sebagainya. (soya tidak digalakkan kerana sebabnya disini)
Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.
Kredit: tokeikedai