Jumaat, 11 Februari 2011
JOM JOIN CONTEST BEB!
ada hadiah menarik menanti anda ;)
http://beautifulgirlshop84.blogspot.com/2011/02/beautifulgirlshop-give-away.html
klik link ini utk join !
Arigato adios!
Khamis, 10 Februari 2011
student malaysia di egypt kene rogol,kite kat sini buat ape je?
Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.
Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."
Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.
Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.
Okay, wanna know the truth??
◦Airport di Alexandria dah tak boleh pakai
◦Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
◦Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
◦Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
◦Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.

http://www.facebook.com/pages/Global-Medic-Network/161720120528321?v=wall
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!)
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.
and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(
Isnin, 31 Januari 2011
Kejadian Yg Memilukan dan Menyakitkan...
terdamparnya seorang insan yg teraniaya..
seremuk hatiku...
sialan..
mangsa keadaan
INFO EMAS

Unit Timbangan Lama:
1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram
Jenis-Jenis Ketulenan Emas
999 - 24K - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 - 23K - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 - 22K - Emas Singapura
900 - 21.6K - Emas Sembilan
875 - 21K - Tiada nama lain dapat dicari
835 - 20K - Tiada nama lain dapat dicari
800 - 19K - Emas Paun
750 - 18K - Tiada nama lain dapat dicari
585 - 14K - Tiada nama lain dapat dicari
373 - 9K - Suasa
Ahad, 30 Januari 2011
JOM TGOK GADIS MANTAP..MELELEH BEB!
DUNIA KO LEPAS..AKHIRAT KO SIAP!
Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.
“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.
“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.
Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.
Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.
Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.
Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.
“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.
Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.
Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.
Pasir Mas, Kelantan
Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
Mempunyai keluasan 57,800 hektar
Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)
Khamis, 27 Januari 2011
Setiap Hisapan, Membawa Padah, haram tetap haram !
Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
"Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin"
(Al-Bukhari & Muslim)
"Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani"
(At-Termidzi)
"Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu"
(Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
image : ijoikatun.blogspot.com/ 201006/ cara-tips...rang.htmlSetiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut.Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.
Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
-Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
p/s : blh juga guna teknik2 ini utk tolong orang berenti merokok..hehehe!
image : s280.photobucket.com/ albumskk170/ yeindra/ ?action=v...=stop.jpg
Selasa, 25 Januari 2011
'Kami tiada jodoh' ~~ WAT THE HELL?? X_X


Isnin, 24 Januari 2011
PEMERGIANMU DGN TANGISAN PHT
Hari ini aku dan warga PHT iaitu bebudak opis aku terasa kehilangan yang besar dan terasa menda ini tidak disangka-sangka berlaku. Pada pukul 10.00 am lebih (24 January 2011). Kami mendapat perkhabaran angin daripada pihak security guard bahawa mereka ada menerima perkhabaran daripada pihak polis yang staf opis aku ada terlibat dalam kemalangan. Ini kerana pengecaman pada stiker jabatan terlekat pada moto mangsa dan juga no plate moto dia. Mangsa masih lagi tidak dapat dikenal pasti (adakah betul atau tidak budak opis aku). Sbb takut ada orang lain guna moto budak opis aku(andaian utk sedapkan hati masing-masing).
So untuk kenal pasti mayat itu. 2 orang pegawai aku bergegas ke hospital utk melihat mayat tersebut. Lebih kurang pukul 11.15 tengahari. Kami semua mendapat berita bahawa mayat itu adalah budak opis kami. Aku amat sedih apabila menerima berita itu. memang tak sangka..baru kelmarin jumpa dia,bercakap dengan dia dan bergurau senda dengan dia...

Mangsa seorang perkerja yang bagus. Selalu berjenaka. Aku anggap dia seperti ayahku sendiri. Selalu juga berbual dengan dia semasa aku singgah di pejabat pentadbiran. Selain itu juga. Aku selalu mengacau kerjanya kerana aku ingin mengambil barang alat tulis di dalam stor. Oh ya! Aku teringat pemberiannya terakhir kepadaku...mesin kira2 miliknya...Mungkin dia dah terasa dari awal mesin kira-kira itu tidak lagi digunakan nya.... Emmm.. :(
Tadi kami satu opis membuat majlis tahlil kepadanya. Sembahyang Zohor berjemaah dan diikuti bacaan Yassin. Sekali lagi aku terkilan kerana tidak dapat menyertai majlis itu kerana keuzuranku.. :(
Menurut pegawai aku yang pergi membuat pengecaman mayat mangsa.. Keadaan kepala mangsa amat parah. Mungkin terlalu banyak pendarahan dikepala menyebabkan mangsa meninggal. Menurut Medical Assistant yang membawa mangsa ke hospital, dikatakan mangsa masih lagi bernyawa.tetapi setelah sampai ke hospital mangsa sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mangsa, Allahyarham Abd Rahman Mamat, kemungkinan dari Pasar Khadijah Kota Bharu. Kejadian itu berlaku apabila mangsa berhenti dekat trafic light kamdar. Kebetulan ada sebuah kereta pajero yang laju sbb masa tu lampu trafic itu berwarna kuning. Kerana terlalu laju. Mungkin pemandu terbabit tak sempat brek dan akhirnya melanggar En Rahman hingga terpelanting ke depan. Pemandu itu seorang wanita dan kini wanita itu ditahan reman kerana melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Kepada keluarga Allahyarham En Abdul Rahman Mamat. Diharap bersabar menepuhi dugaan. Mungkin ALLAH SWT lebih sayangkan dia. Sama-sama lah kita berdoa agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
amin....
nota kaki : sepanjang perjalanan balik ke rumah aku asyik terbayang2 wajahnya... aku merindui jenakanya dan usikannya terhadapku... aku merindui saat2 aku mengacau kerjanya kerana ingin mengisi borang cuti dan mengambil alat tulis di stor....byk kenangan bersama arwah yang tidak mungkin aku lupakan
Ahad, 23 Januari 2011
tUDUNG oH tUDUNG! Mencapap ke??
atas ayu...bawah mcm sial..hu3...xblh blah!
ishk! ishk! siapalah laki budak ni....xtegor ke bini pakai mcm ni kat masjid..mcm haram
nie jenis laki xreti nak tegur bini jgk ni...sian betul laki ni
apahal atas tutup bwh nampak tut.....! xokey beb!
Aisey...xblh blah nampak bontot2 ni..kalau aku ada kat c2..aku sula dh bdk ni.. :(
sula! sula! sula! grrr...!
pelik bin ajaib..ada erk pesen gini.. nak tiru gaya yg xpakai tudung gamaknya. :P
bogel terus la cik kak..awat pakai tudung pulak...! bengang betul! huh!Hari ni nak cerita sedikit tentang perang blogger tentang tudung. hehehe.. Aku ada baca beberapa blog yang tengah berperang pendapat tentang tudung. Aisey...yang jadi mangsa utama adalah si dye ini. Sampaikan si dye ini bagitau ada salah satu entrynya "AKU TIDAK LAYAN SAMPAH".Ok? U got it? Marah betul si dye ni.Anyway. bagi aku la kan. sebenarnya ok kita pelbagaikan fesyen tudung tapi janganlah sampai NIAT kita ni nak pakai tudung sebab nak menunjuk kat lelaki bukan muhrim. Jangan sampai pemakaian kita ni buat kita terlalu menyerlah dan mendapat perhatian lelaki bukan muhrim.
Ok apa pelbagaikan fesyen tudung? kalau si gadis yang tak pakai tudung tetiba pakai tudung? Kan bagus tu?Yang pakai baju adik... Mungkin terus pakai baju yang patut dia pakai agar sesuai dgn imej bertudungnya(i mean bkn lagi baju adik) macam si dye ni bagitau. kan? Selain itu jugak.. apabila mempelbagaikan pemakaian hijab ni akan memberikan keseronokan kepada si gadis tersebut apabila menutup auratnya yang satu ini. Iyelah... bila dah pakai tudung ni...penampilan mesti sopan.iye dak? Confirm setiap hari dok pikir
"esok nak pakai tudung mana pulak eh?"
...akekeke!
Isu yang aku baca mengenai tudung,shawl,hijab...bla bla bla...ditulis oleh seorang lelaki ini. Kontroversi kejap u ollss. Aku bagi sedikit petikan kata2nya dari entrynya itu .
“5. Aku sebagai lelaki bertoleransi, aku tak halang dengan hak seorang perempuan berfesyen. Namun, sebagai lelaki berperasaan, kadangkala mata aku sakit dan hati aku luka dengan fesyen melampau-lampau dari golongan gadis sebegini. Terutamanya dari segi WARNA dan sisi definasi AURAT.”
Mungkin kita blh ambik sedikit kata2nya utk buat pedoman. cuma yang tak OK nya....ada jugak kata-katanya ini ditujukan kpd pihak2 tertentu.. sbb tu jadi kontrovesi awk punya entry itu . Apa pun memang suruhan agama bukan sesuatu perkara main2.tapi bagilah sedikit privasi utk individu tersebut utk berubah.. sedikit demi sedikit . Ini kerana, KEIKHLASAN sahaja yang blh menentukan perbuatan seseorang dalam pemakaian tudung dgn lama dan bukanya ON OFF. Ini kerana pakai tudung itu sebenarnya WAJIB ok? kalau sesetgh orang tu dah elok2 bertudung tak perlulah menimbulkan isu pelik2 dan ingat BERTUDUNG IS WAJIB! Bagi yang dah bertudung. Ingatlah bertudung ini adalah satu kewajiban kita sebagai umat slam. Perbetulkan niat kita.. Pakai tudung itu adalah kerana ALLAH SWT. Jangan pula niat nak menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat perhatian orang bukan muhrim kita (Aku juga pesan untuk diriku sendiri). Kelak diri sendiri yang dapat dosa bertimpa-timpa. Ko guana?
Sekian sahaja bebelan aku utk kali ini...
firman Allah:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Ahzab : 59)
Rabu, 19 Januari 2011
Memory Salju Dihatyku @>---- (episode2)
Aku yang dot..dot..dot..sumber dari yahoo image
Aku juga selalu dibuli oleh rakan lelaki sekelasku. Aku tak tau kenapa diaorg suker buli aku. Sorokan beg la...tarik tudung la...Conteng meja aku la... menjerit2 panggil nama aku la depan orang ramai (aku tak suka!) .. Sehingga la adik perempuan aku iaitu Ngah (aku anak pertama dari 9 orang adik beradik) juga memasuki sekolah sama dgn aku. Ngah ni aktif dalam pelbagai aktiviti sehingga terpilih menjadi pengawas. Adalah satu hari, masa aku nak balik sekolah. time tu aku tak masuk kelas sehari suntuk sbb berlatih nasyid. Time balik aku nak ambik beg kat kelas. tp beg sekolah aku xde.budak lelaki kelas aku time tu ada 2-3 orang kat dalam kelas. Aku tanya diaorang.tapi semua xngaku.last2 aku nampak beg aku berada dibawah meja salah seorang dari mereka. Aku nak ambik tapi disekat mereka. Mujurlah time tu adik aku Ngah lalu kat situ. Aku menangis je kije. Adik aku jerkah diaorang dan merampas beg aku drp diaorg. kiranya adik pulak selamatkan kakaknya..huhuhu~~ terbalik pulak.akekeke!
Oklah...hari dah lewat malam...episode yang akan dtg aku akan cerita life dok Kampus iaitu Kolej Teknologi Bestari, Setiu Trg..
OK? gud nite
Isnin, 3 Januari 2011
Aku tersenarai...... :)
Sebenarnya aku nak cerita satu menda yang dah lama aku post. Ia adalah resepi yang aku lama dah wat utk bagi adik2 aku makan..resepi ini jugak sebenarnya dari keluarga angkat aku. Diaorang yang ajar adik2 aku wat satu resepi yang tersangat simple untuk budak2 buat dan ia juga sedap..yum..!yum!
Aku post this resepi kat sini .banyak lagi resepi lain kalau nak tengok. And then kalau u oll nak berkongsi resepi u oll pun boleh. :) Dah lama xbukak website ini .
Aku saje try godek2 kat google search
Apabila tekan butang search terus jumpa banyak berkaitan dengan aku... hu3... Dan aku jumpa juga resepi yang aku post..xpasti bila tapi mmg dah lama. Just taip nama aku dan terus paparan tersebut keluar. Hu3...senang lew kawan2 yang mana lost contact nak carik aku gamaknya kan? hihihi!
resepi yang sedap dan besh
Oklah itu saja cerita utk kali ini...mau searching2 lagi...muaxxx!



