Rabu, 20 Oktober 2010

Video KOprat VS Video Keparat

Assalammualaikum.. Lama xmenghupdate blog nih eh...bersarang, bersawang dan ber macam-macam lagi... Sori la eh sbb tgh busy dgn video koprat opis aku nih. Al-Maklumlah tahun ni pertandingan kualiti peringkat kampus. Bos2 semua mengharapkan kelainan dari hasil kerja aku utk kali ini...Argh!! make me crazy! bkn kali ini je aku rasa.malah..mungkin berkali2??! hu3..

Sepanjang kerja membina video keparat.. opss! koprat (sori bos tersasul..ngee~~) macam2 perkara yang aku alami. Antaranya...

1. Best2 feeling wat menda tuh dalam 80% siap.. last2 error berlaku.. Argh! sumbak palo otok ah!
2. Feeling2 menda itu dh nak siap...tetiba kluar error lagi pada last2 scane! skali lagi aku merasa gila!

3. Esok dah projek keparat..opss!! koprat...ok ulang ayat betul skali lagi..esok projek video koprat tu perlu dihantar..tp.... lagu laks wat hal grrr... mcm dot...dot..dot... (maaf mencarut xbaik utk kesihatan)

Aku pun bagai minah yg gilerrr....sampaikan selesma. dah 2 minggu xbaik2 lg... Ini semua gara2 video keparat...ops! ah! lantak la orang nk oyak keparat pun. memang keparat pun video tuss...menyemak kepala hotak ngn error entah apa2 tah...hu3...

p/s : hope bos beli komputer baru yg canggih kat aku.. he3...baru best wat kerja..sekurang2ny harga dalam rm 10ribu ke.Siap ngn audio visual.yg penting brand apple...berbaloi la tu bos... :P confirm video koprat yg terbaru nnti canggih.lebih canggih dari orang putess punya.hehehe!

SESI IKLAN 5 minit :P




*laptop idamanku...huhuhu ..... :P

HP Pavilion tx1000z Laptop notebook Computer

The one I have is TL-64((2.2 GHz), 2GB DDR2 System Memory,160GB

HP Pavilion tx1000z
12.1" Widescreen Convertible Notebook
AMD Turion™ 64 X2
Dual-Core Mobile Technology TL-64((2.2 GHz, 512KB 512KB L2 Cache )

Descriptions:
HP Pavilion tx1000z customizable Notebook PC
• Genuine Windows Vista Home Premium (32-bit)
• AMD Turion(TM) 64 X2 Dual-Core Mobile Technology TL-64 (2.2 GHz, 512KB 512KB L2 Cache )
• 12.1"WXGA High-Def HP BrightView Widescreen Display(1280 x 800) w/Integrated Touch-screen!!
• 2GB DDR2 System Memory (2 Dimm)
• NVIDIA(R) GeForce(R) Go 6150
• HP Imprint Finish Webcam Microphone
• 802.11a/b/g WLAN and Bluetooth
• 160GB 5400RPM !!
• LightScribe SuperMulti 8X DVD /-RW with Double Layer Support

~ bestnya kalau ada orang yg hadiah kan laptop ni kat aku....mmmm ~

Sabtu, 16 Oktober 2010

Ketika Allah memilihmu untukku..=)

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu sempurna.. Dengan cinta yg begitu membuncah.. Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga.. Maka, padamu ku katakan.. Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. Karena kelak kita akan satu.. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. Maka ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. Namun tatap mataku, tersenyumlah.. Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. Maka dimataku kau adalah yang terindah, Kata2mu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. Maka kalau kau berkenan ku meminta.. Jadilah hunian yg indah, yang kokoh… Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. Yang darahnya mengalir darah syuhada.. Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya.. Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


luahan hati,
Sindora

Khamis, 14 Oktober 2010

Aku Lupa 2 dan Lalai

Assalammualaikum....



Fuh...aku rasa minggu ni hari yang malang aku.....sbb aku dah sakiti hati seseorang beberapa kali dengan tidak sengaja. Aku pun tidak tau kenapa aku jadi macam ni. Aku pun tak tau... otak ni blurrr semacam. Selepas dia beredar aku menangis sepuas2nya... sbb aku rasa tertekan dgn kedinginan hubungan ini. Aku tidak boleh buat tak tau.... Kalau boleh aku nak pujuk dia...tapi dia dh pesan jgn tegur dia selagi dia tidak OK... So nak wat mcm mana lagi... Aku terpaksa buat tak tau. dan apabila tidak bercakap. Aku rasa sunyi....sepi jerrr.... Aku tak tau nak wat mcm mana lagi.



What i have to do?????? !!!!!

Kawan2...bagi arr ayat2 quran yg blh menajamkan ingatan dan mengelakan kita menjadi lalai.... please... tgh sedey ni... :( sbb tak mo kehilangan orang yang aku syg...x mo gaduh2... xmo! x mo!





p/s : buat brokenheart...please forgive me...tak terniat melukai hatimu... kerana sikapku...kau jadi begitu...aku tak mo lagi menyusahkanmu...insyaALLAH...aku sedaya upaya menjadi BFF mu yg baik.. siyes...xpercaya?

Isnin, 11 Oktober 2010

Aku LUPA.......

Salam,



Subahanallah....subahanallah....subahannallah....

Aku tidak sangka akan jadi perkara ini kerana keterlupaan aku dan kekalutan aku kelmarin.

Kelmarin, aku pagi-pagi lepas setup server. Aku teringat pesan kawan aku untuk mengambil duitnya di atm. Aku pun mencari kad itu. Selepas itu, aku pun ingin mesej dia. tapi telefon nokia aku ni problem sikit. Kalau time mesej penuh. kita dah buang separuh.nak mesej balik jadi pending. Kebetulan mesej aku hantar kat dia panding. Aku perasan ketika aku menunggu balasan mesejnya. Aku pun restart balik handphone nokia aku. Lps restart.aku terus LUPA nak hantar balik mesej itu. Aku kalut buat kerja hinggakan sekali lagi aku LUPA bertanyakan kad itu...



Sampailah waktu tengahari... Aku mencari dgn kalut sbb aku berjanji dengan kak bie untuk pergi beli barang (kebetulan niat nk ambik barang juga tapi xsempat).. Xjumpa! aku terus berlalu naik kereta LUPA nak mesej dia.. Aduh! sampai la ada satu masa dia mesej aku..



"Ma, mung kat mana?" (lebih kurang mesej dia)

Aku tepuk dahi...aku baru TERINGAT pasal dia

"Aku kat luar beli@ambik (lupa dh mana satu guna ayat tu)brg. Aku carik dah kad mung aku tak jumpa. Mung kat mana?"



Tak pasti mesej tu berbalas ke tak.. Aku LUPA..



Hari ini... 11.10.10



Aku tercari-cari dia...mana yea kawanku ini... Dia pun muncul dalam waktu tghari. Aku ingin berbual seperti biasa tapi dia semacam dingin dgn aku. Dalam hati aku bertanya "Kenapa ye? Aku ada wat salah ke?"
Aku mesej dgn dia bertanyakan adakah aku ada wat silap.rupanya ada....sbb kes LUPA aku tu kelmarin..adoi....

pukul 5 ptg tadi : Seperti biasa aku mengambil baby adik aku seperti biasa di rumah pengasuh. Sampai sahaja kat umah. Adik Syikin bertanya " Kak long! Adik Lan kat mana? xgi ambik dia ke kat sekolah?" Skali lagi aku menepuk dahi! Argh!!! Aku LUPA! mcm mana aku blh lupa ambik adik aku kat sekolah. Sepatutnya aku kena ambik adik lan dalam pukul 1.30 tghari tadi....sekarang dh pukul 5 lebih ! Skali lagi aku dimarah. kali ni dgn ayahku...Aku terima jer lah sbb memang salah aku pun...hu3

APA DAH JADI NGAN AKU NIH? petanda dh nak tua ke apa? hu3.....
mintak2 jauh la dpt penyakit nyayuk awal2 nih.......~~~




gambar diatas hanya perhiasan dunia...harap maklum....

Ahad, 10 Oktober 2010

Miskin Yang Hina ...



Assalammualaikum....

Indahnya dunia milik ALLAH SWT... Aku rasa bersyukur kerana sekarang ALLAH SWT bagi sedikit kesenangan kepadaku..

Kelmarin, pada 09.10.10 hari sabtu, lebih kurang pukul 2 ptg. Sedang aku melepak-lepak dengan family aku. Diluar pagar rumahku....

"Assalammualaikum.." tetamu ALLAH memberi salam. Bersamanya seorang budak kecil

Dalam hatiku "Argh! pemintak sedekah dari negara mana pulak ni???"

"Adik Lan! Panggil Deli biar dio jah kecek ngn orang tu" arahku

Adik bongsuku berlari kearah bilik hujung sekali memanggil adik lelaki ku yang sulung, Deli..
Adik bongsu ku pun keluar dari bilik hujung sambil tersengeh.

"Deli tido!"

"Gi arr kak long. Tanya dio nak gapo. Aku xpakai tudung ni" Kata Kak ngah kat aku. Time tu dia pegang baby dia.

"Serabut aku pemintak sedekah ni!" jerit hatiku

"Jual apa pakcik?"ujarku.

Kelihatan tubuhnya dibasahi peluh. Menitik dihujung dagunya keringat itu.. Aku melihat anaknya.. Mengesat peluh dihujung lengan baju. Sedikit rasa kesihan.

"Pakcik jual buku dik. Tengoklah" ujar dia sambil membuka pagar umahku dan mencari tempat berteduh untuk menunjukkan buku-buku yang dijualnya.

"Ish! pakcik ni... tak dijemput masuk macam tu je!" marah hati kecil ku. tapi aku tidak tunjuk depan dia. Aku senyap sahaja.Dia pun duduk di tangga depan pintu utama rumahku dan menunjukkan beberapa buku yang dijual.

"Pakcik ni asal mana?" tanyaku
"Pakcik asal myanmar. Tapi lama dah menetap disini sejah 36 tahun" ujarnya..

Aku tidak percaya kata2nya... "Pakcik ada dokumen?" kataku

"Ada.." sambil menunjukkan file.Ada beberapa yang fotostat. Last skali aku tengok beberapa file origanal.

"Pakcik kawin dengan orang Malaysia?" tanyaku
"Iye.ni tgok gambar ni isteri pakcik!" Dia menunjuk gambar fotostat ic isterinya di file lusuh itu.
Aku melihat dengan penuh tekun. Terasa ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal pakcik itu. Pelat percakapan dia pun xde lah pelat myanmar sgt.

"Anak pakcik berapa orang?"tanyaku lagi. lagak seorang polis menyoal seorang pesalah.

"Anak pakcik 3 orang dik. Pakcik ni seorang pelarian. Dah lama pakcik kat sini. Isteri pakcik kerja kilang kertas. Pakcik susah nk dapat kerja dik..pakcik xde ic walaupun dah lama menetap kat sini. Tak kan pakcik nak balik myanmar? Pakcik pun tak tau mcm mana keadaan kat sana.Tak kenal pun orang kat sana. nak wat mcm mana pakcik sejak kecil lagi menetap kat sini. Dah banyak kali turun naik putrajaya mintak ic tetapi tidak dilayan malah dihalau. kita tau lah kita susah" Jelasnya dengan panjang.Kata-katanya semacam jauh hati dengan layanan mereka-mereka berkenaan.aku lihat matanya berkaca dan merah..mungkin menahan tangis. Tapi di dalam hatinya hanya tuhan yang tahu....Hati aku tetiba merasa sayu...Ya ALLAH...apa yang telah aku buat...Aku menghina makhluk ALLAH ini kerana

1) Dia berbangsa lain
2)Dia nampak daif dan busuk (sebenarnya xdelah busuk sgt tetapi dh terbiasa dgn mindset yang mengatakan org indonesia,myanmar,bangladesh dan sewaktu dgnnya adalah bangsa yang busuk dan pengotor)
3)Dia menjual dari rumah kerumah dgn berpakaian lusuh dan dgn berpeluh...

Kerana sbb-sbb diatas aku menjadi seorang yang busuk hati. Padahal dia makluk ALLAH SWT yang mencari rezeki sesuap nasi dan utk pembelajaran anak-anak dia di sekolah. Anak dia ke dua berada di SK. Tawang. Maklumlah seperti dia bagitahu aku, dia tidak dapat kerja di mana2 kerana tiada dokumen pengenalan diri. Dia hanya mampu bekerja kampung mengambil upah dan menjual buku dari rumah ke rumah.

Mata anaknya asyik memandangku. Aku pun bertanya" Adik blaja darjah berapa?"
Dia malu2 menjawab " Darjah 4"

"pereksa dapat berapa?" tanyaku lagi
"Dapat no 4.." jawabnya lagi
.


Aku pun membeli satu buku panduan dalam amalan dalam islam(tak luak pun beli buku kan?utk dapatkan ilmu ok apa?) dan juga memberikan sedikit wang kepada anaknya. Aku anggap duit raya utk anaknya. Kebetulan juga kami baru selesai makan McD. Aku memberikan sedikit McD kat anak dia dan air pepsi. Cukuplah bekalan utk alas perut ketika mereka bekerja mencari sesuap nasi.

"Adik, balas jasa mak ayah. jangan main menda-menda tidak berfaedah ye. Ingat susah payah ayah ngn mak adik carik rezeki. Kakak pun orang susah. Adik kakak lagi ramai ...9 orang. Adik ada adik beradik 3 orang je. Jangan la buat hidup adik lagi susah yea?" pesanku sebelum mereka beredar. Anaknya tunduk merenung ke lantai. Aku berharap dia simpan kemas-kemas pesananku tadi. Aku memandang kearah pakcik tadi. Aku melihat air mata lelakinya akhirnya gugur. Walaupun dia berpaling kearah lain...tetapi aku nampak air matanya jatuh ke lantai. Air mataku juga gugur...begitu juga kak ngah aku..

Setelah mereka berlalu...

Aku berasa banyak perkara aku belajar dari kejadian itu... Biarlah ko orang nak kata apa. Aku ada pendirian aku sendiri dengan tindakan yang aku buat. Sesiapa pun tidak layak menilainya kecuali ALLAH . Kalau dia orang tipu, biarlah ALLAH membalasnya. Kalau ianya benar, aku harap ALLAH SWT permudahkan segala urusan mereka. InsyaALLAH...

"Berkongsi sedikit nikmat yang ALLAH SWT bagi kepada kita dengan orang yang tidak berkemampuan. Tidak salah kan???... tidak mengapa walaupun sedikit asalkan niat kita baik dan tidak terpesong"

Selamat beramal.... :)

Selasa, 5 Oktober 2010

Umrumda Degil


Bismillahirahmanirahim....

Dengan lafaz kalimah yang suci ini...aku harap aku dapat lebih menyayangi ALLAH SWT... Hurm, malam ni aku merenung wajah ma....wajah abah.... diubun2 mereka sudah kelihatan rambut putih...diwajah mereka sudah kelihatan kedut2.. usia mereka makin meningkat. Aku terfikir..sempatkah niat hatiku untuk membawa mereka ke makkah? Aku berharap sangat diaorang dapat menjalani ibadat disana. tetapi tidak lagi kesampaian kerana tiada lagi sumber kewangan yang kukuh. Lebih2 lagi aku sudah ada komitmen lain.

Dulu aku berbelanja banyak atas rumah ma dan abah. Aku harap diaorang bahagia dan suka dengan pemberian aku... Tapi lama2 aku terfikir. Ini hanya untuk membahagiakan di dunia. Di akhirat macam mana?? Aku ingin jgk melihat mereka senang di dunia dan akhirat. Sekurang-kurangnya apabila menndapat haji. banyak manfaat yang mereka dapat daripada ibadah haji tersebut. Hati aku pun rasa senang....

Semasa aku kecil, aku masih ingat.begitu banyak pengorbanan ma dan abah aku terhadap aku dan 8 orang adikku. Sekarang? sanggup jaga cucu pulak kerana adikku yang kedua terpaksa bertugas di hospital pahang. Begitu besar pengorbanan mereka tetapi kerana perangai aku yang kadang-kadang cepat terasa membuatkan hati mereka terluka..
Maafkan kak long ma... Maafkan kak long abah...

Sesungguhnya..
Aku Umrumda degil..
Aku akan pastikan ibu bapaku akan merasa bahagia di dunia dan juga AKHIRAT...
walaupun macam-macam dugaan aku terpaksa tempuhi..
InsyaALLAH...
Redhailah dgn apa sahaja aku lakukan Ya ALLAH....
permudahkan urusanku..amin.

Khamis, 30 September 2010

Pengorbanan Wanita KELANTAN


Assalammualaikum...
Apa khabar kawan2 ku..Saya ada baca satu blog .Agak menarik. Dalam beberapa komen yg menarik minatku mengatakan ....
Komen pertama :
"Di Kelantan, kebanyakan isteri keluar mencari rezki (termasuk berniaga)
Manakala si suami lebih banyak berihat dan bersidai di kedai kopi.
Kalau lah betul cerita itu, tidak hairanlah jika orang lelaki mereka lebih banyak yang pandai bercakap dari membuat kerja."
Komen kedua :
"di Kelantan terlalu 'banyak mulut' untuk didengar ceritanya dan banyak telinga untuk disampai berita-berita sensasi.Akhirnya hari telah menjengah senja dan sang isteri telahpun pulang dari berniaga. "Alhamdulillah, tak perlu bersusah payah kerena isteri-isteriku isteri solehah, tak pernah mengeluh walaupun penat bekerja"Ada ayat-ayat nakal yang AM pernah dengar. "tugas suami ialah memberi nafkah batin, nafkah zahir isteri-isteri kenalah cari sendiri".. harap-harap ayat itu tak betul dan tak berlaku di Kelantan."
Komen ketiga :
"Para suami yang terusan bergantung dengan isteri rasanya tidak mengira negeri. Di bandar-bandar besar pun sama; sekarang perempuan semakin pandai & boleh dikatakan lebih 50% mereka keluar berkerja. Ramai kalangan lelaki di bandar juga bergantung dengan kemewahan isteri. Jika di Kelantan kita nampak mereka di pasar-pasar di kotaraya pula kita lihat kaum wanita ramai menjadi pegawai besar menjadi bos lagi!.Saya sering menulis fakta ini di jurnal saya; bagaimana keadaan ekonomi kini yang memaksa semua keluarga terpaksa mencari dua punca rezeki. Jika suami tidak buat kerja sampingan pasti isteri kena membantu mencukupkan keperluan keluarga.Setahu saya ramai kalangan lelaki dari Kelantan usahawan berjaya. Bukan kan Sdr Zeq..? Mereka ramai merantau & menjadi hartawan. Apa yang AM & VIC war-warkan itu fatamorgana semata."
Komen keempat :
"saya bukan orang Kelantan tetapi ramai rakan berasal dari negeri sama.
Jika ke Kelantan saya sering minum bersama mereka. Maklumlah, ramai kawan, banyak jemputan. Kekadang minum sampai 1o kali sehari. Saya bercampur dengan pelbagai golongan, daripada penjual cincin hingga ke ahli politik. Memang mereka suka minum tetapi bukanlah melepak terlalu lama di premis menjual makanan dan minuman.Ramai orang Kelantan kaya raya.
Contohnya pemilik 'Kedai Cikgu' di kawasan muzium.
Punyalah banyak duit tetapi pada masa sama pemurah. Rasanya dia tidak gemar melepak sebab sibuk melayan pelanggan di kedai sendiri.p.s Padanlah semasa berada di Kota Bharu, saya pelawa Zeq minum, katanya dia penat. Malas 'melepak' di kedai kut. Apa pun terima kasih kepada Pak Tua kerana sudi minum bersama saya tempoh hari. "
Apa pun komen mereka.....semua ada pendapat masing2... kan? yg penting KELANTAN adalah sebuah negeri yg sedang membangun...hu3 byk pembinaan skrg ni dibuat sampaikan jem situ..jem sini...nak wat mcm mana byk jalan ditutup utk tujuan pembinaan.hu3

Selasa, 28 September 2010

Menangis Dgn Hati Yang Tabah

Salam semua...



Alhamdullilah aku sempat lagi bersama-sama kawan yang selalu follow aku punya blog. Thanks sbb bg sokongan. Sepanjang aku hidup di atas muka dunia ALLAH ini.. Aku tidak pernah terlepas dari cabaran hidup. Peribadi,kerja dan bisnes.. Selalu berselang seli. Apa pun itulah dugaan dan cabaran yang ALLAH SWT bg untuk kita supaya kita menjadi lebih tabah, kuat.matang dan redha dengan apa yg berlaku.



Kamu semua pernah kan hadapi cabaran dalam kehidupan? Apa yg kamu buat? menyerah kalah? berserah? atau ???



Apa pun itu lah lumrah kehidupan yang manusia memag tidak dapat lari. Setiap ujian yang ALLAH SWT timpakan kepada hambanya mempunyai banyak hikmah. ALLAH menguji hambanya dgn penyakit,bencana,kekurangan harta,kematian,kekayaan dan sebagainya untuk lihat sejauh mana tahap keimanan seseorang.


Rasulullah bersabda : "Apabila ALLAH SWT menyanyangi seseorang hamba-Nya, ALLAH menguji dengan kesusahan sama ada pada diri,keluarga,anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya...."

So jangan pikir ada masalah ALLAH xsayang kita...sebenarnya ALLAH syg kita cuma kita jer tak tau kan? Semoga aku tabah menghadapi segala ujian daripada ALLAH SWT..


Doakan untuk aku k?

Khamis, 23 September 2010

Phobia 2 - Lima Kisah Seram dan Idea Gila-Gila

Ulasan Filem Seram: Phobia 2A Collection of Horror Films That Asian Should Be Proud OfGabungan Lima Filem Seram Pendek Berkualiti Dari Thailand
FILEM SERAM KEBANGGAAN ASIAUlasan Filem Seram Oleh Amiene Rev (C) 2009
Kelima-lima filem seram yang dipaparkan dalam Phobia 2 pada pandangan peribadi saya memiliki kualiti yang baik tidak kira dari segi visual atau jalan cerita. Semasa ulasan ini dibuat, saya masih tidak pernah menonton Phobia 1, tetapi berdasarkan kehebatan Phobia 2 (Ha Prang), saya boleh merasakan kenapa filem seram Phobia 1 (4bia atau See Phrang) diteruskan ke bahagian 2. Phobia 2 adalah gabungan lima filem seram pendek iaitu Novice, Ward, Backpackers, Salvage, dan In The End. Selenggaraan filem-filem seram pendek di dalam Phobia 2 adalah baik. Penyelenggara filem pada mulanya menakut-nakutkan para penonton dan apabila ketakutan itu dianggap sampai ke tahap di mana penonton berharap filem seram ini cepat habis, penonton dihiburkan pula dengan filem seram kelakar yang mengundang ketawa di kalangan para penonton pada filem terakhir yang berjudul In The End.
Sinopsis-sinopsis Filem-filem Pendek dalam Phobia 2
Novice
Sebuah filem seram oleh Paween Purijitpanya

Filem ini mengisahkan seorang budak berusia 14 tahun bernama Pey yang telah melakukan jenayah Pa-Hin (membaling batu, kemudian mencuri barang-barang mangsa), dan kemudiannya dihantar oleh ibunya untuk menjadi sami Buddha bagi mengelakkan Pey dari dihukum oleh undang-undang jenayah membunuh. Namun, hukum 'karma' tetap tidak dapat dielakkan, Pey akhirnya menjadi hantu lapar. Semasa menjadi sami, Pey sempat mencuri makanan hantu lapar, dan ini menyebabkan hantu lapar yang umpama raksasa galah memburunya pada waktu malam. Filem pertama ini diakhiri dengan babak yang memaparkan keganasan. Kebanyakan penonton tidak sanggup melihat wajah Pey hancur dibaling batu.

Ward
Sebuah filem seram oleh Visute Poolvoralaks
Seorang budak bernama Arthit telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya tercedera teruk akibat tertikam kaca. Arthit telah dipindahkan sebuah wad di mana terdapat seorang lelaki tua yang juga merupakan ketua penganut ajaran sesat dan paranormal. Pada hari menjelang kematian lelaki tersebut, para penganutnya membaca doa dan melakukan upacara yang sungguh misteri. Malam itu, Arthit sering diganggu oleh roh lelaki tua itu. Dan sesuatu telah berlaku di mana lelaki tua itu berjaya membunuh Arthit, dan hidup semula di dalam jasad muda yang sebelum ini kepunyaan Arthit. Rupa-rupanya pihak hospital bersekongkol dalam hal ini.


Backpackers
Sebuah filem seram oleh Songyos Sugmakanan

Dua orang remaja Jepun mengembara ke Thailand dan berhajat menumpang kenderaan penduduk tempatan. Nasib mereka agak baik apabila berjaya menumpang sebuah lori. Rupa-rupanya lori tersebut menyimpan beberapa orang penyeludup dadah secara paksa yang kemudiannya berubah menjadi sesuatu yang mengerikan. Saya suka babak-babak dalam filem ini yang ternyata penuh dengan aksi yang mencemaskan. Filem ketiga ini telah mengundang simpati dan rasa seram kepada para penonton. Aksi-aksi zombie seperti dalam filem 28 Days Later dan seumpamanya boleh dilihat menerusi filem pendek ini.


Salvage
Sebuah filem seram oleh Parkpoom Wongpoom

Nuch, seorang ibu dan juga seorang penjual kereta terpakai. Kebanyakan kereta terpakai memiliki sejarah seram yang tersendiri. Ramai orang takut memakai sesuatu kenderaan jika mereka mengetahui bahawa kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan maut. Pada malam itu, Nuch telah melalui satu peristiwa paling menyeramkan dan juga paling menyedihkan. Filem ini adalah kemuncak di mana penonton diseksa dan sudah fobia untuk menonton filem Phobia 2. Saya mendapati ada beberapa orang penonton mengatakan sesuatu seperti ini ketika sampai ke filem Salvage.

"Cukuplah!"
"Bila filem ni nak habis ni. Dah tak sanggup nak tengok dah filem ni!"
"Alamak, ada lagi? Tidak!!!"

Empat filem seram Phobia 2 sudah cukup mendera perasaan takut para penonton. Lalu, menerusi filem kelima dan terakhir, rasa takut dan fobia penonton dikendurkan dengan filem seram kelakar yang berjudul In The End. Saya paling suka filem yang terakhir ini.


In The End
Sebuah filem seram oleh Banjong Pisanthanakun

Filem seram yang terakhir ini amat kelakar walaupun sekali imbas filem ini menilai tahap setiakawan seseorang terhadap individu lain. Filem ini melibatkan banyak 'twist' plot dan setiap 'twist' plot disertakan dengan alasan dan jalan cerita yang kelakar juga. Lebih baik menonton sendiri filem terakhir ini kerana filem ini ternyata berjaya mengendurkan rasa takut dan fobia para penonton apabila menonton filem Phobia 2. Boleh dikatakan filem terakhir ini adalah senaman menyejukkan rasa seram di kalangan penonton. Filem ini juga memaparkan kehebatan penyolek-penyolek wajah filem seram selain menjadikan kehebatan aksi-aksi visual dalam filem ini sebagai sesuatu yang sebenarnya mudah dan ringkas. Tidak perlu fikir susah kerana bendanya mudah.Bagi saya, saya telah menonton sebuah filem seram hebat dari Thailand. Saya teringin mencari dan menonton filem 4bia atau See Phrang yang merupakan bahagian 1 kepada filem ini. Tontonlah filem Phobia 2, cerita ini karya dengan idea gila-gila dan sememangnya sebuah filem seram yang amat menarik. Nampaknya orang Thailand tidak mudah berbangga dengan filem-filem seram sedia ada mereka, lalu mereka menghasilkan beberapa buah filem yang lebih seram daripada biasa menerusi eksperimentasi berjaya mereka iaitu See Phrang dan Haa Phrang.






Rabu, 22 September 2010

Hargailah keluarga, sayangilah keluarga kerana dari sebuah keluargalah lahirnya diri kita


Perkongsian: Suami yang membahagiakan isteri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah hari ni aku bersyukur sangat kerana Allah masih izinkan aku menyedut Oksigen di bumi-Nya dan dapat kembali menulis di sini, berinteraksi dengan teman-teman blogger dan kawan-kawan di fb. Alhamdulillah... syukur ya Allah. Insyaallah peluang yang Allah beri ini akan aku manfaatkan sebaik-baiknya untuk dunia dan akhirat.

Tengahari tadi aku diperkenalkan dgn seorang blogger yg juga penjaga sebuah perpustakaan awam. Aku senang kenal dgnnya. Orang panggil dia Kak Chik. Dalam blog dia ada satu entry yang menarik minat aku...hope Mr.F membacanya untuk perkongsian ilmu untuk meningkatkan kerukunan dan kebahagiaan di dalam rumahtangga.
Insyaallah, sama-sama kita membacanya dan mendapat manfaat.

BENTUK SIFAT CEMBURU POSITIF (SUAMI)
Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar untuk dielakkan.
Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan:
* Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama.
* Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. (abg nak tolong syg buat apa? jgn tolong tgk je. :P)
* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.
* Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. (kalau Mak, tak apa sebab dalam hierarki, Mak adalah lebih utama.)
* Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. (Cinta kerana Allah... kita bercinta hingga ke Syurga ya.)
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
* Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. (Memuliakan mengikut apa yang Islam ajar.)
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.
* Urus tekanan dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, ambil makanan seimbang, hentikan merokok, bercampur dengan orang yang positif, bermain dengan bayi, melihat ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Mungkin pada pandangan kita semua ini terlalu idealistik, namun aku yakin dengan sedikit usaha, ianya boleh dilakukan. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.
Kerukunan rumahtangga kita adalah usahasama dua pihak iaitu suami dan isteri. Janganlah kita 'take things for granted' saja dalam memacu bahtera perkahwinan kita. Kebahagiaan bukan terletak pada kemewahan hidup, pangkat kerjaya atau kedudukan dalam masyarakat tapi pada kedamaian hati yang dinikmati di dalam rumahtangga.
Hope kak Chik tak kisah kerana erma menyalin dan berkongsi artikel ini di sini.

Apa kata....???


Lawak Hari ini :

Dalam tv...surat khabar semua berkata : Dgn adanya jalur lebar semua kerja menjadi mudah. Dgn hanya satu klik sahaja

tetapi.....Hari ini punya orang kata "kerja saya jadi lambat sbb kena tekan butang sistem berbanding buat kerja manual"

Ngeee~~~ what do you think???

Pengumuman Hari Raya Sdn Bhd

amacam?? apa lagi ! jom la beraya! oh yeah!!!

ngeee~~~!

Aku adalah seorang ibu ............


Ini masuk hari kedua aku antar anak ..... aku ke umah pengasuh. Selalunya aku akan bangun seawal (awal ke?? ngee~~) 6.45 am untuk pergi kerja dan tidak lupa telefon kejutkan hubby aku jugak untuk solat dan kerja.

Sejak akhir-akhir ni aku kena korbankan sedikit waktu tido aku... Sebab aku dah ada anak......... anak saudara lah! ngee~~ Sekarang aku kena bangun tido pukul 6 am. Lepas solat aku kena siapkan barang2 baby lah. Mandikan baby aku tak tau. Mak aku yang mandikan. Barang2 yang perlu dibawak adalah....

Check List --->

susu anmum : mesti bawak...kalau tak bawak baby lapar... :)

katil baby (betul ke? lupa nama santifik menda ni) : Anyway utk baby tido... xperlu bwk buaian yg besar ke umah pengasuh

air panas, air sujuk, botol2 susu, cotton buds,bedak bla..bla..bla... hu3

akhir skali....pakaian dia skali ngn lampin (di dalam ada jgk ubat angin dll)

*******************************************


ok sayang jom gerak ke rumah nany (gelaran kepada pengasuh..ngeee~~ ;P )


be a good boy tau Faris ku syg... :)

dok dengan nany elok2..jangan kuat nangis k?? cayang die... muaks!